Lovvu Dobbu

Event Ticker
Showing posts with label gengPA. Show all posts
Showing posts with label gengPA. Show all posts

Friday, September 18, 2026

.: PASAR SENI - OMBAK - SOGO :.

Assalamualaikum.

Sabtu, 5.9.2026 - jalan jalan KL bersama besties.. 🥰🥰
Wishlist nak ronda KL sebelum pindah tercapai. Kikiki.

Awal pagi, dari hosp, kak Zu mai jemput.
Pastu parking dekat AEON, naik MRT ke Pasar Seni.

Dari kiri - Linda, Izzah, kakzatul(geng penyelia asrama), kak Zu.

Kak Zatul penyelia asrama juga, cuma dia dah pindah ke hospital Raub. (Rase blogger Cie pernah jumpa tahun lepas kot).

Pusing² dalam, luar Pasar Seni.
Lepas tu bergerak la ke next destination.

Ombak KLCC.
Yeay, sampai juga Linda. Hahaha.
Memang cakap dengan depe, nak p tak Ombak sebelum pindah.

Wefie dari seberang jalan.
Kitaorang naik rapid kL dari Pasar Seni.
Tak ingat berhenti kat mana (ikut route Moovit je).
Tapi, kena jalan sikit.
Kalau MRT laluan Putrajaya, betul² sampai depan Ombak.
Cuma tak ingat nama station nya.. hihi.

Naik sampai atas, lepas tu nampak orang keluar.
Kitaorang pun ikut lah.
Rupa nya, ada ruang.. ala ala rooftop la.
Boleh bergambar.

Jerebu kuat juga masa ni.
Tu yang tak nampak sangat menara tu.

Dah macam² aksi kat luar tu.
Moh Ler masuk dan turun balik.

View ni jangan lupa ya.
Trademark la kalau masuk Ombak ni.
Memang ramai la yang ambil gambar.

Yang berliku liku tu, laluan escalator.

Ni dekat belah luar pula.
Still nampak menara tu.

Habis sini, kita g Sogo pula.
Makan dekat food court.
Habis makan, kena berpisah la dengan kak Zatul.
Dia balik Gombak, naik bas je.

Bergambar dengan kak Zatul.
Ada rezeki, kita jumpa dekat Sg Besar pula ya.
Dah tahu rumah mertuanya kat mana, senang la nak terjah. Hihi.

Konon nak balik terus.
Ehhh, terjebak ye. Ada sale dekat tengah² alam tu.

Hasut Izzah beli kasut.
Eh, diri sendiri pun terjebak juga.

Beli handbag ni.
Warna dia mcm merah² sebenarnya.
Beli sebab berkenan warna dia je.
Lama fikir, sebab dok jangka, hadiah perpisahan yang dapat, ada la 3,4 handbag gak.
Tapi, kalah dengan nafsu, beli la juga.
Harga RM49 je, tu yang beli. Hihi.
Kalau mahal, tak beli juga.

Sepanjang hari juga la berjalan tu.
Sampai hospital dalam hampir 6 petang.

Till then, see ya.

Note - hari jalan² ni yang abang Mu'az jatuh motor tu. Esok nya, Linda balik kampung sekejap.

P/s - eh, jangan lupa, ada GA 1million PV tau, PV terkini 978011.

Saturday, September 5, 2026

.: TAK BOLEH KOMEN :.

Assalamualaikum.


Tak, sekarang ni nak komen dekat entry blogger dan entry sendiri tak boleh.
Jadi, jom la kita berjimba dulu.

Lepas ni, tak tau lah mai KL ke dak. Hihi


Till then, see ya.

Tuesday, August 25, 2026

.: CONFUSED :.

Assalamualaikum.

Dekat pejabat hari tu.
Tetiba ada something yang menarik perhatian.
Ambil gambar ,boleh buat modal entry blog.

Meja 1

Meja 2

Confused Linda, siapa yang nak pindah ni. Hahaha.
Sebab meja 2 tu meja Linda.
Ada ruang sikit untuk menulis je. Hahaha.

Yang meja 1 tu, meja partner kita Izzah.
Kemas weyh.
Macam dah kemas² nak pindah.
Eh, sabar dulu.
Kak Linda jalan dulu.. nanti Izzah plak hantar borang transfer ya. 🤭🤭

Memang gitu lah meja Linda.
Dekat ofis lama, di Melaka.
Ada Kak Zila tolong kemas. 
Dia cakap banyak betul barang.
Hahaha.

Adik² ni, biasa la serabut.
Semua nak hempuk, lepas tu. Tinggal ruang sikit je, janji lepas nak menulis report ke apa.
Lepas ni, dekat tempat baru, tak tau pula macam mana.
Semoga yang baik² saja, aamin.

Till then, see ya.

Sunday, July 12, 2026

.: DINE IN IKEA, MYTOWN :.

Assalamualaikum.

Semalam keluar dengan Izzah.
Making memories orang cakap.. hahaha.
Ke mana kita??

Tara,sampai ke Mytown. Selalu nampak blogger Nieza je up ke sini.
Akhirnya sampai juga Linda.
Tapi, bukan Ikea yang pernah pergi dengan incikSuami tahun lepas kot.
Ikea yang ni sekali dengan mall . Mytown tu la nama mall dia tak silap.
Naik MRT laluan Kajang, berhenti dekat station Cochrane. 
Jalan kaki sikit je, mcm nk masuk TRX tu.

Dua dua tak pernah makan dekat IKEA ni.
Jadi, moh la kita.
Semua tu RM65.50.
Meja banyak je, tak perlu risau.
Yang perlu risaukan, nak beratur beli makan.
Semalam sampai dalam pukul 11pagi, tu pun beratur dalam 30min tak silap.

Untuk Linda, kuah chicken cop tak kena tekak, ayam goreng tu takde lah rasa wow sangat, meatball sedap.
So, betul lah tu specialty nya meatball.
Isi wantan tu sedap.
Ada rezeki, boleh la bawa anak² nanti.

Setel makan, jalan² la IKEA tu.
Pusing², tak beli apa pun.
Keluar ke mall, nampak bOok excess, jom la masuk.

Untuk fotografi. Hihi.
Saja pakai baju hijau ni, sebab nak padankan dengan tudung yang Fanny bagi.
Sebab warna macam olive green, ni jelah baju yang ada untuk dipadankan.

Lagi gambar.

Eh, rajin pula nak edit kat Gemini.

Hiasan wall dekat book excess.
Rasanya dijual juga ni.
Besar juga book excess, siap ada kafe.
So, boleh la minum² sambil sembang² atau baca buku.

Musing la kami berdua dalam tu.
Sampai masa nak balik, eh tersesat² jalan nak balik ke station MRT. Hahaha.
Sebelum balik, beli juice Boost dulu.

Dah ambil, dah minum sepanjang jalan nak ke station MRT tu.
Dah sampai platform, baru tanya Izzah 

"Akak rase, kita mcm tertukar air, sebab akak baru cam ada rasa pisang" 

Bila Linda cakap, baru la dia iyekan. Hahaha.
Bertuah punya budak, dia dah perasan tak kabo.
Linda order tembikai+laici.
Dia order mango+banana tak silap.

Linda sedut air tu, otak nak ni tak proses.
Tapi, terasa mcm lain Beno rasa tembikai nya.
Linda first time beli air tu, jadi anggap memang cmtulah kot rasanya. Hahaha.
Rupanya. Betul tertukar air.
Nampak sangat lah memasang dahaga, janji dapat air.

Memang ke mytown semata mata nak merasa makan dekat IkEA je..  🤭🤭
Kalau sempat, kita p dating dekat Pasar Seni pula ye nanti.

Till then, see ya.

Sunday, March 29, 2026

.: PART 2 : SYAWAL 1447 :.

Assalamualaikum.

Perjalanan ziarah raya bersambung Ahad, 22.03.2026. Syawal kedua.
Ke rumah kakak mak di Sg Besar, terus la ke rumah sepupu² bapak yang memang selalu masuk dalam list ziarah raya.

Syawal 1447
Yang tudung kelabu tu kakak mak, Wak Saton.
Yang kiri sekali, navy blue semua tu, anak wak Saton, jadi sepupu Linda la.. kak Yah.

Syawal 1447
Geng² sepupu.
Tangga rumah Wak Saton memang port bergambar.
Abang Adie siap sediakan tripod sekali. Hihi.

Syawal 1447
Raya kedua, masih ada gambar couple.
Baju ungu pun recycle je.
Baju yang pakai masa kenduri sepupu incikSuami dekat Penang tahun lepas.

Selesai rumah terakhir beraya dengan family sendiri.
Linda teruskan perjalanan ke rumah rakan sejawat (uniform pink), kak Zatul. Tak pernah kerja bersama, tapi kerap juga berjumpa lepas pindah Selayang.
Tapi sekarang, kak Zatul dah pindah Hospital Raub.

Owh, rumah mertua dia dekat Sungai Besar.
Banyak kali raya juga dah deal nak beraya, tapi tak sempat.
Raya kali ni baru sempat.

Syawal 1447
Haa.. suami isteri dok kait pelam.
Pelan udang, besar².
Lupa nak ambil gambar.

Syawal 1447
One with kak Zatul dan suami.
Terima kasih for having us.
Borak² la dalam bahasa Jawa sikit² dengan bapa mertua kak Zatul.
Kalau bawa bapak, ntah² kenal. Hihi.

Syawal 1447
Ni kak Zatul, baik orangnya.
Suka tolong orang, permudahkan urusan orang.
Moga kita dua sama² dapat transfer, Aamin.
Ada rezeki jumpa lagi.

Till then, see ya.

Sunday, January 18, 2026

.: BACAAN YASIN DAN AGM PKWI HOSP SELAYANG :.

Assalamualaikum.

Jumaat, 16.01.2026 - Majlis Bacaan Yasin Perdana dan AGM PKWI(Persatuan Kebajikan Warga Islam) Hosp Selayang.
Linda baru daftar ahli dan terus la join mesyuarat AGM.

Bacaan Yassin PKWI Hosp Selayang
Daftar dulu.
Boleh masuk list kursus juga. Buat ada ada. Hihi.

Alhamdulillah, selesai baca yasin, terus ke majlis AGM.
Takde pula gambar masa majlis AGM berlangsung.
Tiba la ke masa kemuncak.
Acara cabutan bertuah.
Banyak hadiah yang disediakan, ada dalam 50 juga.

Linda ni takde lah masuk kategori bertuah.
Kalau yang kena fight Gini.
Kalau yang memang setiap orang dapat, yang tu memang bertuah lah.

AGM PKWI Hosp Selayang
Alhamdulillah. Bertuah kali ni.
Dalam dok ralit main telefon, terkejut nombornya naik.

Cabutan bertuah
Gambar ihsan dari kamera CC Adawiyah.

Cabutan bertuah
Ada lagi wakil pentadbiran, Pojie.

Cabutan bertuah
Eh, Izzah pun bertuah.
Rezeki geng pink dua dua dapat hadiah.

Linda tak buka lagi hamper tu ada apa.
Telek² ada macam² juga dalam tu.
Bak kata pengerusi PKWI. "Duit yang terkumpul dalam tabung persatuan, bukan untuk saya..untuk semua ahli persatuan, insyaAllah kita akan buat bermacam² lagi aktiviti".

Pengerusi , Dr Hamdi (tak pasti dari bahagian mana), tapi memang sesuai lah jadi pengerusi..Alhamdulillah.
Bekas pelajar medik di universiti Al-Azhar, selalu juga dijemput menjadi penceramah jemputan(bab agama) untuk sekolah², surau²..

Semoga setiap perancangan bakal terlaksana untuk tahun 2026 ni, insyaAllah..

Till then, see ya.

Wednesday, March 12, 2025

.: ADMIT WARD :.

Assalamualaikum.

pagi nie sibuk sikt.
sibuk apa tu?? sibuk menguruskan Izzah (makyong) masuk ward.
kandungan dah cecah 25minggu, dari petang semalam dia kabo baby kurang bergerak.
tapi, dia puasa juga.
linda dah suruh buka puasa, dia cakap ok lagi nie.
malam dah pukul 11malam baru teringat nak wasap Izzah tanya keadaan macam mana.
dia cakap sama je, tak bergeak banyak mana.
siap cakap "Izzah husnuzon je nie"
eh, main dengan kandungan nie mana boleh husnuzon gitu je.

dengan kuasa veto hakak, pagi nie ku heret lah Izzah pegi PAC (Patient Admission Center - Receive all Obstetrics and gynaecology patients where patients will be checked and if patients need to be warded or require treatments including outpatient appointments. Complicated cases will be given emergency treatments.)

selesai urusan pendaftaran dekat Unit Hasil

nie mek Izzah dah siap doktor buat pemeriksaan.
tinggal nak bawak g masuk wad je. itupun sedih juga, tak nak masuk wad..alala, sian adik sorang nie
siap tukar baju pink lagi..hihihi

nanti tengah hari kita naik pulak, hantar barang-barang mek nie.
naseb baik dia dok kuarters je.
depan rumah linda, senang nak tolong packingkan barang-barang.
itu pun malu sangat.
linda faham perasaan dia, PJJ, duduk sorang-sorang takde suami, layan mengandung, alahan.. anak sulung pula tu.
puasa pertama sebagai suami isteri tak duduk serumah.
jadi dia segan nak minta tolong linda, yelah, kita ibarat orang luar kan.

insya-Allah selagi ada dekat Selayang nie, boleh je nak menumpang kasih.
ada masa kita kuat, ada masa memang perlukan bantuan orang lain.

satu lagi dalam wad.
kena keluar cepat-cepat.
sebab doktor tengah round ward.

terima kasih juga kak Zue dengan Biha (geng librarian)
kalau diaorang takde, linda pun tak tahu juga nak buat apa.
kita nie masuk wad bila nak bersalin je. kikiki

semoga cepat sembuh dan tiada apa yang serius, Aamin.

till then, see ya.

Sunday, July 21, 2024

. : MENYAMBUNG SILATURRAHIM :.

Assalamualaikum 

Nie cerita rabu lepas.. 
Kan hanta MIL dekat KLIA untuk pergi umrah.. 
Siang rabu tu, Linda memang ambil cuti lah.. 
Salah satu niatnya nak jelajah Selangor... 
Ewahhh.. 😂😂

Atas tanggungjawab dan amanah yang diberikan, selaku AJK zon Kesatuan Penyelia Asrama... 
Jadi, hari rabu tu Linda turun padang untuk menghantar borang pendaftaran keahlian kesatuan pada penyelia asrama yang baru lapor diri pada Isnin, 15.07.2024.

1 - ILKKM SUNGAI BULOH

Bukti bergambar harus diambil
Jadi, kita share dalam group Besar dan AJK
Dekat ILKKM biasa, memang ramai penyelia asrama.. 
Sebab banyak blok nak kena jaga.. 
Macam dekat ILKKM Sg Buloh nie, ad 8 blok, 5 tingkat (bilik dalam 100++ untuk satu blok) untuk di jaga.. 

Langkah kanan orang kata
Datang hanta borang sambil berkenalan, dapat jamu selera sekali.. 
Alhamdulillah... 
Kemeriahan bila duduk beramai-ramai nie, bab makan, tak payah runsing..hihihi

2- HOSPITAL SUNGAI BULOH

Bersebelahan je dengan Ilkkm Sg Buloh
Tapi, jalan jalan kaki, lecak jugak lah ketiak.. Hihihi.. 

Yang gegirl 2 orang sebelah linda tu penyelia asrama baru.. 
Yang berseluar tu intake bulan Feb hari tu
Yang berbaju kurung intake Julai, 15.07.2024
Alhamdulillah, selama nie berwasap je dengan diorang..
Hari dapat bertemu muka..

Tak cukup masa nak menyembang semua hal... 
Ada rezeki, kita jumpa lagi lah... 

Petang pulak, linda ke destinasi terakhir

3- INSTITUT KESIHATAN NEGARA (NIH) 

Dekat sini lagi mantap
Bangunan baru kan.. 
Memang semua, lawa lah.. 
Masuk kawasannya pun kita rasa gah.. 
Dulu NIH nie dekat Bangsar kalau tak silap Linda. 
Sebab Linda igt lagi pergi exam Skim penyelia asrama(syarat pengesahan jawatan) dekat Bangsar.. 

Nie barisan penyelia asrama NIH.. 
Yang lelaki dua orang belakang tu, intake baru
Ada lagi sorang penyelia asrama NIH tiada dalam gambar, sebab duduk di pejabat yang lain.. 

Alhamdulillah, selesai proses pengagihan borang.. 
Semoga intake baru terbuka hati untuk mendaftar sebagai ahli kesatuan, dan dapat menaikkan lagi martabat penyelia asrama KKM @ geng baju pink 😊😊

Last but not least
Penyelia asrama baru HOSPITAL SELAYANG... 
Yeay, linda dah ada kawan dekat pejabat.. 
Dah boleh proceed next step, isi borang tukar.... Hihihi.. 

Semua yang kenal, nampak je Linda, terus tanya "eh, ko nak tukar ke? Dah ada penyelia asrama baru". 😂😂
Insya-Allah, dalam masa setahun dua nie, muka Linda masih di Hospital Selayang... 

Kena start semula riki2 tempat kosong, sebab semua kekosongan dah di isi dengan intake baru.. 
Tahun 2024 nie, 3x intake penyelia asrama masuk... 
Jadi, kena bersabar dahulu... 

Till then, see ya

P/s - ada lagi beberapa hospital yang belum pergi, harap2 ada kesempatan untuk berjumpa... Kena datang hari kerja, baru boleh jumpa..