Lovvu Dobbu

Event Ticker

Saturday, January 31, 2026

.: PUBLIC GOLD 999 :.

Assalamualaikum.

Kan kata tahun ni nak buat kelainan.
Meneliti harga emas. Kikiki

31.01.2026
RM668 untuk 1g.

Boleh nak tambah ni, sebab tengah turun.
Sebelum ni mencanak sampai RM720.

Apa apa pun, semuanya bersebab.
Marilah berubah bermula sekarang.
Dari segi agama,mental dan rohani.
Semoga kita semua terselamat daripada fitnah Dajjal..aamin.

Till then, see ya.

Friday, January 30, 2026

.: AMALAN ZIKIR :.

Assalamualaikum.

Salam Jumaat semua.
Semoga kita semua mendapat keberkatan di hari Jumaat.aamin.

Zikir harian
Semoga sama² menjadi amalan kita..aamin.

Till then, see ya.

 

Thursday, January 29, 2026

.: CLOTH DIAPER - CD :.

Assalamualaikum.

Masa sibuk mengemas rumah kuarters tu, tiba² Linda jumpa la Cloth Diaper (CD) ni.
Memang bawa dari Melaka dulu, lepas tu tak nampak dekat mana lepas incikSuami menyusun barang².
Rupanya dia p sorok dalam kotak AF.
Memang lah tak nampak. 

Cloth Diaper
Cloth Diaper - bahasa mudahnya, lampin kain moden.
boleh dicuci, boleh guna semula, yang penting jimat kos.. hahaha

linda start pakai CD ni masa abang Muáz kecil.
masa tu, linda tak kerja  lagi.
macam sayang pula guna pampers pakai buang tu.
lagipun, abang muáz masa kecik2 dulu, jarang berak. hahaha
jadi linda beli CD ni, buat pakai dekat rumah.
jadi berterusan la guna sehingga ke adik2.
tapi yang adik2 tu pakai masa linda dekat rumah je, hari cuti.
tang kak M, linda terpaksa pakaikan dia dekat rumah pengasuh.
sebab kak M dia rashes kuat kalau pakai pampers pakai buang tu.
yela, kadang kita tak perasan pampers tu dah penuh.
lagi pun, kelahiran ke 3 baru dapat bunga, jadi seram sikit bila tengok rashes tu.
nasib baik pengasuh ok je, linda cakap je kat dia, masuk je plastik terus.
balik nanti linda basuh dekat rumah.

eh, tercerita zaman dulu kala pula. 
kisahnya, nak letgo CD tu, tapi tak tahu nak bagi kat siapa.
nak buang sayang.
last-last, linda up dalam group taman perumahan yang linda beli dekat Teluk Intan tu.
Alhamdulillah, ada yang nak.

Cloth Diaper
Linda limit 3 orang jelah.
CD nya pun tak banyak.
Dapat la dalam 7-8keping sorang.
Linda bagi free je.
Benda pun dah lama. 
Tapi, elok lagi.

Semoga bermanfaat la kepada tuan baru.

Till then, see ya.

Wednesday, January 28, 2026

.: WORDLESS WEDNESDAY 3/26 :.

Assalamualaikum

WORDLESS WEDNESDAY
begitu kerasnya menjadi orang dewasa.. hahaha

kuota bayaran bil untuk bulan Januari dah habis.
tunggu bulan Febuari pula lah, untuk cukai tanah dengan IWK.

till then, see ya.

 

Tuesday, January 27, 2026

.: FAMILY TIME : BOWLING :.

Assalamualaikum.

Sabtu, 24.01.2026 - Alhamdulillah, lepas niat nak ajak anak² main bowling.
Suka² je.
Nasib dekat Teluk Intan ada Esplanade Bowling ni, takde lah jauh sampai ke Manjung nak kena pergi.

Bowling Esplanade Teluk Intan
Lane 3 dan 4.
Lokasi dia dekat bangunan Billion(dulu), yang sebelah Shell dekat pekan lama Teluk Intan.
kena masuk ikut tepi bangunan, silap la diorang tak letak signboard dekat tepi tu.
kalau tak, senang nak cari.
linda tanya je staff Pasaraya Hari-Hari tu

Bowling Esplanade Teluk Intan
untuk rujukan akan datang.
ingat kan kasut dha termasuk dalam harga game tu.
rupanya tidak.
sebab linda kira total untuk 1 game 7 orang main RM91, tapi kena bayar RM112.
tak perasan masa tu kasut kira lain.
dah tengok balik harga ni, baru la faham kenapa jadi RM112.

Bowling Esplanade Teluk Intan
snap yang ni je.
dah habis game, lupa nak snap markah masing-masing.
meh la tengok gambar yang ada.
kalut weyh, nak baling, nak ambik gambar.. hahaha

Bowling Esplanade Teluk Intan
abang Mueez

Bowling Esplanade Teluk Intan
kak M.
staff bagi bola kanak-kanak 1 je.
menunggu turn la masing-masing nak guna bola tu.

Bowling Esplanade Teluk Intan
nie dah habis game baru teringat nak ambil gambar.
ok, gambar linda takde.
ada gambar kasut je.
kasut baru lagi weyh.
ye la, bowling ni pun baru je buka bulan 10 tahun lepas.
kalau kasut dekat Selayang Mall hari tu, lunyai dah.. hahaha
tapi kan, rate dekat Selayang Mall lagi murah dari Teluk Intan ni.

gambar tak banyak.
ada yang tertonggek tonggek.
takmo la share, aib je dapat.. hahaha

nie linda ada edit video.
boleh la buat kenangan, tampal dekat blog.
post dekat IG dan FB.

masing-masing tak puas hati main satu game je.
jadi, masing-masing kena menabung la.
bulan depan pula kita repeat..
kalau nak main dua,tiga game.
kena pakai duit sendiri lah.. hahaha.

till then, see ya.

Monday, January 26, 2026

.: GULA-GULA HERBA :.

Assalamualaikum.

Balik kampung sabtu lepas, nampak ada gula-gula atas meja.
Macam menarik je linda tengok.

Gula-gula batuk
Ni bekas nya.
Memang menarik la.

Gula-gula batuk
Ngintai dalam dia.
Buka je bekas, bau macam ubat batuk.
Linda ambil la seketul, nak rasa.
Eh, sama rasa dia macam gula-gula hacks yang original tu.

Tapi, bagus lah.
Senang nak makan kalau tengah drive kereta.
Takde susah-susah nak buka pembungkus nya.

Kak ipaq linda la bawa balik ni.
Dia memang semua yang tak pernah kitorang nampak dia ada dan beli..hahaha.
Selalu linda dok tanya dia benda-benda viral ni.
Kak mas dok tengok kt shopee, tak mahai pun harganya.

Boleh la beli nanti.
Stok gula-gula dalam kereta ada lagi.
Kalau ada yang batuk-batuk, boleh la try kot.
Lagi-lagi dok dalam aircond.

Till then, see ya.

.: KISAH SERAM ASRAMA :.

Assalamualaikum.

sebelum up entry aktiviti weekend lepas.
moh ler kita up cerita yang terperam ni.

rasanya semua pun tahu, linda dah PJJ dan linda duduk dekat asrama je.
nak dijadikan cerita, bilik asrama tu memang la lama juga takde penghuni.
sejak linda masuk 2021, takde penghuni tetap pun.
cuma yang menumpang (staff yang baru masuk dan tiada tempat tinggal lagi), seminggu paling lama.

scary post

malam kedua linda tidur dekat bilik tu.
linda tertidur sambil tengok telefon.
terjaga dalam pukul 3.45 pagi.
dengan lampu terpasang nya.
dah terjaga, biasa la mesti rasa nak ke tandas.
jadi, bangun ke tandas, dan tutup lampu.
nak sambung tidur semula.

lepas tu, telinga ni tertangkap bunyi macam ada orang guna tandas
owh, asrama dekat hospital selayang ni dah maju sikit.
tandas semua dalam bilik, so tak perlu la nak share dan keluar bilik.
sambung balik cerita, linda ingat orang bilik atas guna toilet. so biar jelah.
sebab macam rumah flat kan, kalau memalam tu sunyi, dengar la air dari rumah atas yang rasa macam rumah sendiri.

lepas dengar bunyi air tu, ada juga la rasa macam tak sedap hati.
tiba-tiba terasa tilam dipijak, fuhh...
memang seram sejuk dah.
terus rasa kena tindih..perghhh..
selama duduk asrama dari form 1, tak pernah diselubungi misteri macam ni.
memang terkumat kamit la mulut ni, dok ulang ayat kursi banyak kali.
Allahuakbar.
perasaan tu, tak tau la nak perincikan macam mana.

lepas pada tu, memang tido buka lampu la linda.. 
seram juga kot kalau nak bergelap.. hahaha.

cerita dekat incikSuami, boleh dia gelakkan linda.
cerita dekat kakmas, dia kesian la dekat linda.
cerita dekat adik azam, dia cakap, kalau jadi banyak kali, maknanya tu tempat dia, linda kena beralih tempat..
tapi, sekali tu je lah kena.

dah selesai baca surah al-Baqarah, buat pagar.
harap2 takde lah mengusik lepas ni.
kita nak tido je.

till then, see ya.

Saturday, January 24, 2026

.: PERTAMA KALI BAWA MOTOR :.

Assalamualaikum.

Petang semalam, balik kerja 4.30petang.
Terus meluncur atas jalan raya.
Pertama kali bawa motor jauh dari radar.
Lalu LATAR, ikut Kuala Selangor-Tg Karang-Sekinchan-Sg Besar-Sabak Bernam-Kg Sg Samak.
Alhamdulillah, 2kali berhenti, solat asar di Petronas Pasir Penambang dan pasar malam di pekan Sabak Bernam.
Sampai rumah sebelum maghrib, 7.20petang.

Motor besar
Dekat Petronas masa parking motor, nampak motor besar sikit dari motor Linda.
Rupanya sis juga yang bawa motor tu.
Bestnya, terus berangan. Kalau dapat transfer, nak beli yang sebiji juga..hutang la bulan²..kikiki

Naik motor
Up sikit.

Sungai Samak
Alhamdulillah..
Selamat sampai dekat kampung.

Selesai solat Isyak, kak mas ajak pergi Sabak pula..
Nak isi minyak kete.
Dah tentu la singgah makan, Ammar lapar.

Supper malam
Linda order satay jelah.
5 cucuk ayam
5 cucuk daging
2 Nasi impit 
Total RM12.40

Siap makan balik, incikSuami pun tak sampai lagi.

Sebabkan Izzah ambik video Linda.
Jadi Linda nak share la dekat sini.
Waktu ni nak gerak balik kampung, dari pejabat.

Kenangan lah ni, pertama kali di umur 37tahun, bawa motor balik kampung.hihihi.
Sebelum takat ke pekan je, kalau dari kampung tu.
Lain feel nya, rasa macam nak terbang ke atas highway tu.

Till then, see ya.

Friday, January 23, 2026

.: TUKAR MINYAK HITAM :.

Assalamualaikum.

selalu, incikSuami yang buat kerja-kerja ni.
sekarang kan alone, jadi kena buat sendiri lah. kikiki

babyLC, meh tukar minyak noh.
fuhh, first time bawa jauh sikit nak tukaq minyak hitam.

uncle saya mau minyak yang boleh kasi minyak tahan lama ya.
ok, nie bagus.
linda iyekan je lah..kikiki.

tak sampai 30min, siap dah tukar minyak hitam.
siap letak minyak sikit dekat rantai, pam kan tayar sikit.

uncel, U boleh tolong ketatkan dia punya cover ka? sekarang punya motor, cover pun senang tercabut.
haa, boleh2, ini cover memang suka tercabut.

terima kasih uncle.
total tukar minyak hitam+filter RM67

lapaq weyh, singgah Selayang Mall.

last2 masuk AhCheng Laksa.
dah pilih yang junior set, tapi asam laksa tu nampak macam banyak je.
dan memang tak habis ye.

ABC sedap.kopok leko sedap.
lain kali boleh lepak2 makan ABC je ni.
makan sengsorang ye, layan je.

doakan linda selamat pulang.
nak merempit balik kampung petang ni.

till then, see ya.
 

Thursday, January 22, 2026

.: MY REASON :.

Assalamualaikum.
 
Make over blog
Wajah baru blog Linda.
Ni lah perkara gembira nya..hihi.

Semalam BW dekat blog Sii Nurul.. 
Nampak dia share pasal make over blog kak Sarie.
Ehhh, kita pun nak menyibuk juga.

Sekali Nurul PM kita dekat emel.
Bawak ke Wasap..
Tara, jadi lah make over nya.

Layout sama je, cuma ada yang Nurul repair sana sini.
Ada Nurul cadangkan yang baru² punya layout.
Tapi, macam tak kena jiwa, nak yang lama je.
Jadi Nurul bantu ikut kehendak Linda..❤️❤️
Domo Arigatou 🥰🥰

Tapi kenapa warna pink?
Sebenarnya, Linda memang suka warna pink dari sekolah lagi.
Tapi, jadi malu nak ngaku bila orang kata "eh,ganas² ko ni suka warna pink?" 🤣🤣

Terus kalau orang tanya suka warna apa.
Tak keluar dah pink tu.
Sanggup la pilih warna lain.
Boleh jadi cerita pula kan..hahaha.

Apa apa pun, saya suka yang baru ni.
Dulu² rajinlah nak godek² sana sini.
Sekarang, janji senang nak baca, senang nak BW, sudahlah. 
Malas nak teropong coding tu satu satu.. hahaha..

Nampak tak??
Banyak perkara yang boleh menggembirakan kita, jadi jangan lah terlalu memikirkan perkara yang sedih je.

Till then, see ya.

.: MANY REASONS TO SMILE :.

Assalamualaikum.

hari nie ada conversation yang sangat buatkan hati nie gembira.

love your self

nanti kita update ya bila jadi kenyataan.

semoga hari ni dan seterusnya adalah hari yang baik dan gembira untuk kita semua.Aamin
terima kasih orang baik.
semoga dimudahkan segala urusan.

till then, see ya.

 

Wednesday, January 21, 2026

.: IDEA GEMINI :.

Assalamualaikum.

Ingat lagi kan kisah loteng kecik ni.

Loteng @loftbed
Balik awal tahun hari tu, kemas² la dengan kak M. 
So, Linda pun ambil gambar.
Kita minta tolong Gemini ubah deko yang simple jadi camne.

Dekorasi loftbed Gemini
Macam ni ha hasil Gemini.
Simple je.
Ok, dah ada idea lah untuk bilik kak M.

Nanti, kalau yang real dah siap.
Linda share.
Tanya kak M nak karpet apa, kita follow je lah kak M.
Sebab nak bagi dia tido kat situ.
Ni, dok tido dekat hall lagi, bentang toto.
Sabar jelah.

Nak belikan lampu tido sekali.
Takde lah dia seram sangat.
Penakut kak M tu. 😂😂

Till then, see ya.

.: WORDLESS WEDNESDAY 2/26 :.

Assalamualaikum

glad2glow series
hari tu nampak dekat live shoppe.
official kedai ya.
total tak sampai RM20 untuk 2 ketul ni. terus sambar lah.

baru pakai seminggu.
nanti kita tengok glow ke tak.. hahaha

till then, see ya.

 

.: SARAPAN PAGI WRAP TELUR :.

Assalamualaikum.

sarapan hari ni, 20.01.2026.
telur siap rebus malam tadi lagi.

scramble egg
pagi nie, kita kupas terus hancurkan.
siyeslah, takde bawa mangkuk / pinggan rupanya. hahaha
kita guna  jelah apa yang ada.

capsicum hiris
capsicum jangan lupa.
sebenarnya banyak hiris, tapi udah guna, baru teringat nak ambil gambar.

wrap telur
wrap kita jangan lupa.
nasib baik ada polistren ni ha, boleh la buat letak.

penambah rasa
perasa sebagai penyelamat.
sebab memang takde banyak gula ke, garam ke.

wrap telur
tara dah silap wrap dia..
hahaha, ikut suka lah bentuknya ya.
nak makan sendiri je pun.

rebus 2 biji telur malam tadi.
boleh la dapat 2 wrap.
tengah hari malas nak makan, petang balik kerja nak g pasar malam lah.

till then, see ya.

Tuesday, January 20, 2026

.: KISAH PETI SEJUK :.

Assalamualaikum.

masa nak kemas barang dekat rumah kuarters Hosp Selayang tu.
ada terfikir nak letgo barang2..
sebab malas nak banyak2 barang dekat Tronoh.

tapi, fikir2, takde la barang besar2 pun dekat kuarters tu.
yang ada peti sejuk 1 pintu, mesin basuh manual(linda bawa ke asrama), kabinet dapur yang kecik.
lain2 semua rak2 yang pasang siap..
so, buka dulu, nanti incikSuami tau la nak letak kat mana.
jadi, kami pun angkut lah semua barang yang ada, tanpa dijual.

peti sejuk 2 pintu - memang dari awal kahwin, guna dekat Melaka.
peti sejuk 1 pintu - beli masa duduk kat Selayang.

jauh beza juga bila letak bersebelahan.
nak dijadikan cerita, yang linda balik Tronoh hari tu.
peti sejuk besar tu, elok je function.
tiba-tiba, abang Mueez kabo, peti sejuk besar tu tak sejuk.
eh, terkejut la, sebab baru je buka peti tu simpan lauk basah, elok je sejuk.
tengok semula, betul la tak sejuk.
aikk...memang cukup haul ke apa.. yelah dah 14tahun kahwin, belinya dari incikSuami bujang lagi.
plus minus ada lah 17-18 tahun kot umur peti sejuk besar tu.

nasib baik la tak jadi jual peti sejuk kecik tu.
rupanya peti sejuk besar nak rosak.
ada la peti sejuk spare, buat simpan2 lauk basah.
mujur sangat.

incikSuami kata nak cari orang repair peti sejuk.
tengokkan dulu, kalau modal kecik. repair je lah.
kalau modal kasar, kena kumpul duit lain la jawabnya.

sabar jelah.
duit pencen dah habis dah peti sejuk oii..
hahaha.

till then, see ya.
 

Monday, January 19, 2026

.: MENU DINNER :.

Assalamualaikum.

Sambil tunggu Isyak tadi, BW lah dulu.
Sampai dekat blog Cie, ehhh cerita pasal makan pulak.
Terus jadi lapar.
Semenjak duduk single ni, tak makan dah malam.
Bukan sebab nak jimat ke apa.
Tapi, malas nak keluar beli.
Lagipun, Linda pun malas nak beli barang² basah untuk masak.
Makan sorang kan.

Tapi, penyelamat kena ada.

Jadilah megi kari telur + capsicum.
Perghh, capsicum tu mahey.
Kata malas masak, apesal ada capsicum??

Kononnya nak buat wrap telur, letak capsicum.
Tapi, tak jadi² lagi.. hahaha.

Esok lusa kot.kikiki.

Till then, see ya.

.: LAST KEMAS RUMAH KUARTERS :.

Assalamualaikum

hujung mingu kita di Selayang je.
incikSuami dan anak-anak datang sini.
last la untuk menginap di rumah dan kemaskan lagi barang2 yang tertinggal.

setelah, dikemas, dibuang segala yang tak nak.

urusan pindah
penuh kete weyh.
memang function la babyRuz nie.. hihihi
seat belakang tu dilipat.

babyRuz in action
pandangan dari pintu bonet tu.
"sampan" atas bumbung tu pun penuh.

tapi, ada lagi ya harta yang ditinggalkan dalam bilik asrama.
satu trip lagi, selesai la tu agaknya.

Mukhlis Syahir
dedek suruh ambil gambar dia juga.
baby tua ibu.

sebelum balik, makan dulu dekat Selayang Mall.
linda naik motor je.
incikSuami dengan anak-anak, lepas makan terus balik Tronoh.

family
parking dekat luar je senang.

mixue Selayang Mall
sebelum makan, ibu belanja Mixue dulu.
sebab dah tolong ibu ngan ayah kemas2 rumah.

kita jumpa lagi cuti Thaipusam nanti ye.
tiket ETS dah habis, makanya naik bas dekat TBS jelah kita nanti..
minggu ni nak balik kampung tengok abang Mu'az jap.

till then, see ya.

Sunday, January 18, 2026

.: BACAAN YASIN DAN AGM PKWI HOSP SELAYANG :.

Assalamualaikum.

Jumaat, 16.01.2026 - Majlis Bacaan Yasin Perdana dan AGM PKWI(Persatuan Kebajikan Warga Islam) Hosp Selayang.
Linda baru daftar ahli dan terus la join mesyuarat AGM.

Bacaan Yassin PKWI Hosp Selayang
Daftar dulu.
Boleh masuk list kursus juga. Buat ada ada. Hihi.

Alhamdulillah, selesai baca yasin, terus ke majlis AGM.
Takde pula gambar masa majlis AGM berlangsung.
Tiba la ke masa kemuncak.
Acara cabutan bertuah.
Banyak hadiah yang disediakan, ada dalam 50 juga.

Linda ni takde lah masuk kategori bertuah.
Kalau yang kena fight Gini.
Kalau yang memang setiap orang dapat, yang tu memang bertuah lah.

AGM PKWI Hosp Selayang
Alhamdulillah. Bertuah kali ni.
Dalam dok ralit main telefon, terkejut nombornya naik.

Cabutan bertuah
Gambar ihsan dari kamera CC Adawiyah.

Cabutan bertuah
Ada lagi wakil pentadbiran, Pojie.

Cabutan bertuah
Eh, Izzah pun bertuah.
Rezeki geng pink dua dua dapat hadiah.

Linda tak buka lagi hamper tu ada apa.
Telek² ada macam² juga dalam tu.
Bak kata pengerusi PKWI. "Duit yang terkumpul dalam tabung persatuan, bukan untuk saya..untuk semua ahli persatuan, insyaAllah kita akan buat bermacam² lagi aktiviti".

Pengerusi , Dr Hamdi (tak pasti dari bahagian mana), tapi memang sesuai lah jadi pengerusi..Alhamdulillah.
Bekas pelajar medik di universiti Al-Azhar, selalu juga dijemput menjadi penceramah jemputan(bab agama) untuk sekolah², surau²..

Semoga setiap perancangan bakal terlaksana untuk tahun 2026 ni, insyaAllah..

Till then, see ya.

.: ISRAK MIKRAJ, 27 REJAB 1447 :.

Assalamualaikum.

Semoga tak terlambat untuk mengucapkan Salam Israk Mikraj.

Peristiwa Israk Mikraj merupakan salah satu mukjizat Nabi Muhammad SAW.

Dalam peristiwa Israk Mikraj, Allah SWT telah memperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW beberapa gambaran tentang balasan,kemuliaan dan realiti akhirat. Semua ini bukan untuk menakutkan semata-mata, tetapi untuk mendidik umat manusia supaya tidak lalai, tidak alpa..dan sentiasa kembali kepada Allah.

Israk mikraj 1447
Allah Maha Mengetahui.
Daripada 50 waktu solat, dikurangkan menjadi 5 waktu solat.
Itupun, masih terasa berat untuk menunaikan solat.
Tak payah jauh, diri sendiri je..
Bila masuk waktu tu "10min lagi aku solat" "kejap lagi, nak siapkan kerja sikit" "awal lagi, jap lagi lah solat"

Astaghfirullahalazim.
Setiap tahun, niat untuk solat di awal waktu sentiasa ada.
Semoga kita semua sentiasa mendapat hidayah dan keberkatan daripada Allah SWT..aamin.

Israk mikraj 1447
-7 perkara luar biasa yang diperlihatkan pada Rasullullah SAW-

Semoga, kita semua sentiasa mengambil ibrah daripada kejadian Israk dan Mikraj.
Kebesaran Allah..
Mukjizat Nabi SAW.

Till then, see ya.

Saturday, January 17, 2026

.: ETS 5.13 PAGI :.

Assalamualaikum.

Rabu, 14.01.2026 - seawal 4.00 pagi dah bangun.
Ada train perlu dikejar.
Dalam 4.30 pagi dah keluar rumah, awal pagi memang tak banyak kereta la.
Belum pukul 5 pagi, dah sampai stesen KTM Batu Gajah.

Train Pagi
Haa.. tengok kat gambar tu, baru pukul 4.50pagi.
IncikSuami park dekat luar je.
Abang Mueez teman jalan kaki sampai ke dalam.

Train Pagi
Haa, tu abang Mueez dah keluar, pergi ke kereta.
Ada dalam 10 orang juga naik train 5.13pagi ni.
Pukul berapa la staff KTM ni clock in.

Kali ni, duduk dekat Coach A.
Sejuk bedi.
Tak penuh pun Coach nya, mungkin sebab Linda balik hari Rabu.
On time, sampai KTM Sungai Buloh 7.04pagi.

MRT Sg Buloh
Tunggu MRT, feeling² orang p kerja.
Tapi, memang nak terus thumbprint, masuk kerja pun. Hihi.

bus trip 114
Sampai ke Metro Prima, turun bawah, tengok bas pukul 7.40 pagi.
Tunggu la sekejap.

Tepat 7.40 pagi, bas pun bergerak.
Sampai Shell (memang tempat berhenti untuk ke Hosp Selayang).
Kena berjalan la masuk kawasan hospital.
Kalau ikut boleh thumbprint sebelum pukul 8 pagi.
Tapi, Linda teman aunty ni lintas jalan.
Jadi lambat sikit lah..hihi.

Apa pun, pengalaman pertama.
Lepas ni, jadi rutin la agaknya..hihi.
Moga tak lama lah, doakan ye Linda dapat transfer tahun 2026 ni. 🤲🤲

Till then, see ya.