Lovvu Dobbu

Event Ticker
Showing posts with label kenangan. Show all posts
Showing posts with label kenangan. Show all posts

Tuesday, July 21, 2026

.: 26TH SELANGOR RESEARCH WEEK :.

Assalamualaikum.

22-25 Jun lepas Hospital Selayang jadi host untuk Selangor Reseacrh Week
team Admin dan Pengurusan terlibat dengan logistik dan gadis2 penyambut tetamu.. 😁😁
jadi, linda dan Izzah pun tak terkecuali la.
jadi la usher yang tak bertauliah.
sebab participant dan audience serata Selangor.
jadi ada yang tak pernah datang Hospital Selayang, maka tugas kami sebagai penunjuk arah supaya mereka tak tersesat merata.

Selangor Research Week ialah acara tahunan penting yang menghimpunkan penyelidik, pegawai kesihatan, dan profesional perubatan. [1]
Berikut adalah sorotan utama acara tersebut:
  • Edisi Terkini: Edisi ke-26 telah berlangsung pada 22–25 Jun 2026 di Hospital Selayang. [1, 2]
  • Tema: Empowering Health Through Intelligent Research. [1]
  • Fokus Utama: Persidangan ini menumpukan pada Clinical Research, Innovation & AI Integration (Integrasi Kepintaran Buatan dalam Penyelidikan Klinikal). [1]
  • Aktiviti: Pelbagai bengkel pra-persidangan, pertandingan pembentangan lisan, dan pameran poster serta integrasi teknologi AI dalam bidang penjagaan kesihatan.

hari rehearsal.
dengan Kak Ju.
nampak flawless je, kamera telefon orang kan. hahaha

25hb tu hari perasmian, jadi hari tu kami team pengurusan pakai baju dan tudung warna sama.

dengan Izzah.


dah habis perasmian, bergambar atas pentas.
linda bertugas dalam dewan, jadi nampak la gimik perasmian.

dengan boss dan watak utama Selangor Research Week kita

wefie sikit dengan sesiapa yang sempat. hihihi

outfit hari tu, semua linda beli lain.
sebab takde baju hitam kosong dan tudung biru laut.
total tak sampai RM30 pun.
beli dekat Shopee semua minta hantar segera.
tudung beli pagi, petang dah sampai.
baju beli pagi, tengah hari dah sampai.

Alhamdulillah, another experience gained.

till then, see ya.

Thursday, January 29, 2026

.: CLOTH DIAPER - CD :.

Assalamualaikum.

Masa sibuk mengemas rumah kuarters tu, tiba² Linda jumpa la Cloth Diaper (CD) ni.
Memang bawa dari Melaka dulu, lepas tu tak nampak dekat mana lepas incikSuami menyusun barang².
Rupanya dia p sorok dalam kotak AF.
Memang lah tak nampak. 

Cloth Diaper
Cloth Diaper - bahasa mudahnya, lampin kain moden.
boleh dicuci, boleh guna semula, yang penting jimat kos.. hahaha

linda start pakai CD ni masa abang Muáz kecil.
masa tu, linda tak kerja  lagi.
macam sayang pula guna pampers pakai buang tu.
lagipun, abang muáz masa kecik2 dulu, jarang berak. hahaha
jadi linda beli CD ni, buat pakai dekat rumah.
jadi berterusan la guna sehingga ke adik2.
tapi yang adik2 tu pakai masa linda dekat rumah je, hari cuti.
tang kak M, linda terpaksa pakaikan dia dekat rumah pengasuh.
sebab kak M dia rashes kuat kalau pakai pampers pakai buang tu.
yela, kadang kita tak perasan pampers tu dah penuh.
lagi pun, kelahiran ke 3 baru dapat bunga, jadi seram sikit bila tengok rashes tu.
nasib baik pengasuh ok je, linda cakap je kat dia, masuk je plastik terus.
balik nanti linda basuh dekat rumah.

eh, tercerita zaman dulu kala pula. 
kisahnya, nak letgo CD tu, tapi tak tahu nak bagi kat siapa.
nak buang sayang.
last-last, linda up dalam group taman perumahan yang linda beli dekat Teluk Intan tu.
Alhamdulillah, ada yang nak.

Cloth Diaper
Linda limit 3 orang jelah.
CD nya pun tak banyak.
Dapat la dalam 7-8keping sorang.
Linda bagi free je.
Benda pun dah lama. 
Tapi, elok lagi.

Semoga bermanfaat la kepada tuan baru.

Till then, see ya.

Monday, January 5, 2026

.: OVER 20 YEARS :.

Assalamualaikum.

Balik kampung semalam, sempat lah membelek² khazanah lama ni.
Linda ingat kan, dah hilang mana.
Rupanya dok tersorok bawah katil adik bongsu tu haa.
Khazanah zaman sekolah menengah ni.

Apa motif ntah simpan plastik tisu ni? Hahaha.
Sebab lawa kot.

Haa, jangan cakap tak pernah terjebak eh dengan kad nama ni.
Babap nanti.. hahaha.
Siap ambil order dan buatkan untuk kawan².
Tak ingat dah macam mana cara ordernya. 😂😂

Haa, kad telefon ni memang famous lah dulu.
Bangga weyh siapa ada kad telefon ni.
Kawan² takde coins, kita bagi pinjam dulu. Nanti diorang bayar la balik.

Kad telefon ni pun sama.
Sayang nak buang, tampal la dalam buku tu.
Dalam buku tu macam² lagi ada.
Kira nya, dari dulu memang suka menampal lah.. 
Ada kad birthday orang bagi, ada kad ucapan saja².. 
Eh, apa² jelah kita tampal kat situ.

Dekat muka surat belakang² pun ada tulis² diari..
Ya Allah, baca balik..malunya.. hahaha.
Zaman yang "eh, kenapa dia tak layan aku eh??" Hahaha.. yang tu pun nak tulis dalam buku..ntah Pape jek... 😂😂

Tapi, sayang la nak buang..
Kita simpan lah.
Kenangan tu, cakap kat mak.. nanti dah tenang² Linda ambil bawa ke rumah sendiri.. hihi.

Till then, see ya.

Sunday, November 30, 2025

.: HARI KANAK-KANAK SKSJ :.

Assalamualaikum.

Khamis, 27.11.2025 - sambutan hari kanak² dekat sek keb anak².

Tema tahun ni, "Funky Hat"
Hari tu dah share topi yang kami suami isteri buat bersama² anak².

Tiba² malam kejadian kak M tanya "ibu ada tudung warna kuning tak?,kakak nak jadi Rapunzel lah,jadi kena lah pakai tudung kuning"

Ahh, sudah..memang takde lah mak ni tudung kuning.
Belek² shawl yang ada, nasib baik ada warna gold ni ha.
Nampak lah juga macam rambut.

Nasib baik juga, kak M memang cakap nak pakai baju kurung je.
Haa, shawl panjang kat tepi tu, rambut la katanya.

Antara gambar yang cikgu kelas kak M share.
Meriah tengok topi anak² yang lain.
Anak kita biasa² je.

Ini jelah gambar yang ada.
Kelas dedek Ngan abang Mueez , takde pula cikgu nya share gambar.

Kak M dapat juga hadiah set pensel, katanya sebab topi cantik.
Mungkin ikut rezeki la kot, sebab gambar yang cikgu share macam semua je yang pegang hadiah tu.

Sementara anak sek rendah ni, layan la hari kanak² ni.
Nanti sek men, takde lah lah.

Till then, see ya.

Monday, November 3, 2025

.: BABYXIA 🚙🚙 :.

Assalamualaikum.

Coretan untuk kenangan di masa hadapan.

BabyXia dikesan di Sarawak.
Jauh perginya.
Ex tuan pun tak pernah sampai lagi, babyXia dah sampai dulu.
Masih warna original.

Lepas jual dekat Carsome Melaka hujung November 2021, memang tak pernah nampak babyXia dekat jalan di area Melaka.
Kitaorang rasa macam, tak laku kot kete nya.

Setelah berbulan², tiba² ex officemate Melaka (kak Shidah), memang orang Sarawak, snap gambar babyXia di jalan.  
Berhenti di lampu isyarat, igtkan dekat Melaka je, rupanya ke seberang laut dah dia.

Kali nie, kak Shidah share lagi, terjumpa babyXia.
Terima kasih kak Shidah share gambar sebagai kenangan Linda.

Kereta pertama ku, walaupun atas nama suami.
Tapi, semua pasal kereta, Linda yang tanggung, bulanan, servisnya.
Terasa berat nak melepaskan masa tu.
Tapi, tak mampu nak membela banyak kereta.
Waktu di lepaskan, dah 7tahun babyXia berkhidmat dengan kami.
Lagi 2tahun je nak habis bayar.
Takde rezeki nak bersama hingga ke akhirnya.
Moga duduk elok² dengan tuan baru.
Berkhidmat dengan baik ya.

Till then, see ya.

Thursday, February 13, 2025

.: HARTA QORUN :.

Assalamualaikum 

Bila sesi kemas mengemas nie. 
Mesti akan terjumpa harta karun. 
Takde pulak jumpa duit ke.. Emas ke.. Hahaha. 
Udah takde, mana nak jumpa. 

Nak cerita jugak lah harta karun yang jumpa time mengemas rumah Melaka tu. 

Zaman Abang Mueez darjah 1, tahun 2021 (zaman covid, banyak PDPR). 
Ada buku PSV nie, so banyak aktiviti buat dalam nie je. 
Senang nak pantau hasil PSV,dalam satu drawing block nie je. 
Jadi, linda decide nak simpan untuk kenangan hari tua. Hihihi. 
Sebab masa kak M dan abang Mu'az tahun 1, takde pulak buku gini. 

Camera instax. 
Hadiah birthday dari incikSuami tahun pertama kahwin tak silap, tahun 2012.
IncikSuami nak belikan telefon, tapi linda tak nak, minta camera instax dan heels sepasang. 
Malangnya dah rosak, bila kita snap gambar,gambar nya tak jadi. 
Nak kata filem nya dah expired, belum lagi. 
Bertahan sampai lepas kak M lahir (tahun 2016), so ada jugak lah gambar kak M masa kecik guna camera instax nie. 
Sampai sekarang nak ganti, tak ganti ganti. Kikiki. 

Tudung fareha. 
Dulu dulu masa zaman kegemilangan, terjebak jugak lah. 
Tapi, ada 2 helai nie jelah. 
Buat ghaso ghaso orang kata. 
Macam tak berbaloi nak beli tudung mahal2 nie, linda lagi suka habiskan duit dekat makanan.. Hahaha

Perhiasan kristal. 
Ini lagi lah, linda tak tahu kewujudan benda nie. Hahaha. 
IncikSuami beli masa dekat lubnan dulu, dia pergi dari 2012-2013.
Udah 10tahun, linda baru tahu dia wujud masa kemas kemas barang. Hahaha. 

Handbag carlorina. 
Ini antara handbag yang mahal pernah linda ada. 
Hadiah dari colleagues masa dekat Lumut, sempena linda nak bertukar ke Melaka. 
Almost 10tahun dah. 
Beg masih elok, zip je dah rosak. 
Nanti nak ganti zip lah. 

Tupperware. 
Linda beli masa clearance stok, so murah lah. 
Beli, bawak balik rumah, letak dalam stor, tak sempat pakai, sebab dah tak nampak bekas nie dekat mana. 
Puas linda fikir dekat mana misplaced nya. 
Dah kemas kemas nie, tiba tiba incikSuami hulur. 
Rupanya, dok dalam almari barang kereta dia, jadi memang dia lah yang masukkan dalam almari masa awal awal dulu 
Linda memang tak buka almari barang kereta dia.. 

Keronsang Sabah. 
Last incikSuami p operasi dekat Sabah, tahun 2019.
Waktu kemas rumah minggu lepas baru Linda jumpa kerongsang nie. 
Lama betul postage dia, 6 tahun baru sampai dekat rumah. Hahaha. 

Time time mengemas nie lah macam macam kita jumpa. 
Tu pun salah satu sebab lambat siap mengemas dan barang tetap banyak lepas kemas. 
Sebab sayang barang-barang yang baru jumpa tu.. 😂😂

Kalau mcm nie, sampai sudah tak habis mengemas. 

Till then, see ya. 

Wednesday, November 27, 2024

. : PERNAH KENA TINGGAL? :.

Assalamualaikum. 

Kalau perasan, ada video viral baru baru nie, di mana abang grab nie tertinggal customer dia.. 
Tapi, naseb baik abang grab pun jenis riuh, kalau jenis senyap.. Sampai ke destinasi baru tahu customer tertinggal.. Hihihi.

Nie linda screenshot, customer dekat luar tu baju coklat, tak sempat bukak pintu, abang grab dah pulas stereng kereta.. 

Video kat SINI

Lepas tu, linda suka baca baca komen. 
Saja nak hiburkan hati.. Hahaha.. 
Jarang la linda mengomen pun.. 
Tiba-tiba terpanggil pulak nak komen jugak.. 

Haaa.. Itulah komen linda.. 
Pernah kena tinggal dekat station minyak, dekat highway otw dari Taiping nak ke Penang. 

Dengan henset, beg apa semua dalam kete masa tu.. 
Dah fikir nak telefon polis guna henset sesape pun sambil berjalan tengok-tengok keliling... Hahaha

Till then, see ya. 

Wednesday, July 3, 2024

.: WORDLESS WEDNESDAY 20 :.

Assalamualaikum
 
Kak M dulu dan sekarang

tahun 2018 - 2 tahun masa nie

tahun 2024 - 8 tahun umur nya

rindu nak anak jadi kecik semula
bukan rindu nak beranak kecik
hahaha

till then, see ya

Wednesday, June 12, 2024

. : WORDLESS WEDNESDAY 18 :.

Assalamualaikum 

Eh eh.. FB throwback lah pulak.. 

Nie kalau incikSuami tengok muka sendiri pun murung... Hahaha

Abang Mu'az 5 tahun
Abang Mueez 3 tahun

Eh, boleh diorang stay kat kampung without ibu ayah dan naik bas pula balik Melaka.. 
Dasyat nye berdikari tu.. 

Till then, see ya

 

Saturday, January 6, 2024

. : ZAMAN KODAK :.

Assalamualaikum 

Yang lahir tahun 90an ke bawah mesti familiar dengan benda nie kan?? 
Balik kg ritu, saja belek2 gambar lama.. 
X sgup nk share gambar masa sekolah dulu.. 
Selekeh beno, x mcm budak zaman sekrg.. Hahaha

Yg nie kira baru lah jugak.. 
Sebab dia guna kertas gmbar jugak
Cuma lagi senang lah nk pilih gambar kan kalau nk extra keping.. 
Tetap pkai filem jugak.. 
Cuma xd lah jenuh nk mencari chya, nk tgok filem tu.. 
Dah mcm doktor tgok xray pesakit pulak.. 

CikpuanLinda igt lagi, kumpul duit blnja sekolah sebab nk beli kamera.. 
Last2 dpt jugak beli fasa form 3..
Jadinya, mmg byk lah sikit gambo..
Sebab ad kamera sendiri kan.. 

Tp skang kamera tu dah xd.. 
Ad sekali tu, rumah cikpuanLinda dekat kg dimasuki pencuri.. 
Kitorg suspek mat gian je.. 
Sebab xd brgan berharga yng hilang.. 
Cuma kamera cikpuanLinda je lah.. 
Dia igt boleh buat duit agaknya... 

Apa pun.. Ad jugak kenagan kan.. 
Till then, see ya