Assalamualaikum.
rasanya semua sedia maklum, setelah bermacam perhitungan, perkiraan.
kami suami isteri sepakat membawa berkat, insyaAllah.
incikSuami akan menetap di Tronoh bersama anak-anak.
dan linda stay di Selayang sehingga pertukaran ke tempat yang dimohon di luluskan..
hari nie, 08.01.2026 - bermula la kehidupan baru kami.
semoga anak-anak baik2 saja. aamin.
penuh kereta.
3x dah kereta nie penuh angkut barang.
roofbox pun penuh, bahagian belakang pun penuh.
lori pun sewa juga. hahaha..
yang tu nanti linda share bila barang dah selamat sampai rumah Tronoh.
bye dedek.
elok-elok jadi orang Tronoh... hihihi
kak M tak nak bagi ibu nangis ke?
jual mahal pula.
abang Mueez pun ada, tak dan snap gambarnya.
hari nie mereka semua dah bergerak ke Tronoh, alhamdulillah..
dalam pukul 2pm tadi dah sampai.
hari kerja kan, jln clear lah.
nah tepek video sikit.
takmo lah linda nanges sorang2.. hahaha..
mohon kalian semua doakn buat Maslinda binti Miswan, supaya permohonan pertukaran ke tempat yang dimohon lulus pada tahun 2026 ni.. aamin.
till then, see ya.




harap- harap cepat lah permohonan pertukaran Linda approved...semoga dipermudahkan...amin...
ReplyDeleteInsyaAllah.. aamin.. abang akak kerja kat Putrajaya kan? Boleh kasi gegar la HQ.. hihihi
DeleteSemoga suami kuat menguruskan anak-anak seorang diri. Juga Linda kuat menempuh hidup jauh dari suami dan anak-anak. Hugs untuk Linda. Semoga cepat-cepat Linda dapat tukar ke Perak. 🤲
ReplyDeleteAamin.. terima kasih kak Nur.. atas doa doanya
DeleteSemoga Linda kuat berjauhan dgn keluarga. Mudah mudahan dapat segera bertukar ke Tronoh.. Amin Ya rabbal Alaminnn
ReplyDeleteInsyaAllah..aamin..
DeleteLinda tinggal seorang eh? Agaknya berapa lama permohonan diluluskan?
ReplyDeleteYa kak, tinggal seorang sekarang ni.. bergantung pada rezeki juga..kadang cepat, kadang lambat..
DeleteAkk sedih tau tengok story WA Linda tu 🫣 Rasa sebak pulak. Anyway semoga dipermudahkan urusan Linda sekeluarga 🤲🏻
ReplyDeleteSama² lah kita sedih kak..hihi..aamin..terima kasih doanya
DeleteSemoga cepat2 dapat tukar tu. Susah jugak PJJ ni Cie dah pernah dulu jaga anak kecik2. Memang mental fizikal semua la down.
ReplyDeleteAamin.. terima kasih Cie.. dah pernah rasa.. dari mengandung, anak kecil, sampai anak dah beso ni.. PJJ, duduk sekali, PJJ balik, dok sekali balik, PJJ lagi.. moga yang baik² je selepas ini..insyaAllah.
Deletesemoga permohonan linda berjaya ye .. dok selayang sorang2 ke skrg ni? Rupanya dekat je ye ngan ako :) next time bole join makan2 raya la tahun ni ngan blogger2 lain
ReplyDeleteAamin.. terima kasih atas doanya.. hihi.. insyaAllah, kalau dapat jemputan, boleh p.. kita p..☺️☺️
DeleteSemoga diluluskan cepat linda, kalau ada kekosongan tu insya Allah, pasni abahnya lah yg jd bapak rumahtangga ye weekday
ReplyDeleteaamin.. terima kasih kak Mim... itulah, anak dah besar2 ni, senang sikit.. dulu kita terkangkang sorang2 masa anak kecik2.. hihihi
DeleteSemoga Linda dpt sesuaikn diri tggl dkt asrama & semoga cpt2 lulus permohonan pertukaran...Amin..
ReplyDeleteaamin.. terima kasih atas doanya.. insyaAllah, duduk asrama ok je.. cuma tak boleh nak berjalan merata lah... kikiki
DeleteAduh jauh jugak tu.... moga Linda dapat dipermudahkan untuk bertukar... eh nama ayah kita sama lah LInda
ReplyDeleteaamin, terima kasih atas doanya.. a ha, nama bapa kita sama.. hihihi
Delete