Assalamualaikum.
BW di blog kak Amie, beliau share breakfast di Nasi Lemak Perak@Tronoh.
Terpengaruh dengan lempeng pisang dan lempeng kelapa sebenarnya.
Terus linda google, sebab dah dekat Tronoh juga nie.
Laaa, tak jauh pun.
Jadi pagi Jumaat, 31.01.2025, breakfast dekat sini lah.
Main snap je gambar, tak clear rupanya..
Matahari betul-betul atas bumbung.
Tak sampai 10min pun dari rumah Linda.
Gambar dari google
Clear lah sikit. Hihihi
Memang bukan blogger tegar lah.
Sebab tak amik gambar dalam kedai macam mana.
Macam style foodcourt lah.
Ada banyak jenis kedai jual makanan.
Nasi lemak pelbagai jenis lauk.
Ada roti canai, roti jala, roti arab, mee kari, laksa, kuih muih pun ada.
Antara yang linda order.
Roti jala 1set ada 3 ketul RM2
kedai yang sama order lempeng kelapa RM1.50
Nasi lemak
IncikSuami dengan dedek yang makan.
Roti Arab RM3
Linda order sampai 2 keping.
Kak M makan roti kosong RM1.50
Malangnya, tak dapat rasa lempeng pisang.
Sebab pisang dah habis, esok nya baru ada.
Takde rezeki hari tu, next boleh datang lagi.
Dah tak jauh pun dari rumah.
Untuk makanan, memang kena order dekat stall yang berkenaan, dan terus bayar.
Untuk air, ada staff yang datang amik order dan hantarkan air.
Walaupun ramai orang, silih berganti, tapi tempat duduk sentiasa ada.
Takde lah sampai kena menunggu.
Tempat makan pun selesa, so memang akan selalu ke sini lah nanti.
Salah satu nya, ada roti arab.
Linda memang suka, susah nak jumpa dah.
Till then, see ya.
No comments:
Post a Comment