Lovvu Dobbu

Event Ticker
Showing posts with label batugajah. Show all posts
Showing posts with label batugajah. Show all posts

Thursday, July 30, 2026

.: RUNWAY TRAIN = LATE ARRIVAL :.

Assalamualaikum.

Petang semalam, asal nak gerak balik Tronoh je, kena cepat². 
Sebab nak kejarkan hari yang tak hujan. 🤣

Gelap awal.
Asal nak balik Tronoh je, kena speed laju².
Risau hujan lebat, nak keluar tunggu bas pun susah.
Alhamdulillah, sempat baik bas sebelum hujan.

Sampai Metro Prima awal lagi, so singgah AEON la sekejap.

Beli empire sushi 4 ketui.
Buat alas perut.
Niatnya, sampai Batu Gajah 9.35pm nanti, nak ajak incikSuami makan nan cheese.
Siap Google dah hari tu kat mana yang ada dekat².

6.20 petang, baru menapak ke MRT station semula.
Sampai² Sg Buloh, dah boleh terus Chek in.

Selagi bernafas, ayuhlah kita melangkah. 💪💪

Bagus juga tadi makan sushi, ngopi² kat AEON.
Kalau tak, mau masuk angin perut Linda.

Sila zoom.

9.25 malam, masih belum sampai station Tanjung Malim.
Apo ni? 
Bukan delay, tapi tergendala dalam perjalanan.
Jem pula laluan ETS malam tadi. 🤣🤣
Total masa berhenti henti, tunggu tepi, dalam 120minit juga.

"Menunggu kebenaran dari pusat kawalan untuk berlepas, menunggu perselisihan kereta api dari arah bertentangan"

Haa, mcm tu la pengumuman dalam kereta api tu.
Terus teringat cerita Unstoppable, runway train tu.

Alhamdulillah, selamat sampai di Batu Gajah pukul 11 malam.
Terus lah balik rumah.
Tak jadi la makan nan cheese.. 😅😅

Owh, Linda cuti 2 hari.
IncikSuami nak me time, 😆😆. Jadi kena jadi supir anak² ke sekolah la pula.
Kebetulan yang sangat bertuah, 31hb pun ada hari bertemu waris untuk sek rendah anak².
Dapat la Linda hadirkan diri.

Till then, see ya.

Wednesday, June 3, 2026

.: BRISWALK DI BATU GAJAH :.

Assalamualaikum.

Selasa, 02.06.2026- Briswalk di Batu Gajah.
Pernah lalu, nampak ada taman besar, so macam puas hati juga la nak bawa kids.
Sementara ibu Briswalk.

Sampai je. Dekat tempat parking kereta.
Ambil gambar pokok dulu.
Epik sungguh.

Motif sangat, dok ambil gambar ni dekat celah² tiang haa.

Ni taman permainan nya.
Linda ambil dari atas, Briswalk sekeliling tu.
Ikut laluan kenderaan juga la, tapi tak sibuk.
Dan nampak ramai je yang berlari.
So Linda pun ikut je lah. Hihi.

Taman permainan nya luas, kebersihan terjaga.
Anjing lepak² takde.
So ok la bagi Linda.

Briswalk petang Linda.
Boleh la, kumpul² steps.
Alhamdulillah, cukup lah 10k sehari.

Till then, see ya.
 

Monday, March 30, 2026

.: BACK TO NORMAL LIFE :.

Assalamualaikum

habis dah cuti raya linda.
moh la kembali ke sarang menjalankan tgas seperti biasa.
petang semalam pun, dah hantar abang Mu'az balik asrama, yang tu pun drama lagi. hahaha
udah 3 bulan kot duduk asrama.

Balik Sungai Buloh
macam biasa la, naik kereta api.
hari tu incikSuami dah ambil dari asrama, balik sendiri la naik kereta api.

Balik Sungai Buloh
di awal pagi.
pukul 5 pagi sampai stesen KTM, terus je masuk platform.

Balik Sungai Buloh
dapat sneaker baru lagi.
terima kasih for an early birthday present.
bertambah la koleksi kasut linda.
gift from kak mas.

Balik Sungai Buloh
tengah tunggu MRT dekat Sg Buloh, ada orang tanya nak g Bukit Bintang macam mana.
linda buka Moovit la.
eh, dekat je rupanya.
boleh ikut Kwasa Damansara je.
lepas ni boleh la try g Bukit Bintang juga.

Balik Hospital Selayang
Alhamdulillah.
sampai tempat kerja.
thumbprint 7.58 pagi.
ngam2 sebelum pukul 8 pagi.

lepas thumbprint, pergi kafe, beli makanan.
balik bilik asrama dulu, tukar uniform kerja.

setel pusing asrama, baru kita taip entry baru.
nanti linda sambung lagi entry raya ye..hihihi.

till then, see ya.


Thursday, February 19, 2026

.: 1 RAMADAN 1447 :.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, bertemu kita dengan bulan Ramadan.

Sahur 1 Ramadan 1447
Menu sahur.
Telur dadar dengan sayur je baru masak.
Yang lain, lauk perangat semalam.

Bangun pukul 3.20 pagi.
Sebab nak siap² p stesen ketapi pula.
Bersiap dan sahur sekali.
Dedek bangun awal, teman Linda sahur dan ikut incikSuami hantar ke stesen KTM

1 Ramadan 1447
Sebagai kenangan.
Kerusi sebelah, lelaki Cina berbadan besar.
Dia tido, risau pula menyenget dekat Linda.
Terus Linda nak tido pun tak senang.hihihi

Stesen KTMB Batu Gajah
Selagi PJJ, ni lah pemandangan nya.
Ramai juga pagi ni dalam ketapi.
Banyak Chinese, baru lepas CNY kan.

Till then, see ya.

P/s - rasanya tahun ni macam tak banyak je entry lauk pauk untuk menu sahur dan berbuka.hihihi

Saturday, January 17, 2026

.: ETS 5.13 PAGI :.

Assalamualaikum.

Rabu, 14.01.2026 - seawal 4.00 pagi dah bangun.
Ada train perlu dikejar.
Dalam 4.30 pagi dah keluar rumah, awal pagi memang tak banyak kereta la.
Belum pukul 5 pagi, dah sampai stesen KTM Batu Gajah.

Train Pagi
Haa.. tengok kat gambar tu, baru pukul 4.50pagi.
IncikSuami park dekat luar je.
Abang Mueez teman jalan kaki sampai ke dalam.

Train Pagi
Haa, tu abang Mueez dah keluar, pergi ke kereta.
Ada dalam 10 orang juga naik train 5.13pagi ni.
Pukul berapa la staff KTM ni clock in.

Kali ni, duduk dekat Coach A.
Sejuk bedi.
Tak penuh pun Coach nya, mungkin sebab Linda balik hari Rabu.
On time, sampai KTM Sungai Buloh 7.04pagi.

MRT Sg Buloh
Tunggu MRT, feeling² orang p kerja.
Tapi, memang nak terus thumbprint, masuk kerja pun. Hihi.

bus trip 114
Sampai ke Metro Prima, turun bawah, tengok bas pukul 7.40 pagi.
Tunggu la sekejap.

Tepat 7.40 pagi, bas pun bergerak.
Sampai Shell (memang tempat berhenti untuk ke Hosp Selayang).
Kena berjalan la masuk kawasan hospital.
Kalau ikut boleh thumbprint sebelum pukul 8 pagi.
Tapi, Linda teman aunty ni lintas jalan.
Jadi lambat sikit lah..hihi.

Apa pun, pengalaman pertama.
Lepas ni, jadi rutin la agaknya..hihi.
Moga tak lama lah, doakan ye Linda dapat transfer tahun 2026 ni. 🤲🤲

Till then, see ya.

Sunday, January 11, 2026

.: PERJALANAN KE BATU GAJAH :.

Assalamualaikum.

Jumaat, 09.01.2026 - bermula lah perjalanan pJj kita.. thumbprint awal 4.30petang.
Jalan kaki tunggu bas dekat sebelah hospital.

Pemandangan petang.

Dalam 10min bas pun sampai.
Owh laluan ke Metro Prima dari hosp Selayang, naik bas perantaraan MRT no 114 ye.
Caj max RM3, nanti sampai tempat di tuju, baru tahu harga sebenar.
Macam Linda hari tu kena RM1 je..
Kena guna touch N go atau app diorang je untuk bayaran.
Eh, kalau naik train MRT pun boleh la guna TnG kan? 
Linda dok beli coins tu je..penat lah pula.

Sampai Stesen Metro Prima, betul² depan AEON Kepong.
Pukul 5 petang dah sampai.

Tunggu train sampai pula.
Macam dah 2tahun tak naik train ulang alik Gini.

Ikut laluan Kwasa Damansara, untuk turun dekat Sungai Buloh.
Linda naik ETS dekat Sungai Buloh.

Sampai Sungai Buloh dalam 5.20 petang.

Pergi tengok kaunter KTM pula.
Awal lagi, tiket KTM Linda dah beli 10.30malam.
Tanya lah kaunter kot² ada extra last minit.
Takde weyh.
Emm, moh Ler kita naik train semula.
Lepak² dekat Aeon dulu la.
Kill the time orang kata.
Sebab dekat KTM tu takde apa pun, nak masuk pun tak boleh.
Katanya sejam awal je baru boleh masuk.

Jadi meh la kita makan² dulu dekat Aeon.
Nasi putih paprik + Cham ais.

Siap² solat jamak maghrib dengan Isyak.
Dalam pukul 8malam kita naik train semula.
Belum 8.30 dah sampai Sungai Buloh.
Melenggung la sampai 10.30malam, nak tunggu ETS.

Sambil² tu snap yang ni sekali.

Alhamdulillah, akhirnya.. sampai juga train yang ditunggu.
Memang full lah dalam train ye..
Tepat 12.30 tengah malam, sampai stesen Baru Gajah.
Memang betul² on time.

Dah tahu pengajarannya, lepas ni boleh dah ambil tiket train pukul 6.50 @ 7.50 petang.
Yang tu je tiket yang ada lepas waktu pejabat berhenti dekat Batu Gajah.

Alhamdullillah, atas pelajaran hari jumaat.
Itulah orang kata, selagi hidup..kita sentiasa belajar.
Moga yang baik² untuk ke depannya..aamin.

Till then, see ya.

Monday, September 22, 2025

.: PASAR MALAM DAN KOPI :.

Assalamualaikum.

Mencari Maybank sampai ke Batu Gajah, dekat Seri Iskandar takde pula.

Boleh pula jumpa kawan.
Terkejut juga Linda, sebab tak tau pun incikSuami ada kawan kat area Batu Gajah.
Rupanya adik kawan sek men dia.

Gara-gara jumpa kawan incikSuami.
Dapat info ada pasar malam pula dekat Batu Gajah hari Selasa.

Jadi lepas Maghrib, kami pun ke pasar malam lah.
Saja nak tengok-tengok.
Tapi, tak ambil gambar pun.hihihi.

Laksa full aksesori RM4.
Yang takde sayur-sayuran RM3.50.
Siap bungkus asing².
Senang nak pilih.

Selepas pusing pasar malam.
Rehat dekat buaian, sebab Linda dah aim nak rasa air kopi dekat Kopi dan Pancing.

Memang lalu kafe nie bau kopi dibru.

Lokasi - dataran Batu Gajah.
Kabin je, tempat minum open.
Kalau petang² atau malam ok lah.

Linda order Hazelnut Latte RM11 ke RM 10.
Not so bad.

Kopi & Pancing,
lot 1, Laman  Local Agenda 21, 
Jalan Pasar, 31000 Batu Gajah, Perak.

till then, see ya.

GA PV 200,000 masih berlansung ya.