lovvu Dobbu

Monday, October 27, 2025

.: SABTU DAN AHAD :.

Assalamualaikum

cerita brisk walk sabtu dan ahad.
cuaca sabtu dan ahad, helok cerah.
tapi, incikSuami takde.
petang sabtu tu, linda keluar lah briskwalk keliling hospital.

pokok nie kalau dulu2, mesti ada dekat setiap laman rumah.
sekarang dah susah nak jumpa.
nie ada je kat hospital.

komen sis Carneyz kat linda.
kalau waktu alik kerja tu, tak boleh lama sangat brisk walk, sebab maghrib dah awal sekarang.

so, hari sabtu, dapat lah 5k dalam 54min.
so, capai target tak? kikiki.
3 lap pusing hospital, Alhamdulillah.
boleh la kuar peluh, regang2 otot.

yang nie steps untuk hari ahad.
tapi, linda buat dalam rumah je, follow you tube
linda selalu buka LeslieSansonesWalkAtHome

nanti boleh la cuba, memang berpeluh la.
kalau malas nak keluar rumah, memang linda folo yang tu je.
selesai 1 sesi, turun dan naik tangga pula.
buang sampah dekat bawah.
dapat la jugak 5k untuk tempoh 52min.

setel la brisk walk 2 hari tu.

incikSuami sampai rumah 8malam, 3.30petang dia gerak dari Taiping.
cepat juga.

till then, see ya.

Sunday, October 26, 2025

.: 9-1-1 SEASON 9 :.

Assalamualaikum.

Hari tu ada baca dekat blog MA tak silap.
Pasal cerita 9-1-1 last episod untuk season 8, Captain Bobby Nash mati.
Kalau siapa yang follow cerita nie,memang akan rasa habis dah la season 9-1-1 nie.
Linda pun memang follow dari season 1 lagi.
Memang dia punya bomba, paramedic dia bukan kaleng²..
Memang betul² terlatih, ibarat kerja kat ED..bantuan mula tu, berjaya, insyaAllah patient tu akan selamat.

Sekali tengok² ada season 9 weyh.
Dah 3 episod..
Dan 3 episod, Karen dengan Athena masih di angkasa lepas.
Dasyat eh.
Kalau siapa yang tengok, memang diorang punya kecemasan semua dasyat²..
Tsunami, gempa bumi, letupan.
Highway pecah sana sini. Memang dahsyat lah.. tapi, ada  adegan LGBT lah sikit²..
Takde lah sampai atas katil, tapi agak gross lah jugak.. hahaha

Linda tengok dekat apps nie.
Memang subscribe setiap bulan, sebab tak nak ada gangguan iklan..
Lepas tu, setakat nie, semua cerita yang viral² semua ada dalam apps nie.
Cuma, cepat dengan lambat je lah..hahaha

Hari nie buat apa je?
Linda takde buat apa pun, ambil hantar abang Mueez kelas tambahan.
Lipat baju setambun sambil tengok TV.

Till then, see ya.

Saturday, October 25, 2025

.: SENDIRI KENA SCAM :.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, setelah 2 hari (Rabu,Khamis) matahari menyembunyikan dirinya.
Di hari Jumaat semalam, matahari keluar memberi harapan pada penduduk bumi..ehh, apo melalut nie?? Hahaha.

Gambar sebelum keluar brisk walk.
Petang semalam cerah, Alhamdulillah dapat lah eksasis sikit.

Pusing² hospital 2 lap.
Sambil² menikmati pemandangan..
Pemandangan yang hari² tengok. 🤭🤭

Tapi, nampak juga awan yang kelabu je tu.
Tak tahu ke mana, sebab laju je dia berlalu pergi.
Pokok² pula, bila besar macam tu.
Memang nampak macam lukisan.
Subhanallah, lukisan yang Allah ciptakan untuk kita sebagai hamba ini sentiasa mensyukuri dan tidak lalai.
Sebab tu lah, kita digalakkan untuk melihat negeri orang, tapi Linda mampu dalam Semenanjung jelah.

Penat juga, setelah 2 hari berehat² di rumah.
2 lap pun dah rasa penat.
Moh ler, kita balik rumah.
Sebelum tu, jangan lupa snap steps yang dapat dikumpul.

Aikkk, mana pula butirannya???
😅😅 Diri sendiri kena scam dengan jam.
Adoi, rasa masa snap tu, ada je tulisannya.
Tengok² balik, nak up entry, takdo pula.
Sabau je lah.

Tapi, Linda ingat.
40min , hampir 3000 steps.
Alhamdulillah.

Till then, see ya.

Friday, October 24, 2025

.: TAIPING BANJIR :.

Assalamualaikum.

Umum semua tahu, semalam hari paling buruk di daerah Larut Matang Selama.
Tak terkecuali Taiping.

Tempat yang tak pernah naik air, naik air terus tinggi.
Dapat video dalam wasap group family incikSuami, tinggi sampai bumbung kereta.


Keadaan memburuk sebab air pasang dan hujan lebat 2 hari berturut-turut.
Rumah MIL, alhamdulillah tak terjejas, tapi tiba² mak call incikSuami, kabo bilik belakang banjir, sebab bumbung bocor.

Dah la MIL dok sorang².
Memang incikSuami call tukang rumah suruh tengok juga bumbung rumah.

Jadi, Linda suruh incikSuami balik Taiping lah. Nak tolong mak kemas² bilik yang basah tu..barang dah la banyak dalam bilik tu.
Kesian MIL kalau nak kemas sorang²..
Selagi ada orang tua, marilah berbakti.
Tapi, incikSuami balik dengan dedek, kak M je.
Linda tak ikut, abang Mueez ada kelas tambahan UPKK.
Minggu depan dah tentu tak pergi, sebab ada kerja kahwin dekat Penang.
Jadi, minggu nie, g lah kelas tambahan.

Semoga yang baik² je untuk mangsa banjir..aamin.

Till then, see ya.

.: DONE 60 KUNTUM :.

Assalammualaikum..

Progress bunga telur.

Dari 9-11 malam, dengan selingan².
Dapat siapkan 20 kuntum bunga.

Total semua 60 kuntum bunga.

Lagi 40 kuntum.
Lepas tu nak gentel daun dulu.
Baru boleh cantumkan jadi sepokok.

Till then, see ya.

Thursday, October 23, 2025

.: BANANABRO @ AEON ANGGUN, RAWANG :.

Assalamualaikum.

nie pun versi throwback.
25 Jun 2025 - waktu nie tengah MC yang baru lepas selesai prosedur keluarkan IUCD tu.

dah lama linda nak try makan dekat Bananabro.
tapi, kids tak reti nak makan macam nie, jadi ambil kesempatan MC nie, ajak incikSuami makan sini.

Bananabro dekat Aeon Anggun, Rawang.
pergi hari bekerja, takde lah ramai orang.
lepas hantar kids sekolah agama, moh la kita dua dating.

dekat daun pisang pun ada stamp nama kedai

macam makan dekat kenduri pasangan India pula.
makan atas daun pisang.
teruja betul rasanya.

yang nie memang dah dalam set.
ada nasi, kuah, papadom, petola goreng, acar timun(versi india) dengan sayur kubis tu.

add on ayam goreng dengan sambal udang petai.
ok, sambal udang tak berapa menarik, agak sejuk dan rasa ala-ala india punya masakan.
dah pergi kedai BananaBro, memang la kan.hihihi.
tapi, ayam goreng tu sedap, panas juga.

teh tarik lassi.
incikSuami ambil air manggo lassi.
tak ambil pun gambar nya.

total untuk dua orang makan RM73.55
memang kenyang, jenuh nak habiskan nasi.
nak sedut air lagi, makan lauk lagi.
bak kata incikSuami, sampai esoknya pun rasa kenyang lagi.. hahaha.
over tau mamat tu.

Alhamdulillah, dapat juga makan dekat BananaBro.
nak cuba lagi??
boleh je, cuba kalau wekeend tu, ramai je orang.
malas nak nunggu, kita g yang cepat dapat makanan je.. hihihi

till then, see ya.

.: THROWBACK THURSDAY :.

Assalamualaikum

kembali ke segmen throwback thursday.
eh, seronok pula cari gambar kenangan dekat FB. kikiki

nie abang Mu'az masa kecil.
masa nie, duduk kampung dengan mak,bapak,kakmas.
adik bongsu pun sek rendah lagi time nie, memang balik kerja je, dia datang dekat Mu'az.


nie projek Diorama abang Mueez masa prasekolah
kita buat la yang mana mampu. kikiki
Diorama ialah replika tiga dimensi (3D) yang menggambarkan adegan, sama ada bersaiz kecil atau penuh, yang biasanya ditempatkan di dalam kotak pameran untuk dilihat dari hadapan.

haaa, yang nie, tak boleh la ibu nak ber OOTD, ada je nak nyelit.
naik Menara Taming Sari masa nie.
tahun 2021 tak silap waktu nie.
ada promosi separuh harga, tu yang naik.

till then, see ya.

Wednesday, October 22, 2025

.: WORDLESS WEDNESDAY 25/25 :.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, Siap 199pcs kelopak bunga hasil cuti long weekend hari tu.

Bawa maroon 300 batang (habis).
Putih 200 batang (tinggal sebatang).
Sambil nengok cerita Badshah dengan Kal Ho Na Ho (cik Cha pun nengok juga).

Malam nie, nak sambung² jadi bunga pula.
Pengantin nak kawin bulan 12, cepat² siapkan.

Till then, see ya.

.: AWAN KELABU :.

Assalamualaikum.

semalam niat nak brisk walk.. 
long wekeend cuti betul.
konon nak pusing taman Dinosour dekat UTP nuh.
sekali kasut takde da, ingat ada sepasang kasut sukan yang lama dekat Tronoh tu, tapi takde pula.
mana ya dia.. kat Selayang ke.
linda pun lupa nak tengok semula.

awan berarak kelabu dalam 4 petang semalam.
risau juga nie, takot hujan.

Alhamdulillah, cuaca sejuk sepoi2 bahasa.
ada abang Mueez teman dekat belakang tu.
tapi, 1 lap je, lepas tu dia sambung main dengan kawan-kawan.

brisk walk sambil ditemani awan yang bakal memuntahkan airnya.
elok 2 lap, rase titis-titis hujan pula.
eh, jom la berhenti, risau hujan lebat tiba-tiba.

2 lap je semalam.
cukup lah, pelan-pelan, santai-santai je.
janji konsisten.

till then, see ya.

#semalam gas habis, balik kerja incikSuami kata dah tukar tong gas, tapi bunyi berdesir gasnya kuat, dia pun keluar beli kepala gas baru, pun masih berbunyi. tanya balik stor yang beli tong gas tu, dia kabo getah dalam punat tong gas tu takde, nanti dia suruh pekerja dia hanto. hahaha, membazir kepala gas. ada yang nak beli ke? kikiki

Tuesday, October 21, 2025

.: KENANGAN DEDEK TADIKA :.

 Assalamualaikum.

Kenapa ya tak publish entry nie?
Hahaha..
Sampai nak habis tahun 1 dah dedek nie.

Cerita dia, masa dekat tadika, 6 tahun.
masa tu, banyak aktiviti yang dedek masuk.
agaknya sebab lelaki limited kot.
jadi, memang muka sama je lah.. hihihi

ada masuk pertandingan nasyid juga.
nie masuk pertandingan bola sepak.
memang linda tak pergi la, malas nak ambil cuti.
sebab ayah dia dah ada masa nie, ayah dia je lah yang pergi.

masa hari pertandingan

latihan dekat sekolah.

tadika dedek takde padang pun.
kalau yang duduk area Selayang nie, tahulah tadika MAIWP Intan Baiduri, KL.
betul betul tepi jalan je.
ada tempat parking kereta cikgu sikit.
kalau hari perjumpaan tu, memang kena parking luarlah.

macam-macam kenangan dedek masa tadika.
semoga membesar jadi anak soleh, berjaya dunia akhirat.
Utamakan akhirat, insyaAllah dunia akan mengikuti. Aamin

till then, see ya.

.: BIRTHDAY BAPAK :.

Assalamualaikum.

petang semalam, sesi2 potong kek untuk birthday bapak yang jatuh 19 Oktober (hari Ahad).
bapak lahir tahun 1952, jadi tahun nie umur bapak 73 tahun.
semoga Allah kurniakan kesihatan yang berpanjangan buat bapak dan mak, Aamin
Alhamdulillah, tahun nie rezek bapak dengan mak menunaikan haji, tengok syarat2 yang dikeluarkan oleh Arab Saudi bagi jemaah haji tahun depan, agak ketat.
kalau boleh, memang nak jemaah yang sihat-sihat je.

balik dari Tronoh, singgah rumah Teluk Intan kejap, nak kutip bil Indah Water.
bila ntah nak siapkan pasang lampu kipas dekat rumah tu, setahun dah dia gitu je..kikiki
lepas tu, masuk Lotus Teluk Intan, makan dekat foodcourt situ je.

eh, eh ada kedai roti Harold's.
beli kek kat situ je lah.
roti dengan kek kat sini pun boleh tahan juga.
sedap-sedap.
kalau beli roti, memang nak ambil semua lah rasanya.

linda pilih kek coklat.
lupa dah namanya apa.
RM89 saiz 9"

mak mesti kena teman, nak potong kek.

my Hero aka my first love

semoga bapak sentiasa sihat dan ceria selalu.
terima kasih untuk segala penat lelah bapak membesarkan kami adik beradik.
sampai linda mati pun, tak terbalas segala jasa bapak dengan mak.
jangan pernah berputus asa pada kami adik beradik.

till then, see ya.

Monday, October 20, 2025

.: BELI APA TU? :.

Assalamualaikum.

Ahad, 19.10.2025 - selesai tinted sliding door tu, meh la siap² cari makan pula.
Linda ajak incikSuami ke Billion, nak try makan dekat foodcourt situ pula.

Sebab nanti pun, nak beli barang² sikit.
Senang lah 1 tempat je.

Seronok Billion nie, memang banyak barang² sale yang murah.
Macam semalam, ada bakul besar buat isi baju tu, RM8.90 je, terkejut betul.
Tapi, tak beli la.
Nampak jugak, kasut² clearance..yang tinggal saiz 1, 2 je.

Dok cakap Ngan incikSuami, macam nak beli je kasut tu.
Dia pun kabo, beli je lah. Dan terus bagi kad bank dia.. laju lah kita..hihihi

Adik beradik Polo agaknya.

RM25 je.
Saiz pun ada lagi, memang sambar lah.

Warna almond.
Kadang² teringin nak pakai yang macam nie.
Asyik keluar pakai kasut je.

Tara, cantik pula.
Simpan dulu la, buat pakai raya. 😂😂
Eh, hari nie lah raya 🤭🤭, tapi test je tadi.
Buat pakai raya Aidilfitri jelah nanti.

Kemain lagi, siap ada kasut raya.
Eh, baju raya pun kita dah add to cart dekat Shopee tu, sebab dia jenama kedai biasa je..takde lah set ibu anak.
Jadi, nak beli 2 pasang corak sama.
Sepasang lagi, modified jadi saiz kak M.

Till then, see ya.

Sunday, October 19, 2025

.: TINTED SLIDING DOOR :.

Assalamualaikum.

Aktiviti hari nie, pasang tinted dekat sliding door rumah.
Tapi, incikSuami sorang jelah yang buat.kikiki

Yang penat nya, nak bersihkan cermin dulu.
Linda dengan anak-anak bersihkan je masa cuti sekolah bulan sept hari tu.
Tapi, tak capai piawaian incikSuami.
Jadi, bersihkanlah sendiri.

Dah selesai bersihkan (lama jugak mamat tu bersihkan).
Baru la pasang tinted nya.
Tinted beli dekat TikTok je.
Yang nie pun, berchenta juga, jenis incikSuami, kalau boleh semua nak perfect. 
Tu yg malas nak DIY apa², sebab nanti dia tak puas hati je.
Katanya tak sama macam orang kedai buat.
Humm, orang kedai tu dah biasa, kita nie makan tahun, baru nak buat sendiri.

Teringin nak pasang shiplap dekat pagar, pun dia takmo.hahaha.
Padahal, bukan susah pun.
Jadi nya,Linda follow je lah dia.
Dia nak buat apa, ikut lah dia.
Malas nak gaduh, lagipun, Linda pun takde lah pandai deko² pun, janji rumah nampak kemas, tak bersepah..sudah.

Akhirnya, siap juga pasang tinted.
Tapi, siap 1 slide je daripada 3. 🤭🤭
Alhamdulillah, jadi lah, daripada tak siap lansung.
Tambah pula, tiba² incikSuami sakit pinggang pula, lama dah tak menyerang tu.
Memang incikSuami ada di diagnosis slip disc, dari sebelum pencen lagi.
Tapi, bukan dekat tempat yang serius lah.. Linda pun tak ingat dekat L berapa.

Harap² ok lah nie, dah pergi farmasi tadi, beli painkiller, koyok dengan ubat saraf.
Esok Linda kena drive la nampaknya. 😂😂

Till then, see ya.

Saturday, October 18, 2025

.: KEBUN DURIAN + CERMIN PECAH :.

Assalamualaikum.

Alang² nak balik Tronoh nie,roger² lah tech (abang Ali) yang kerja dekat Hospital tu.
Memang dia ada cakap nak balik Parit, nak p kebun durian akak nya.
Moh Ler kita menjenguk kebun durian orang sekali..Kiki

Maka, sampai lah kita.
Alhamdulillah, tak sesat. 
Ngam² berhenti depan lorong kebun.
Tak lama tu, abang Ali pun sampai.

Zoom sendiri nak tengok buah durian naa.

Angsa pun ada.
Kemain riuh dia berbunyi, anak owner kebun cakap, angsa tu memang riuh kalau ada orang datang, nanti dia dapat makan sebab nak bagi dia senyap. Hahaha.
Angsa pun tau buat trick.

Owner hidang durian.
Moh Ler kita makan dulu.
Tak banyak pun ambil gambar, makan lagi penting..hahaha..

Lepas tu, Linda pun minta 10kg, tapi lebih sikit dalam 11kg.
Total semua RM82.50
Buah campur², harga sama je semua.

Dah selesai tu, moh Ler gerak balik rumah.

Patot la tergerak hati nak balik jenguk rumah, ada kejadian rupanya.

Cermin dalam bilik kak M dah terlangkup dah.

Tinggal bingkai je kat dinding.

Hancur berkecai dah.
Memang nak suruh cari lain lah nie 🤭🤭
Lama dah cermin tu, dari dok Melaka lagi.

Kebetulan, memang ada usha cermin sekali dengan almari lah gitu.


Kena kumpul duit la gini.

Till then, see ya.

Friday, October 17, 2025

.: LAIN PULA YANG DAPAT :.

Assalamualaikum.

Hari nie kan Jumaat, rehat panjang.
Lepas hantar abang Mu'az ke surau diri jumaat dalam IPD Gombak tu, terus pulas minyak motor. 
Menuju ke Selayang Mall.
Sebab minggu lepas, masuk juga Selayang Mall, lepas ambil abang Mueez balik kelas tambahan KAFA.

Nampak beg nie dekat Parkson.
Dekat tagging tulis RM38, tapi Linda tak belek. Serius rasa nak beli.
Tapi, tak beli.

Hari nie p, takde dah beg nya, dah gantung beg lain pula.
Aaahhh, terus rasa menyesal tak belek² minggu lepas tu. 😔😔

Alang-alang dah sampai, round juga la.
Sampai dekat kids corner, eh..murah² pula baju..sebab Deepavali ke?
Geram tengok baju gegirl, tapi kak M nie, macam² peel.

Last² pegang juga yang nie.

Dengan yang nie.

Seluar nie lawa, stripes macam zebra.
Tapi, boleh pening kepala kalau fokus je kat seluar tu.

Tapi, ambik sepasang je lah dulu, boleh simpan buat baju raya next year.
Hahaha, mak anak ramai. Gini lah, memang beli awal².
Kalau nak keluar sedebuk tu, memang takde lah duit nya. Hahaha.

Linda ambil pilihan yang nie.

Baju RM19.
Seluar RM25.
beli juga seluar kecik abang Mueez, asyik la takde je. konpius ibu

Seluar tu ada poket kat tepi. macam seluar cargo tu.
tapi warna jeans gitu.
boleh la mix n match dengan baju2 lain nanti.

till then, see ya.