lovvu Dobbu

Friday, January 9, 2026

.: KISAH SIDE MIRROR :.

Assalamualaikum.

Hari selasa, 06.01.2026 - bawa motor pergi pejabat.
Nak balik petang tu, dah cuba untuk mengelak side mirror motor sebelah yang parking.
Sebab nya, Linda terus keluar ke depan.
Kalau ke belakang, tak jadi benda ni.

Keluar ke depan, tiba² dengar bunyi benda patah.
Toleh belakang, side mirror motor sebelah tu patah. 😱😱

Yang Linda bulatkan, handle side mirror tu.
Yang anak panah tu, cermin side mirror yang dah patah.

Pesan la dekat adik guard depan tu, kalau owner motor sampai.
Suruh la jumpa Linda esok, nak bagi ganti rugi.

Tapi kan, sampai esok nya pun takde yang datang jumpa.
Sebabkan motor tu macam tak bergerak, baru lah Linda teringat.
Mesti motor bebudak asrama ni.

Last² dapat tahu dah owner motor siapa.
Memang penghuni asrama lah, Linda pesan dekat kawan dia, suruh mai jumpa Linda. Pun tak jumpa juga.

Eh, tiba² hari Khamis tu, nampak owner motor.
Memang Linda tahan la, cakap lah minta maaf apa semua, semua buat side mirror dia patah.
Siap hulur dah angpau sikit.
Boleh dikabo nya "eh, takpe²..tak payah, side mirror tu pun lama dah, memang sampai masa dia dah"

Adui, Linda pula serba salah.
Tapi, owner motor sungguh² kata takpe.
So,Linda cuma boleh akur jelah, sambil mohon maaf sekali lagi.

Itulah kisah nya, panjang betul ya.
Pasal terlanggar side mirror je pun..hihi.

Moga dimudahkan urusan owner motor tu,aamin.

Till then, see ya.

8 comments:

  1. Tapi baik juga owner tuh ya kak. Tak nak terima ganti rugi Krn merasa side mirror dia memang yg da tua. Sejenis orang yg tidak memanfaatkan keadaan 👍👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.. Alhamdulillah..ditemukan dengan orang yang baik²

      Delete
  2. Mungkin dia rasa side mirror tu dah memang rosak. Tunggu masa je. Bagus la tak ambik kesempatan. Semoga yang baik2 je untuk owner tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin.. betul tu..selalunya side mirror kalau elok lagi, dia macam terletak je lah, boleh betulkan balik..ni dah lama, memang tak flexible dah..tu yang patah.. hihihi

      Delete
  3. Bila sudah selesai, hati pun tenangkan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah..betul sangat.. kalau tak, gelisah aje

      Delete
  4. Bagus dia tak besarkan masalah. Hati dah reda dgn takdir tertulis. Hehe

    ReplyDelete