lovvu Dobbu

Saturday, February 15, 2025

.: ZUKA BY ALIFF SYUKRI :.

Assalamualaikum

mood hunting beg untuk isi tablet Nie
last-last berkenan nak beli kat sini

as - Aliff Syukri
hari tu ada baca blog siapa ya, dapat hadiah top komentator tak silap
kak Ezna ke?
*edit sikit, kak SA kabo dia yang dapat hadiah top komentator dari CCL*

hamboi, sweet sangat nie.
elok buat hadiah nie.
harga pun mampu milik je.

incikSuami belikan warna silver.
memula dia cakap nak amik warna biru.
linda ok je, janji orang nak belikan.
eh, sampai-sampai warna silver.
incikSuami cakap "dari hari tu  lagi dok belek-belek handbag warna silver nie, belikan lah warna nie"
ehhh...setelah 13 tahun bersama, baru dia faham kehendak isteri rupanya..hahaha
kena tunggu lagi 13 tahun ke untuk faham bahasa tubuh yang lain.. 😂😂

tapi, hampa..
tak muat jugak weyh...
tengok gambar yang digayakan bersama orang, nampak besar.
linda amik size L nie.
tapi, cantik beg nya..
bertambah lah koleksi bag linda.
boleh buat pakai raya nie.

dalam dia macam gemok juga.
kalau masuk botol air mineral yang kecik tu, muat je.

nampaknya kena cari jenis Totebag lah gini.
hunting lagi lah kita.

sebab linda dah takde beg besar-besar semenjak anak dah besar-besar nie
semua sling bag comel-comel je
muat HP, lipstick, wallet, dah setel.
takde apa dah nak isi, malas nak beg besar-besar.
sat g berat.. hahaha

hari tu macam ada yang dah berkenan,
tapi takde zip, ternganga gitu je, tak jadi ambil.
besar pulak lah Tab nye nie.. 
semoga jumpa yang bersesuaian lah nanti, Aamin.

till then, see ya.

22 comments:

  1. Macam2 AS ni jual. Cantik comel jugak beg tu. Boleh bawak jalan2 jela tak muat nak letak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.. Memang buat jalan2 je lah nie... Sebab konon nak bawak tab sekali... Sebab selama nie, tab tu tak ngikut keluar.. Dia duduk rumah je.. Hihihi

      Delete
  2. Ohhh...kak SA yg dpt bag AS dari CCL...hehehe..laaa x muat plak...acaner tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oohhh... Salah orang rupanya... Kena edit nie jap lagi... Hihihi..
      Ceritanya, beli beg baru lah... Hahaha

      Delete
  3. Yeay, takmuat. Leh shopping bag lagi. Ihiks.
    Kita suka totebag, namun bila hendak cari barang macam kena cari harta karun, ahahahaa.
    Jika ambil anak pergi blk sekolah, hbag kecik je. hp, purse dgn kunci kereta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah yang malas kalau beli beg besar2.. Hahaha.. Nak cari barang berchenta.

      Delete
  4. jangan sedih sis. sila shopping lagi.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah solution yang paling tepat... Shopping lagi..

      Delete
  5. Alhamdulillah.
    Kalau dah faham bahasa tubuh setelah 13 tahun, tak perlu tunggu 13 tahun yang seterusnya...hihihii dah faham dah tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kalau macam tu.. Takde lah susah payah lepas nie.. Kikiki

      Delete
  6. Hamboiiii... raya pun ada beg baru ya.Cantik kaler silver.. gaya muda-mudi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kemain kan.. Ngada2 betul seketul linda nie.. Hahaha

      Delete
  7. Wahhh...Mcm ade chance nk dptkan bag lain utk tablet plk =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, kena cari gak..kalau tak, memang tinggal kat rumah je lah jawabya...hahaha

      Delete
  8. ammi pon beg kecik. time raya je slalu besar skt sbb nak letak mcm2

    ReplyDelete
    Replies
    1. linda memang dah lama takde beg beso.. hahaha..
      kalau ada beg balik kampung je lah, yang muat isi baju 3,4 pasang...aje, takkan nak kendong itu pulak.. hahaha

      Delete
  9. Saya memang dah jaraaaaang sangat pakai bag kecil kak. Rata2 tas saya besar. Walaupun ada yg terlihat kecil, tp dalamnya quite big 😄. Kayak tas UNIQLO itu, kecil, tapi ternyata muaaaat banyak. Memang saya suka yg seperti itu. Apalagi buat traveling 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila besar, banyak barang.. Nanti berat... Kak linda tak suka.. Kikiki

      Delete
  10. kena check ukuran betul2 laaa utk bg muat tablet tu...MZ tak de tablet, guna lappy jer, so selalu bwk backpack jugak selain handbag bila time gi opis

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ke ofis ok jugak bawak backpack...nie nak p ronda2, jenuh bawak bagpack.. hahaha

      Delete