lovvu Dobbu

Monday, January 5, 2026

.: HADIAH TOP KOMENTATOR BLOG AK :.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, penghujung Disember blogger AK ada umumkan 5 orang yang paling banyak komen dalam blog AK.
Setiap tahun, memang AK akan bagi hadiah pada top 5 ni.
Macam hari kecemerlangan murid pula.

Alhamdulillah, nama Linda pun tersenarai juga.
Walaupun di tempat yang kelima.

Screenshot dari blog AK.
5 orang pengomen tegar.

Pagi ni, masuk pejabat, tengok parcel dah sampai depan pintu pejabat.
Hari Sabtu lagi sampai, masa tu pun ada dekat Tronoh, jadi minta cleaner bawa masuk ke dalam je lah.

Bungkusan hadiah dari AK.

Beg untuk laptop.
Sweet je warnanya.

Selepas dikeluarkan dari plastik.
Baru la puas memandang.

Alhamdulillah,terima kasih AK untuk hadiahnya.
Macam yang AK umum dalam blog, tempat 1-4 dapat hadiah berupa wang yang akan dikreditkan dalam akaun masing².
Bagi tempat ke5, AK bagi hadiah fizikal.
Alhamdulillah. Rezeki.

Terima kasih banyak AK.
Moga dimurahkan rezeki, dimudahkan urusan dan sihat² selalu.

Till then, see ya.

23 comments:

  1. Alhamdulillah..rezeki tahun baru namanya tu...

    ReplyDelete
  2. Tahniah kak.. semoga dimurahkan dan dimewahkan rezeki buat akak sekeluarga... Aamiin

    ReplyDelete
  3. Warna lembut. Selamat gunalan.

    ReplyDelete
  4. tahniah.. semoga semakin dimurahkan rezekinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..aamin..
      Terima kasih Aida.. moga yang baik² je untuk Aida juga

      Delete
  5. Wahhh..Bestnya laptop ade bag baru =)

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.. Tahniah sis.. Cantik hadiahnya..

    ReplyDelete