Assalamualaikum.
Aktiviti hari nie, pasang tinted dekat sliding door rumah.
Tapi, incikSuami sorang jelah yang buat.kikiki
Yang penat nya, nak bersihkan cermin dulu.
Linda dengan anak-anak bersihkan je masa cuti sekolah bulan sept hari tu.
Tapi, tak capai piawaian incikSuami.
Jadi, bersihkanlah sendiri.
Dah selesai bersihkan (lama jugak mamat tu bersihkan).
Baru la pasang tinted nya.
Tinted beli dekat TikTok je.
Yang nie pun, berchenta juga, jenis incikSuami, kalau boleh semua nak perfect.
Tu yg malas nak DIY apa², sebab nanti dia tak puas hati je.
Katanya tak sama macam orang kedai buat.
Humm, orang kedai tu dah biasa, kita nie makan tahun, baru nak buat sendiri.
Teringin nak pasang shiplap dekat pagar, pun dia takmo.hahaha.
Padahal, bukan susah pun.
Jadi nya,Linda follow je lah dia.
Dia nak buat apa, ikut lah dia.
Malas nak gaduh, lagipun, Linda pun takde lah pandai deko² pun, janji rumah nampak kemas, tak bersepah..sudah.
Akhirnya, siap juga pasang tinted.
Tapi, siap 1 slide je daripada 3. ðŸ¤ðŸ¤
Alhamdulillah, jadi lah, daripada tak siap lansung.
Tambah pula, tiba² incikSuami sakit pinggang pula, lama dah tak menyerang tu.
Memang incikSuami ada di diagnosis slip disc, dari sebelum pencen lagi.
Tapi, bukan dekat tempat yang serius lah.. Linda pun tak ingat dekat L berapa.
Harap² ok lah nie, dah pergi farmasi tadi, beli painkiller, koyok dengan ubat saraf.
Esok Linda kena drive la nampaknya. 😂😂
Till then, see ya.
Jenuh juga nak memasang tu. Husband Cie buat hari tu kat sliding door kami dia beli kat diy je. Tingkap pun habis dia buat sorang.
ReplyDelete