Lovvu Dobbu

Event Ticker

Sunday, January 18, 2026

.: BACAAN YASIN DAN AGM PKWI HOSP SELAYANG :.

Assalamualaikum.

Jumaat, 16.01.2026 - Majlis Bacaan Yasin Perdana dan AGM PKWI(Persatuan Kebajikan Warga Islam) Hosp Selayang.
Linda baru daftar ahli dan terus la join mesyuarat AGM.

Bacaan Yassin PKWI Hosp Selayang
Daftar dulu.
Boleh masuk list kursus juga. Buat ada ada. Hihi.

Alhamdulillah, selesai baca yasin, terus ke majlis AGM.
Takde pula gambar masa majlis AGM berlangsung.
Tiba la ke masa kemuncak.
Acara cabutan bertuah.
Banyak hadiah yang disediakan, ada dalam 50 juga.

Linda ni takde lah masuk kategori bertuah.
Kalau yang kena fight Gini.
Kalau yang memang setiap orang dapat, yang tu memang bertuah lah.

AGM PKWI Hosp Selayang
Alhamdulillah. Bertuah kali ni.
Dalam dok ralit main telefon, terkejut nombornya naik.

Cabutan bertuah
Gambar ihsan dari kamera CC Adawiyah.

Cabutan bertuah
Ada lagi wakil pentadbiran, Pojie.

Cabutan bertuah
Eh, Izzah pun bertuah.
Rezeki geng pink dua dua dapat hadiah.

Linda tak buka lagi hamper tu ada apa.
Telek² ada macam² juga dalam tu.
Bak kata pengerusi PKWI. "Duit yang terkumpul dalam tabung persatuan, bukan untuk saya..untuk semua ahli persatuan, insyaAllah kita akan buat bermacam² lagi aktiviti".

Pengerusi , Dr Hamdi (tak pasti dari bahagian mana), tapi memang sesuai lah jadi pengerusi..Alhamdulillah.
Bekas pelajar medik di universiti Al-Azhar, selalu juga dijemput menjadi penceramah jemputan(bab agama) untuk sekolah², surau²..

Semoga setiap perancangan bakal terlaksana untuk tahun 2026 ni, insyaAllah..

Till then, see ya.

28 comments:

  1. wahh rezeki dapat jugak hadiah. bertuah ni!

    ReplyDelete
  2. congrats linda! best sgt bila naik tuahnya itu!

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah rezeki. Bertuah betul ni :)

    ReplyDelete
  4. Wahhh...Rezeki berganda ni...Alhamdulillah =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah .rezeki...tak sangka juga boleh bertuah..hihihi

      Delete
  5. Seronok kan kalau ada cabutan bertuah tiber nombor kiter naik.

    ReplyDelete
  6. Best.. majlis ilmu ada, majlis hadiah² pun ada

    ReplyDelete
  7. Best jugak ni, hadir AGM dapat kejutan hadiah. Alhamdulillah rezeki Linda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah..alhamdulillah..rezeki.. tak tahu pula ada cabutan bertuah..ingat ada doorgift je

      Delete
  8. Alhamdulilah rezeki tak pernah salah alamat

    ReplyDelete
  9. Tahniah Linda! Dapat apa la tu ye? 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada sejadah mini, bekas hiasan, 3in1 aik cheong chocholate, ada beg kecik buat bawa yasin.. hihihi

      Delete
  10. Rezeki tak salah alamat ye....tahniah Linda

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah rezeki ..balik tak tangan kosong

    ReplyDelete
  12. Baguslah persatuan ada aktiviti yang bermanfaat untuk semua ahli.

    ReplyDelete