Assalamualaikum.
Khamis, 19.03.2026 - hari last kerja.
Raya ke tidak, jumaat cuti.
Jadi, moh Ler kita join halfday.
Terima kasih incikSuami, datang ambil isterimu balik asrama ðŸ¤ðŸ¤
IncikSuami gerak dari Tronoh dalam 11.30 pagi, sampai Selayang dalam 1.45petang.
Solat zohor siap², dalam 2.30 petang kami gerak balik Sg Samak.
Tahun ni, turn raya kampung Linda dulu.
Alhamdulillah, sampai Sg Besar, pukul 5 macam tu, terus la singgah bazar Ramadan.
Berbuka di rumah.
Lepas berbuka, tunggu pengumuman raya la pulak.
Alhamdulillah, takde kelam kabut.
Anak² lah.. semua sedih sebab raya hari Sabtu.. hihi.
Malam sempat la meronda expo raya dekat Stadium Sg Besar.
Ramai juga orang.
Beli kurta incikSuami, sebab last minit tengok baju Melayu dia tak sama warna, walaupun kategori warna yang sama.. hahaha..
Kesian pula, jadi kita p la tengok kat expo.
Nak beli baju Melayu, macam jarang dah pakai sepasang, kecuali time raya.
Kita beli la kurta.Alhamdulillah ,ada warna yang sama.
Kak M beli shawl (tukang lilit, ibu lah).
Linda pun beli tudung satu.
Till then, see ya.


Alhamdulillah, Linda dah sampei kampung, ya. Seronoklah dia, suami datang ambik di asrama. Selamat membuat persiapan raya esok ya, Linda.
ReplyDelete