Lovvu Dobbu

Event Ticker
Showing posts with label SilverCar. Show all posts
Showing posts with label SilverCar. Show all posts

Monday, February 24, 2025

.: DAY TRIP TRONOH :.

Assalamualaikum

selamat pagi, happy monday semua
okei, hari nie linda Monday Blues.. hahaha
mata tak boleh nak buka nie.

semalam buat apa je??
linda buat day trip Selayang- Tronoh, ikot jalan lama
Selayang - LATAR - Kuala Selangor -Kg Gajah - Bota Kanan - Seri Iskandar - Tronoh
keluar rumah dalam 9 pagi gitu, sampai rumah balik dalam pukul 10.30 malam

konvoi dengan silverCar depan nie
Subhanallah, lawa sungguh awan gemawan nie.

incikSuami cakap Linda bawak kete laju..
mana ada laju, simbol Eco pun tak hilang (maknanya bawah 120km/j lagi lah) hahaha
sambil bawak kete dengar lagu Linkin Park, lagi syiokk lah memandu.. hahah

dapat merasa laksa sarang
not bad lah, tapi tak repeat kot..
sebab sarang nya bila kena kuah laksa, melembek, rase kembang plak tekak nak habiskan.
laksa anak-anak boleh makan , sebab tak pedas.
dekat area Seri Iskandar nie.
bawah bumbung medan penjaja, sebelah petronas

paneh weyh.
beli kopi gantung perlis..
tapi, tak cukup pekat kopinya.
tak rase sangat kopi.

dinner singgah area Tanjung Karang.
Grand Seafood, main singgah je benonya, sebab area sana tak biasa sangat kedai-kedai nya
biasa lalu je...hihihi
beso betul cawan air buah tu.
makanan dia biasa je, boleh ditelan.

tak singgah balik kampung pun, tak sempat.
tu pun plan last minit incikSuami nak ke Tronoh.
kisah nya dia bawak silverCar tu dari Melaka.
hosp Selayang kan dah parkir berbayar, untuk yang dok kuarters, dapat 1 je lah kad akses.
jadi macam kena menipu sikit lah kalau nak guna 1 kad akses untuk 2 buah kereta.
jenis suami isteri pun ikot rules, bila buat salah tu, risau je ketahuan.
jadi, incikSuami cadang tinggal je lah silverCar dia dekat Tronoh.
awning pun dah pasang, so tak risau berhujan panas lah.
jadi sambil-sambil tu, kitorang pun bawak jugak lah barang-barang sikit ke sana.

nie kalau kena transfer, memang kena sewa lori juga.
kalau tak pun, hilux sesiapa ke.
memang tak boleh naik kereta je.

haa, nie saje lah nak share..
kan linda ada share sini yang kemas rak buku anak-anak
kejapan je atas tu kosong.

dah anak-anak ganti dengan benda lain pulak.
tu abang Muáz punya parkir kereta untuk hotwheels dia.
sebelum nie dia letak dekat bilik je
eh, nampak kosong atas rak, dia letak pula.
naseb dedek pun dah darjah 1, dah faham barang abang tak boleh usik.
boleh lah terletak elok.

kalau sepupu kecik dia datang.
jenuh linda pulak nak mengepung, risau diusik barnag menan abang Muáz tu.

till then, see ya.

Sunday, February 9, 2025

.: LEJEN IS BACK :.

Assalamualaikum 

Jumaat petang, 07.02.2025

Bawak lejen nie p isi minyak, lepas tu hanta g bengkel kawan incikSuami. 
Nak servis apa yang patot, sebab nak bawak jalan jauh nanti. 
Dah banyak 2tahun dia tak jalan jauh. 
Masa dekat Selayang, pernah lah sekali dia incikSuami bawa ke Selayang.

Lepas tu, lajak terus ke lotus bandar Melaka. 
Cari makan. 

Rezeki nak jumpa dengan kak G, staff ILKKM Melaka dulu. 
Alhamdulillah, sihat lagi kak G, dah pencen awal tahin 2022 hari tu. 
Kolej nak tutup, dia tetap kena transfer walaupun nak pencen dah. 
Sempat lah kerja tempat baru 4,5 bulan gitu. 

Sampai foodcourt, tak tahu nak makan apa. 
Tak rase nak makan nasi. 

Jadi, kita pilih yee mee sizzling. 
Share dengan kak M. 
Alhamdulilah, boleh la nak makan. 

Selesai makan, dedek ngan kak M pau incikSuami main dekat tempat mainan. 
Linda cuci cuci mata tengok baju, tudung tudung yang ada. 
Setel main, terus balik rumah. 
Takde melencong ke mana dah. 
Sambung kemas rumah lagi. 

Till then, see ya.

Thursday, December 21, 2023

. : ISTERI PERTAMA :.

Assalamualaikum 

Tak larat lah nak gelak.
Dari dulu hidup ku bermadu jaaa... 



Nie lah isteri pertama incikSuami... 

Masa incikSuami nk psg sunroof kt SilverCar dia... 
CikpuanLinda minta barang kemas... Hahaha

Masa tu incikSuami bru balik Dubai... 
Dengar2 dah dia nk psg sunroof... 
Eh eh eh... 
Kita nie yang tunggang langgang urus anak3 masa tu.. Ngan sarat mengandung no 4.. 
Masa dia p Dubai... 
Tiba2 SilverCar pulak yang dpt hadiah.. 
Mana aci cmtu... 😂😂😂

Akhirnya.. Dpt lah seutas gelang lipan.. Tp dah trade in lain, sebab dah sompek... Hahaha.. Ganas betul lah cikpuanLinda nie.. 

Tulah incikSuami kata, elok pkai tali kapal je.. Selamat... 
Kuang asam betoiii... 

Till then, see ya