Assalamualaikum.
Projek ketiga masa cuti sekolah hari tu, dekat Tronoh. Projek yang paling besar sekali, menelan kos ribu ribu. 😂😂
projek nie juga lah yang readers linda dok tunggu-tunggu.
projek loteng @ loftbed
Mula-mula,meh la kita kemas bilik tengah nie dulu.
Haa, bila dah kosong, baru lapang sikit.
Sampai lah stars of the day kita nie.
Kalau takde, tak jadi projek kita.
Bermula 10 pagi, hampir 6 petang baru selesai sepenuhnya.
Sempat la Linda lena dulu lepas zohor tu..Kikiki.
Bosan menunggu.
3/4 hampir siap.
Bagus team nie,lapik siap².
Makan, minum semua dia bawa untuk staff dia.
hampir siap.
semua dah pasang, tinggal nak cover bawah tu je.
alhamdulillah, selesai.
begini lah keadaan nya.
yang baju pink terselit tu kak M lah, sapu, mop bilik dia.
tak tinggi pun atas nie.
setinggi dedek je, tahun depan, dedek dah tinggi, tak boleh berdiri macam nie dah.
syiling linda rendah je, jadi, memang untk berbaring je lah.
kalau orang dewasa naik, kena duduk terus lah.
nie linda ambil gambar dari bawah.
semua dah rasmikan tidur dekat atas tu.
malam pertama - dedek dengan incikSuami
malam kedua - abang Mu'az dengan kak M
malam ketiga - abang Mueez
linda?? tumpang baring-baring je.
dekat rumah Tronoh ada katil single asrama tu, baik lah ku tido atas tilam.. hahaha.
nanti balik Selayang, tido atas toto juga.
linda share video ambil dari tiktok company.
untuk yang linda buat nie, costing dia RM9000.
tapi, apa pun, dia akan datang ukur dan tengok, dan boleh consult lagi macam-macam.
area Perak, kalau ada yang berkenan.
boleh la search SB Smartwork Enterprise.
kalau ikot kan, bulan 8 macam tu, staff dia dah tanya bila free nak pasang.
tapi, kami pilih cuti sekolah je lah, senang sekali jalan.
sebab boleh mengemas sekali.
kalau nak balik wekeend, terkejar-kejar nanti.
Alhamdulillah, projek yang major (kos ribu-ribu), setakat nie dah selesai untuk rumah kecil kami.
cuba tinggal nak mikir nk beli tangki air baru letak luar atau nak repair tangki air atas syiling tu.
sebab, sekarang nie kami guna air direct je.
takde tangki, sebab tangki atas tu bocor.
semoga dipermudah langkah seterusnya, Aamin.
till then, see ya.
Syoknya dapat tidur atas tu. Kami pun plan nak tukar loteng lama ke loteng industrial macam ni tapi besar sikit lah. Besar juga modalnya tu. Senang sekali jalan masa cuti sekolah alang-alang ada kat rumah. Tak payah nak balik rumah semata-mata nak monitor dorang buat kerja. Yeay, seronoklah dah ada loteng baru. Jangan berebut pulak nak tidur atas tu. hihi...
ReplyDeletebab berebut tu, belum lagi...sebab bilik kak M takde aircond, just tala kipas jelah depan muka...kalau ada aircond tu, memang tak berganjak semua orang.. hahaha...
DeleteAlhamdulillah, ada rezeki kat situ. lagipun dok terfikir, kalau saudara mara datang, ada lah tempat banyak sikit nak lepak..atas boleh, bawah boleh...dalam bilik pula tu, boleh la yang gegirl nak buka tudung ke apa.
beshnya, leh buat projek senyap-senyap gini, privacy. cam rumah dlm drama Korea gitu.
ReplyDeleteharganya, maigosh! alhamdulillah bila dah siap. tahniah naik satu stage. semoga semuanya berjalan dgn lancar.
yeszaa...harganya bikin pusing kepala.. hahaha...tu baru cinonet tu je..kalau besar ruangnya, lagi lah.
DeleteAlhamdulillah, ada rezeki nya...lepas nie takde dah renovate apa2..tunggu lah 20 tahun akan datang pula.. kikiki
boleh tahan jugak kosnya tu. yg penting hasil kejenya memuaskan hati
ReplyDeleteWahhhh.. seronok la anak² Linda ada loteng boleh main pondok² atas tu.
ReplyDelete