Assalamualaikum
Kemas-kemas rumah Melaka, ada sekotak besar baju yang masih elok, tapi linda tak pakai lama dah pun.
Baju anak-anak masa kecil pun ada jugak.
Blur pulak mula-mula nak buat apa.
Nak buang sayang,nak lelong pun, rasenya macam orang pun banyak je baju.
Tiba-tiba terperasan dekat masjid Ibadurrahman, Tangga Batu ada tong untuk pakaian terpakai.
Jadi linda asingkan lah ikot jenis baju dan masuk dalam plastik.
Ajak lah suami pergi untuk hantarkan.
Eish, susah betul nak ubah mentaliti dan educate rakyat Malaysia nie.
Sampah-sampah domestik pun dia letak kat tepi nie.
Dah tu, tempat penyidai pakaian tu nak buat apa ntah kat tepi tu.
Nie lah tempatnya.
Harap-harap dalam tu takdelah benda lain selain baju terpakai.
Lupa nak snap bungkusan plastik baju terpakai linda.
Yang plastik warna ungu tu.
Ada 5-6 plastik semuanya.
Haaa..zoom sikit.
Bekas plastik pakaian yang linda letak dekat sini.
Dekat body bekas letak pakaian nie, ada laman web nie.
Rupanya pengasas nya adalah rakyat biasa je, bukanlah mana-mana badan NGO.
Banyak pahala En. Hamzah sebab dah memudahkan urusan kami-kami nie, semoga dipermudahkan segala urusan En. Hamzah. Aamin.
Till then, see ya.
Baguslah, mungkin ada yang akan mendapat manfaat dari pakaian itu. Tempat yang terkena musibah biasanya perlu pakaian terpakai.
ReplyDeleteBetul tu.semoga memberi manfaat pada yang lain.aamin
DeleteKak SA pernah letak beberapa bungkus pakaian lama kat area ni tau...rasanaya tempat yang sama..masa tu bawak baju2 terpakai sampai ke Melaka..hahaha..jauh nau erk...kat Seremban dah xde box besar ni
ReplyDeleteHihihi.. Sambil berjalan2 sekali..
DeleteBagus ni..Baju2 sy yg dh x pakai biasa sy bg akak clearner ofis ni..Badan kami lebih kurang cuma dia rendah sikit dr sy..Baju anak2 pun ade yg bg dia atau bg dekat cucu sedara dkt kg...=)
ReplyDeleteHaaa.. Elok juga tu.. Kalau kat sini, linda bagi tudung je.. Hihihi..
DeleteYa ampun, balik Johor ritu berpusing tiga taman mencari tongsampah recycle ni, sampai da ckp dgn mama, ada yg bawa blk Selangor ni satgi, tup-tup ptg tu adik ipar balik ajak pergi ninso baru buka, balik tu nampak tongsampah besar, recycle. haaaa lega dapat juga letak baju tak dipakai di situ.
ReplyDeleteItulah, kdg2 bila cari takde.. Bila tak cari, ada je..
DeleteKalau ada tempat nak bagi baju terpakai ni bagus juga boleh kita letak baju yang masih elok.
ReplyDeleteSelalu rasa bersalah, sebab tak tau nak letak kat mana baju2 yang masih elok
Deleteammi pun baru je kemas lemari2 dalam rumah minggu lepas. berplastik baju yg ammi asingkan. baju pompuan, baju lelaki. tudung.
ReplyDeletebaju yang tak sesuai bagi orang (dah agak lunyai leher) ammi simpan ditempat kain buruk je supaya bila time memasak, or tumpah air guna je baju tu pastu buang terus. Functionlah juga diakhir hayat baju tu kan dari terus dibuang.
Iye.. Linda pun selalu gitu.. Buat kain buruk je..
Delete2-3 bulan akan spring clean baju2 dll. Selalu hantar ke kawan2 yang tau uruskan. Bila ada group yg buat kutipan, masa tu lah baju2 baru je didermakan.
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Bagus macam tu kak mulan.. Kita nak berangan nak spring clean... Tapi, tinggal angan2 je.. Hahaha.. Selalu spring clean kalau gobok tak muat baju dah.. Gitu je lah
DeleteMoga dapat dimanfaatkan kepada pihak yang memerlukan.
ReplyDeleteInsya-Allah... Mudah mudahan mcm tu.. Aamin2
DeleteSaya sukaaa kalo ada yg seperti ini. Di sinipun ada. Tp biasanya dia datang ke rumah utk ambil. Ga disediakan tong utk kita letak macam di sana kak.
ReplyDeleteCuma Krn dia ambil langsung ke rumah, berarti ada minimum box yg harus disediakan. So kalo cuma 1 box dia blm mau ambil 😅
Ooh.. Lebih mudah kalau begitu.. Datang ambil di rumah saja.. At least, kita memang tahu ada yang mahu mengambilnya..
DeleteMZ memang regularly gi letak apa2 bj yg dh tak dipakai kat dlm tong recycle ni..
ReplyDeleteitulah, dekat selayang nie jarang nampak...lagipun keluar pun jarang...setakat dekat2 kawasan rumah je...hihihi
Delete