Lovvu Dobbu

Event Ticker
Showing posts with label kisahasrama. Show all posts
Showing posts with label kisahasrama. Show all posts

Saturday, July 25, 2026

.: SABTU DI ASRAMA :.

Assalamualaikum.

Another day of PJJ life story.. 🤭🤭
Konon nak g Shah Alam, naik train percuma.
Tapi, kemalasan melanda.

Sarapan roti coklat beli dekat kedai Eco.
Comel nya, dia pack satu satu.
Senang nak makan, lebih kurang bentuk twiggies.
Ada 6 ketul dalam tu.

Khatam baca buku Trauma (KataPilar Books)
Cerita yang menggambarkan Unit Kecemasan dan Trauma(ED) hospital.
Untuk pembaca/orang awam lebih memahami SOP di ED(Emergency Department), takde lah asyik nak merentan je marah².

Selang seli dengan buat benda ni juga.

Ngam pukul 5 petang, hujan lebat.
Kita ni dok terbayang, pukul 5 nak briswalk sampai 6 lebih, lepas tu nak keluar makan terus.
Tak kesampaian rupanya.

Jadi, makan dekat kafe hospital jelah kita.
Ada masakan panas bila dah petang² ni.
Sedap masakan nya, tapi dah hari² situ je, jemu jugak.. hahaha.

IncikSuami gtaw ada geng pencen, geng bakat datang rumah..hihi.
Tak berjodoh plak kita nk jumpa.
Geng incikSuami masa kerja dekat Sg Udang.
Geng² pencen askar.
Antara yang rapat juga lah, Alhamdulillah sampai juga rumah Linda.
Jangan serik datang lagi ye.

Ok lah, nak sambung tengok Agent Kim.

Till then, see ya.

Sunday, June 14, 2026

.: WEKEEND DI ASRAMA :.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, masih rajin nak keluar pagi² buat briswalk.
Benarnya, nak kill the time juga.
Kalau tak, memang tak keluar bilik lah. Hahaha.

Mencipta Kenangan
Matahari pagi, ni gambar dari kawasan parkir bahagian asrama.

Pagi kita selesaikan terus 10k.
Malas nak pening².

Singgah breakfast kat kafe, sebelum masuk sarang semula.

Linda beli lagi kawat bulu. 🤭🤭
Kata nak habiskan apa yang ada, lepas tu beli lagi.

Tak banyak pun.
100 batang je setiap warna.

Ni sekali.

Konon nak pintal, masih belum ada mood.
Nanti dah siap, Linda share kejadiannya.

Duduk bilik, basuh langsir.
Selalu cek bilik, Kdg penghuni lama tinggalkan langsir, kalau yang elok² tu.
Memang Linda kutip, basuh dan simpan buat spare.
Kot² la ada gunanya.

Langsir tingkap bilik je..tak besar mana.
Boleh la basuh sendiri kat bilik, sebelum ni bawa balik kuarters juga.

Kalau tak balik tu, memang terperap je lah dalam bilik.
Malas betul nak keluar. Hahaha.
Tengok la lepas asar nanti, kalau tak hujan.
Nak merempit la kejap.
Cari makanan.
Sekarang, makan megi dulu.

Till then, see ya.

Wednesday, May 20, 2026

.: KE TERMINAL GOMBAK BERSEPADU :.

Assalamualaikum.

meh throwback Rabu, 29.04.2026.
last minit plan, teman Izzah pergi TBG naik public transpot.
bas dia pukul 9.30 malam kalau tak silap.
jadi, sempat la nak naik public transpot.
selalu mek tu naik Grab dalam 4.30-5.00 petang, memang RM50 saja harga grab.
padahal dari Selayang ke TBG bukan jauh pun.
cuma, waktu tu traffic tinggi kan.
lepas tu, dia nak kejarkan bas 6.30 petang.
memang tak dan la nak naik public transport.

naik bas
alang-alang bas lewat lagi, naik public transport la kita.
campur Linda pun nak berjalan sama.. hahaha.
habis waktu pejabat pukul 5, terus menapak ke bus stand.
amik gambar candid mek ni, buat konten blog.. hahaha

station Ampang Park
naik MRT dekat station Metro Prima, turun dekat Ampang Park untuk tukar naik LRT Gombak pula.
kena berjalan sikit untuk tukar station.

naik LRT
dalam LRT, setelah beberapa station ramai orang.
rupanya memang waktu orang balik kerja, penuh ye LRT masa naik dekat Ampang Park tu.
sendat, macam tin sardin. hahaha

TBG entrance dari LRT station
Alhamdulillah, sampai TBG.
tapi, nie entrance belah belakang la.
turun dari station LRT, masuk kiri untuk ke TBG.

masa incikSuami ada dekat Selayang.
dok lalu je depan TBG ni, sekarang dah sampai.

Nasi Lemak Burung Hantu
wah, ada nasi lemak burung hantu la.
selalu nampak dekat blog MT je.. hihihi

Izzah belanja
lepas tu, mek Izzah ni belanja makan pula.
moga murah rezeki selalu.
kita ni ajak dia naik public transport, sebab nak g "derak" juga.. hahaha
nak bagi sampai.
kalau tidak, bila ntah nak sampai.

solat maghrib dulu, lepas tu. linda pun balik semula la ke Selayang.
konon nak naik bas MPS pula, tapi nya 9.40malam baru jalan.
lambat nak sampai nanti.
jadi naik je la LRT, MRT macam masa datang tadi.
9.50 malam dah sampai hospital.
Alhamdulillah, pertama kali balik malam2 lepas PJJ ni.
selalunya, memang dok memerap je dalam bilik.
takde keluar ke mana dah.. hahaha.

till then, see ya.

Monday, May 11, 2026

.: HAMPIR 4 BULAN :.

Assalamualaikum.

Isnin, 27.04.2026 - "tamat lah sudah, cerita kami"
takpelah, mungkin ini yang terbaik.
harapnya, abang Mu'az hargai lah apa yang ibu dan ayah dah buat. insyaAllah, amin.
tapi, tetap ada kesannya, next year pindah sekolah Tronoh.

pengalaman hampir 4 bulan duduk asrama.
tapi tak berjaya hingga ke akhirnya.

pagi tu, linda dan inciksuami ke sekolah, selesaikan perkara-perkara yang perlu.
ke pejabat pentadbiran, isi borang keluar asrama.
lepas tu, ke pejabat asrama, jumpa penyelia asrama pula.
dapat juga berjumpa En. Kamarul, rakan sejawatan tapi dia kerja dekat KPM lah.

menyembang panjang jugalah.
lepas tu, kami pun balik.

petang baru datang semula untuk ambil abang Mu'az dan barang-barang.

dedek juga yang setia ikut ibu.

abadikan kenangan.
lepas ni,biarlah ibu dengan ayah je yang membuat pilihan. hahaha

ni haa anak bujang nya.
muka ada sinyum.

reason nak keluar asrama???
kalau setakat biasa2, memang linda tak layan.
bosan la, makan tak sedap lah.
kadang tu, tiap minggu suruh datang ambil.
padahal boleh balik 2minggu sekali.
ada je lah alasan dia, linda la yang wasap warden.
nasib baik warden ok, dan tak strict sangat.
sebab asrama sekolah harian je kan.

eh, menyimpang.
setelah di tanya tanya. apa alasan sebenar nak keluar asrama.
baru la dia beritahu.

katanya diganggu oleh abang senior di dalam dorm.
bagi Linda, ia mungkin gurauan.
tapi, kalau yang diganggu tu rasa tak selesa, walaupun dah banyak kali katakan tidak.
jadi ia jatuh pada Gangguan Seksual.

so, bila abang Mu'az dah cakap mcm tu.
linda terus beritahu warden, dan warden pun dah tanyakan abang Mu'az.
tapi, takpelah. risau jadi yang bukan-bukan.
linda pun memutuskan untuk keluarkan abang Mu'az dari asrama.
harapnya, pelaku tidak melakukan perkara yang sama berlarutan dan berlebihan pada orang lain.
mungkin, bagi mereka itu hanyalah gurauan.
tapi, macam linda cakap tadilah.
kalau yang diganggu tu rasa tak selesa, itu bukan gurauan.

sebab tu, nak bergurau kena tengok keadaan dan tempat.
bukan boleh bergurau je.

ni, ulang alik la naik bas dari rumah embah ke sekolah.
setakat hari ni, tak pernah lagi tak sekolah.
Alhamdulillah, semoga terus kekalkan momentum.
bak kata kak Mas, selagi nak sekolah.
ya Allah, terasa lain beno dengan zaman linda sekolah dulu2.
moga yang baik2 la untuk anak.

till then, see ya.

Thursday, April 23, 2026

.: SESI BERSAMA BLOGGERS :.

Assalamualaikum.

Rasanya kak Mim menyuarakan hasrat hati blogger yang lain ni.
Linda masak guna apa?

Rice cooker mcm susah nak guna.
Sebab kalau tak berat, tak boleh nak heat.
Dia mcm timbul je, tak panas pun.
Rice cooker yang Linda ada lah.

Tapi, Linda pun takde membeli barang elektrik baru pun, semata nak duduk asrama tu.

Linda guna kan multi cooker kot.
Beli dekat Shopee je, dah 4 tahun lepas, masa mula² pindah Selayang.
Tak sampai pun RM30 tak silap.

rujuk entri lama, nasib baik ada share gambar cooker ni.

Atas dia ada selapis lagi, buat pengukus.
Selalu kalau Linda masak nasi, buat stail kukus je lah.
Sebab nak masak sikit je, kalau masak terus dalam cooker tu, terlajak banyak pula.
Dan cooker ni, jenis kena bolak balik juga, kalau tak ada kerak lah nanti. Hihi.

Setakat hari ni, memang masak guna tu jelah.
Buat telur dadar pun boleh juga, nak masak sup pun boleh juga.

Tapi, tulah .Linda takde lah memasak sangat.
Sebab takde tempat yang proper kan, just dalam bilik.
Setakat simple² je, boleh la.


Till then, see ya.

Tuesday, April 21, 2026

.: SOSEJ SAMBAL :.

Assalamualaikum.

Gara gara terpengaruh dengan blogger Cie.
Nak juga up menu dinner kita.

Sosej sambal + sosej goreng

Yang iye nya, nasi ada lagi separuh, baki dari semalam lagi.
Sambal tu, kuah sambal ayam beli kat kafe hari Khamis lepas tak silap.
Simpan dalam peti sejuk.
Jadi teringat² sambal tu, beli sosej jelah yang paling mudah nak gu kan.
Dengan barang memasak yang limited.

Jadi, dinner hari ni.
Seadanya lah.
Janji takde yang terbazir, Alhamdulillah.
Sosej ada baki lagi(perabih je goreng sebungkus tu).
Esok beli bihun goreng je lah, boleh makan dengan sosej.

Till then, see ya.

Wednesday, April 15, 2026

.: WORDLESS WEDNESDAY 9/26 :.

Assalamualaikum.

In progress.

Tandas tersumbat dekat bilik asrama yang Linda duduk.
Memang kena hack lain, sebab akar pokok yang menghalang laluan air tu.
Moga berjaya la projek ni.

Terpaksa tumpang mandi dekat bilik lain. 

Till then, see ya.

Friday, April 10, 2026

.: BALIK BERMALAM 😝😝 :.

Assalamualaikum.

Pagi tadi dok sentap dengan mamat ni.
Benda kecik je, tapi sebab dia tak cakap terima kasih..
Kita sentap lah.. hahaha..
Pompuan kan, complicated betul.
Tapi, sentap² pun..
Kita layan je wasap dia. 🤣🤣

Tiba² tengah hari, dia wasap macam bawah ni 👇👇

Tiba² rasa ada rama² dalam perut.. 🥰🥰
Eh, betul ke.

Weekend lepas Linda tak balik.
Weekend ni pun, takde perancangan nak balik, dengan tiket keretapi sold out, jumaat dan Isnin pagi.
Tapi, beno nya, peruntukan nak beli tiket keretapi dah habis.
Tinggal peruntukan makan je yang tinggal, sementara nak tunggu gaji.
Antara reason juga la tak balik.. 🫣🫣

Kita jenis tak mintak² wak, kalau orang bagi duit nak suruh kita beli tiket, kita balik.
Kalau orang tak bagi duit, kita dendiam je lah..

Tapi, lagi syiokk, tiba² kabo nak ambik dan hantar.
Rezeki jangan ditolak.
ilysm la.

Till then, see ya.

Saturday, February 21, 2026

.: BERBUKA 3 RAMADAN 1447 :.

Assalamualaikum.

Dari tengah hari dok terbayang sambal udang petai.
Tapi, dok berkira juga nak berjalan kt bazar ke camne ke.
Lepas asar nak bersiap la keluar, eh dengar bunyi guruh pula.
Kepala ni memang terbayang bayang udang dengan petai.
Sebab nya,petai memang dok tersedia dalam peti sejuk dekat asrama ni.
Dari peti sejuk rumah, nak kemas masa pindah tu,bawa ke peti sejuk  asrama.

Ramadan 1447
Akhirnya ke Mydin kita.
Beli pes sambal, isi udang, beras dan cukup rasa.
Lagipun, dah 2 hari juga tak berbuka dengan nasi ni.

Ramadan 1447
Gini je masak nasi. Hahaha.
Sebab nya, cooker tu tadi dah guna buat masak sambal tu.
Risau tanak nasi dalam tu, nasi berasa sambal pula.
Naya weyhh.
Jadi kita kukus kan la macam tu.

Ramadan 1447
Alhamdulillah, menu berbuka hari ni.
Banyak betul nasinya.
Boleh bawa ke sahur dengan buka esok sekali ni.
Siap beli timun lagi tadi.
Lepas dah la keinginan anak tekak ni nak makan sambal udang petai.
Tapinya, sambal nya tak pedas. Tak umphh lah.

Tapi kan........

Ramadan 1447
Pinggan takdo weyh. Hahaha.
Nasib la ada polisterin ni, guna la buat pinggan. 
Ikhtiar hidup sungguh.
Nasib la tak p cari daun apa-apa nak buat lapik. Kikiki.

Finally, memasak nasi juga daku di dalam bilik.

Till then, see ya.

Friday, February 20, 2026

.: BERBUKA 1&2 RAMADAN 1447 :.

Assalamualaikum.

Hari tu, Linda baca entry Sha, persiapan Ramadan, dia ada beli kurma.
Eh, Linda pun terus la intai dekat Shopee juga, sebab Sha ada tinggalkan link sekali.
Mula² order kan untuk rumah Tronoh, penghantaran cepat.. 
Kalau takde gap cuti, memang order hari ni, sampai esok lah.

Ni trip untuk Linda dekat asrama.
Tapi, bukan Linda punya semua tu.
Saja beli lebih, bagi cleaner yang buat kerja dekat tempat Linda, lepas tu Izzah satu.
Alhamdulillah, ada rezeki nak memberi.

Kurma Ajwa ni, memang sedap lah. 
Abang Mueez tu cukup suka yang ni,dia sorang je makan.
Kurma lain mana pandang, tapi tu lah, keras sikit lah kan harga dia. Benda premium.. hihi.

Jom tengok menu berbuka Linda.

Hari pertama puasa - buat wrap telur je.
Makan satu je dah kenyang, satu lagi simpan dalam bekas, makan waktu sahur.

Hari kedua puasa - buat garlic bread 2 keping.
Ratah sayur yang bawa bekal dari Tronoh semalam tu.

Alhamdulillah, berbuka orang bujang..hihi.
Jangan lah sedih sangat tengok menu berbuka Linda.
Dah keluar juga tadi, pergi kafe, pergi belakang hospital.
Tengok² apa yang orang menjual, tapi takde satu pun yang berkenan dekat hati.
Lepas tu, malas nak simpan² kalau ada lebih.
Jadinya, kita makan je lah apa yang ada.
Perut Linda pun, bukan jenis boleh makan banyak. Kalau bawa pergi buffet buka puasa. Rugi lah.. hahaha.

Apa pun, syukur atas nikmat yang Allah berikan.

Hari ni Jumaat, tapi tak balik Tronoh.
Next Jumaat baru balik.

Till then, see ya.

P/s - kak mas kata, raya nanti boleh pakai kebaya la kalau menu berbuka mcm tu je sepanjang Ramadan.. bidooh je kak mas ni..hahaha

Wednesday, February 11, 2026

.: PENING KEPALA :.

Assalamualaikum.

Ibu dapat call dari abang Mu'az.
Ibu pula yang mumet (pening) kepala.

Pening kepala
"Ibu, Mu'az pening kepala la, nanti suruh embah ambik ye, dah cakap dengan cikgu tadi nak balik rumah"

Eh eh, minggu lepas hari Rabu juga dia call ibu, pakai telefon warden.
Matanya bengkak katanya.
Ok lah, embah dengan wak mas ambik, dan memang bengkak mata. Ketumbit..hihi.
Esok nya, pergi hospital dapat MC 2 hari.
Bersuka ria la dekat rumah,4 hari.
Ahad baru embah hantar balik asrama.

Alih² hari ni telefon pula pening kepala.
Ewahhh...
Ibu wasap cikgu Zakaria(warden), tanya kan perihal pening kepala tu.
Cikgu Zakaria cakap "ada Mu'az cakap, tapi saya nampak ok je tu, rehat sekejap ok lah tu"

Haa, memang ibu malas nak layan pun.
Ibu telefon embah, cakap..embah pun malas nak layan.
Sekolah lagi 2 hari je, lepas tu cuti.
Macam² hal nya.
Ni ayah tak tau, kalau ayah tau bebel tak habis dia.. hahaha.

Moga abang Mu'az baik² je ye.
Jumaat nanti kita jumpa ye.
Tapi, tengah malam la baru ibu sampai..hihi.

Till then, see ya.

Saturday, February 7, 2026

.: AKTIVITI MALAM :.

Assalamualaikum.

Saja nak up blog.
Aktiviti malam dekat dalam bilik sengsorang.

Mewarna la kita.
Izzah tanya, akak buat apa tu?
Hahaha..jadi lah kekanak riang kejap.

Tada..
Saja gedik dok buat benda ni.
Menjak pakai implanon ni, BFF ni tak mai sebulan sekali.
Tu yang kadang confius jap.
Tapi, bila mai tu almost 2weeks.
Sikit² je.
Tak heavy pun.
So, senang nak capture bila BFF tu mai.
Linda print jelah period tracker ni.
Senang nak tengok..tak payah selak² kalendar dah.
Lepas tu warna² sikit, tampal sticker, yang kotak² warna tu jadi background belakang sikit².. hihi.

Buku planner tu tahun 2023 lagi.
Sebab ada ruang² kosong, Linda guna je buat tampal² apa yang suka.

Till then, see ya.

Tuesday, February 3, 2026

.: CLAY STICK :.

Assalamualaikum.

Ahad,02.02.2026 - Alhamdulillah, berkesempatan menghantar abang Mu'az balik asrama.
Alhamdulillah, dah serasi nampaknya.
Tiada babak² nak keluar asrama macam kat sini.

Jangan terpedaya ya.
Dalam beg tu penuh jajan² je.. hahaha.
Baju nya sikit je.

Kena tandatangan masuk dulu.
Sempoi je asrama, balik pakai seluar trek biasa je.
Kalau ibu dulu², jenuh pakai baju batik.
Takde baju batik, sat g kena buat CS (Community Service) hujung minggu nanti.

Sebelum hanya asrama, ajak ibu pergi Watson pula.
Semalam nya keluar takde pula dia ngajak. Sabar jelah.
Nak cari benda yang boleh pusing² macam gam tu. Ibu pun sama² blur.
Apa lah yang dicarinya.

Rupanya clay stick ni.
Dia cakap boleh tepek² kat muka gitu.
Haisyh, entah la.
Ibu pun tak tau lah apa fungsi dia, sebab ibu pun tak pakai.
Baru pertama kali nampak juga ni, kena beli juga ke untuk diri sendiri?? Hahaha.

Till then, see ya.

Monday, January 26, 2026

.: KISAH SERAM ASRAMA :.

Assalamualaikum.

sebelum up entry aktiviti weekend lepas.
moh ler kita up cerita yang terperam ni.

rasanya semua pun tahu, linda dah PJJ dan linda duduk dekat asrama je.
nak dijadikan cerita, bilik asrama tu memang la lama juga takde penghuni.
sejak linda masuk 2021, takde penghuni tetap pun.
cuma yang menumpang (staff yang baru masuk dan tiada tempat tinggal lagi), seminggu paling lama.

scary post

malam kedua linda tidur dekat bilik tu.
linda tertidur sambil tengok telefon.
terjaga dalam pukul 3.45 pagi.
dengan lampu terpasang nya.
dah terjaga, biasa la mesti rasa nak ke tandas.
jadi, bangun ke tandas, dan tutup lampu.
nak sambung tidur semula.

lepas tu, telinga ni tertangkap bunyi macam ada orang guna tandas
owh, asrama dekat hospital selayang ni dah maju sikit.
tandas semua dalam bilik, so tak perlu la nak share dan keluar bilik.
sambung balik cerita, linda ingat orang bilik atas guna toilet. so biar jelah.
sebab macam rumah flat kan, kalau memalam tu sunyi, dengar la air dari rumah atas yang rasa macam rumah sendiri.

lepas dengar bunyi air tu, ada juga la rasa macam tak sedap hati.
tiba-tiba terasa tilam dipijak, fuhh...
memang seram sejuk dah.
terus rasa kena tindih..perghhh..
selama duduk asrama dari form 1, tak pernah diselubungi misteri macam ni.
memang terkumat kamit la mulut ni, dok ulang ayat kursi banyak kali.
Allahuakbar.
perasaan tu, tak tau la nak perincikan macam mana.

lepas pada tu, memang tido buka lampu la linda.. 
seram juga kot kalau nak bergelap.. hahaha.

cerita dekat incikSuami, boleh dia gelakkan linda.
cerita dekat kakmas, dia kesian la dekat linda.
cerita dekat adik azam, dia cakap, kalau jadi banyak kali, maknanya tu tempat dia, linda kena beralih tempat..
tapi, sekali tu je lah kena.

dah selesai baca surah al-Baqarah, buat pagar.
harap2 takde lah mengusik lepas ni.
kita nak tido je.

till then, see ya.

Wednesday, January 21, 2026

.: SARAPAN PAGI WRAP TELUR :.

Assalamualaikum.

sarapan hari ni, 20.01.2026.
telur siap rebus malam tadi lagi.

scramble egg
pagi nie, kita kupas terus hancurkan.
siyeslah, takde bawa mangkuk / pinggan rupanya. hahaha
kita guna  jelah apa yang ada.

capsicum hiris
capsicum jangan lupa.
sebenarnya banyak hiris, tapi udah guna, baru teringat nak ambil gambar.

wrap telur
wrap kita jangan lupa.
nasib baik ada polistren ni ha, boleh la buat letak.

penambah rasa
perasa sebagai penyelamat.
sebab memang takde banyak gula ke, garam ke.

wrap telur
tara dah silap wrap dia..
hahaha, ikut suka lah bentuknya ya.
nak makan sendiri je pun.

rebus 2 biji telur malam tadi.
boleh la dapat 2 wrap.
tengah hari malas nak makan, petang balik kerja nak g pasar malam lah.

till then, see ya.

Wednesday, January 14, 2026

.: PHONE CALL :.

Assalamualaikum.

Petang tadi, ibu tengah solat Asar.
Telefon berbunyi, 2 kali.
Ok, ibu memang tak khusyuk la time tu.

Habis je solat, terus ambil phone, berharap berdering sekali lagi.
Alhamdulillah, berdering lagi dan abang Mu'az yang telefon.
The rest macam cerita gambar screenshot bawah ni.

Kisah asrama
Terus hati ibu libang libu lagi 🥹🥹

Terus wasap incikSuami Kabo nak balik lagi minggu ni, nak tengok abang Mu'az.
Tapi, tengok² tiket ketapi dah sold out.
Tinggal harapan la, minta wak mas lah tengokkan abang Mu'az.

IncikSuami tak nak bagi Linda sedih.
Dia hantar gambar anak bertuah ni.

Mukhlis Syahir
Dedek

Maya Syafiqah
Kak M.

Hari ni, dedek balik awal sikit dari kak M.
Tu yang incikSuami dah ambil dedek, baru tunggu kak M.

Semoga Allah permudah urusan incikSuami dalam menguruskan anak² seharian.
Semoga Allah lindungi abang Mu'az di asrama dan sekolah.
Semoga Allah perkenankan doa Linda untuk berpindah ke tempat yang dimohon. Aamin YRA.

Till then, see ya.

.: SESI SKODENG ANAK :.

Assalamualaikum.

Selalu kan blogger Ammi dengan blogger Rawiwa selalu share skodeng anak.

Nahh, sekarang Linda pun terjebak sama.
Tapi, bukan dalam group wasap atau tele.
Dalam Facebook sek anak.
Alhamdulillah, admin Facebook up to date dalam mengupdate gambar anak²..
Sama ada aktiviti sekolah ataupun aktiviti warga aspura, aspuri (dah betulkan selepas Ammi tegur)

Kisah Asrama Mu'az
Gambar yang dah 5,6 kali Linda belek.
Baru nampak muka abang Mu'az.

Alahai, punya lah kelam kabut, last minit masuk asrama.
Linda tak teringat nak sediakan kelengkapan solat dia.
Jadinya, berbaju Melayu putih je lah.
Nanti lah, minta tolong wak Mas hantarkan baju Melayu warna warni yang ada dekat kampung tu.

Alhamdulillah, nampak muka tu reda je, moga boleh adapt dan takde lah adegan nak keluar asrama pula ye.
Tak nak duduk asrama, sekolah dekat Tronoh dengan ayah.. Kikiki.

Abang Mu'az ni, bukan boleh nak duduk dengan ayah.
Kalau ibu ada sekali, dia ok sikit.
Apa apa pun, ibu doakan yang terbaik buat abang Mu'az, moga dijauhkan dari sebarang perkara yang bukan²..aamin.

Till then, see ya.

Tuesday, January 13, 2026

.: KISAH ASRAMA :.

Assalamualaikum.

Isnin, 12.01.2026 - hantar abang Mu'az ke sekolah, lepas tu beli buku².
Terus ke pejabat sekolah.
Nak tanya mengenai asrama.
Tunggu punya tunggu, PK Hem call sana sini.
Alhamdulillah, dapat penempatan di asrama.
Lega Linda tang situ.
Boleh je nak ulang alik, tapi duduk dengan atuk nenek, kita tak nak lah susahkan diorang.

Balik sekolah, ambil abang Mu'az.
Belanja makan, beli kelengkapan apa yang patut.
Balik rumah, kemas².
Dalam pukul 5 petang, hantar pergi asrama.

Ni je gambar yang ada masa dekat asrama.
Dah ada kawan yang kenal, senang hati ibu tang tu.
Tapi, masa nak tinggalkan ni, hati ibu dah libang libu.. 🥹🥹
Rasa macam nak bawa dia balik sekali.

Padahal sebelum tu, ibu yang berapi² nak suruh dia duduk asrama.
Tapi, bila dah hantar betul²..eh, sebak lain macam.

Rupanya, memang berat untuk melepaskan anak pergi.
Semoga yang baik² untuk abang Mu'az dan anak² yang lain.
Semoga dimudahkan segala urusan nya..aamin.

Till then, see ya.