Assalamualaikum.
Akhirnya, terjebak juga Linda ke Suka Dessert ni. Padahal depan spital je.
Masa mula² pindah Selayang, pernah dah masuk. Masa tu tak viral lagi macam sekarang.
Masuk pun, ada dessert biasa je.
Anak beli corndog pun, dia cakap tak sedap..
Lepas² dah viral tu, tak pernah la masuk tengok apasal viral.. Kikiki.
Tapi, Izzah p beli cookies, sebab nak bawa balik Kelantan, kak ipar dia kirim.
Izzah bagi Linda rasa sikit.
Sedap, tak manis leting sangat.
Macam rasa cookies coklat cip tu lah.
Ni lah cookies nya.
Singgah pun, sebab takde orang beratur.
Terus lah singgah.
Nampak tak atas tu,ada tong pelbagai saiz.
Itulah saiz tong yang di jual.
Tak ingat pula harga² nya.
Saiz S, M dan L
Linda beli saiz M RM38 + RM1 paper bag.
Patut la kena beli paper bag, memang dia isi sampai melimpah.
Berbaloi lah RM38.. sedap.
Dalam cookies tu, memang dapat ni sekali.
Ada tisu basah, susu full cream dengan air batu 1 cup tu.
Linda punya dah cair, sebab tak tau ada air batu tu. Bawa p Pasar malam sekali.
Sampai rumah baru belek.
Memang boleh repeat la lepas ni.
Kalau makan sorang, lambat la habis.. hahaha.
Kalau makan ramai² memang sat jaa habis.
Till then, see ya.





RM38 atau sekitar Rp150,000 untuk biskut sedap seperti ini, saya tidak akan berfikir dua kali untuk membelinya. Memang sangat sesuai untuk menemani waktu petang, sambil menikmati secawan teh panas ketika cuaca kerap hujan kebelakangan ini.
ReplyDeleteSambil nonton movie pun memang enak dimakan..tau² habis
DeleteTk pernah try lg SUKA DESSERT slalu tgk org beratur pjg kalo dkt food festival..kt kedai die pun tk smp lg
ReplyDeleteKita bab² beratur, memang surrender.. hihihi
Deleteslalu tengok video suka dessert yg viral tu macam manis sangat je. coklat leleh bagailah. tpi review kak linda ni tak manis leting pulak.
ReplyDeletekuantiti banyak camni mmng elok makan share!
Untuk cookies la... Kalau benda lain kak Linda tak beli.. hihi.. manis tu memang ada, tapi takde menyengat.. untuk yang minum manis biasa².. kalau yang dah cut sugar, tetap akan kata manis..
DeleteNampak lalu lalang video owner tu. Kemain paperbag dia sampai rm1.
ReplyDeleteItulah..nak buang sayang, tapi kena bersihkan la habuk² cookies dulu
DeleteNampk sedap tu. Cuya tak pernah rasa lagi suka dessert. Saya tak FOMO hehe
ReplyDeleteHahaha..sama je kak pun..tu masuk pun, kebetulan tengok takde orang beratur depan kedai..lajus la singgah
DeleteDania belum ke Suka Dessert ni. Kalau pergi mesti ummi tahu.
ReplyDelete