lovvu Dobbu

Thursday, February 6, 2025

.: INFINIX XPAD :.

Assalamualaikum..

teka teki dekat entry Nie dah terjawab.
balik kerja semalam, incikSuami hulur gajet nie dekat Linda.

Alhamdulillah..rezeki nak merasa.
dulu pun pernah beli tab samsung, tapi yang 9inch punya  skrin.
udah selamat lah ceritanya.hihihi

dapat keyboard free.

nie lah rupanya.
maken seronok lah nak menghupdate blog mcm nie.hihihi
tadi pun dah try buat order Magic Mug.
ok nampak nya, walaupun kena buat direct website.

linda share sini spek tablet nie.

incikSuami beli jenama Infinix Xpad , warna Titan Gold
berkenan betul dia dengan brand infinix sekarang.
semenjak abang mu'az guna jenama nie.

setakat baru guna sekejap je nie.
function tablet nie macam telefon juga.
cuma lebih puas lah kalau nak buka dokumen semua.
 still android, bukan function windows macam laptop.
apps yang yang guna boleh download dekat Playstore macam biasa.
boleh slot in simcard.
sebabkan masih Android,target linda nak install apps photobook tu tak lepas.
sebab apps tu tak support untuk android.
jadi kena direct edit dekat website, yang mana agak leceh sikit sebenarnya.
tapi, kena biasakan lah.
memang kena menabung nie untuk beli laptop baru.

dari segi harga, tengok dekat google, masih bawah RM1000.
so affordable jugak lah.
rase nya, kalau anak-anak nak guna buat assignment masih boleh.
linda tak tanya harga berapa dekat incikSuami, sebab dia bagi hadiah kan.
so, guna je lah senyap-senyap.

apa pun, terima kasih suamiku.
moga rezeki maken melimpah ruah lepas nie.Aamin

till then, see ya.

1 comment:

  1. wah...rezeki tu linda....
    lepas ni kena rajin2 update blog ni hehehe

    ReplyDelete