lovvu Dobbu

Sunday, January 4, 2026

.: AVATAR , FIRE AND ASH :.

Assalamualaikum.

Cerita tahun lepas, Khamis,25.12.2025 - tiba² malam sebelum tu incikSuami ajak p tengok Avatar.
Terus lah kita booking, weyh.. banyak full lah. Ingatkan orang tak tengok.. Kikiki

Kali ni tengok dekat TgV Wangsa Walk.
Tak jangka jalan jem, dari TF Batu Caves tu dah beratur..
Terus melencong ikut Duke lah.
Kalau follow jem, risau tak sempat sampai pula.
Sampai² ngam² je.
Tak tunggu lama, beli popcorn terus hall buka.

Gambar sesudah selesai menonton, lampu dah pasang, baru lah nampak muka semua.

Overall, best cerita dia.
3jam ye..hihi..
Hall full house.

Linda memang follow dari 1st movies.
So, bila tahu keluar yang baru ni, memang nak tengok lah.

Ada part sedih, ada part geram, ada part menyampah.
Part nanges tu, masa Tulkun Payakan cerita pasal keturunan dia kena bunuh dengan pemburu Tulkun. Sebab tu lah Payakan tu nak balas dendam, dan sebab Payakan tu nak balas dendam dekat pemburu tu lah dia kena pulau, siap kena buang negeri.
Memang nangis lah part yang tu.

Abang Mu'az kata, ada sambungan lagi ni.
Sebab varang tu tak mati lagi.. 

Dah siap tengok wayang tu, jalan² la jap. 
Nampak benda yang comel.

3 ketul patung Pokemon ni.

Squirtle ni comel tau.
Konon² nak bela lah 😂😂, sekali rege dia RM300 lebih..
Tak jadi weyh.. hahaha.

Takpelah, bela yang Squirtle yang ni jelah.

Elok nak keluar, hujan lebat.
Tunggu sat, dah reda.. terus lah masuk kete..
Cari makan pula..
Kita masuk makan dekat TF Batu Caves je lah. Senang, hala balik.

Till then, see ya.

14 comments:

  1. 3 jam panjang sangat untuk uncle... tak sanggup nak tengok. Lama sangat takleh fokus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi...sebab suka cerita dia..jadi memang fokus lah

      Delete
  2. Kak SA mmg x masuk citer Avatar no..x tau la apesal...tunggu la semua ada dalam Netflix..3 jam tu...lenguh pungkoq wey...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka sebab animation dia kot..tapi, Avatar tu memang dahsyat sangat rupa bentuknya.. hahaha

      Delete
  3. Lamanya dalam cinema. Boleh tahan eh akak beranak dlm tu? Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. jap, diri sendiri pula blur tang beranak ni.. 😂😂

      Delete
    2. Bila lah masa linda mengandung ni sampaikan beranak dalam panggung wayang. hehehehe

      Delete
  4. Sy tak tgk lg cite Avatar..Hata said tggu masuk netflix aje la =)

    ReplyDelete
  5. Akak tengah berangan nak pi tempat ala-ala avatar tu. Mudahan tahun ni ada rezeki. Aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah..dekat mana tempat ala² Avatar tu? Moga tercapai la angan akak tu..aamin

      Delete
  6. Magal juga garga Squirtle.
    Maaf tidak ikuti cerita Avatar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Magal=Mahal
      Garga=Harga.
      Tidak tahu apsal typo lepas itu perasan lepas dah keluar komen.

      Delete
    2. Hihi..biasa tu kak..Linda pun selalu macam tu..kdg² rajin padam balik, lepas tu taip lain..bila malas tu, biar jelah..harap² orang baca faham..hihihi

      Delete