lovvu Dobbu

Friday, October 24, 2025

.: TAIPING BANJIR :.

Assalamualaikum.

Umum semua tahu, semalam hari paling buruk di daerah Larut Matang Selama.
Tak terkecuali Taiping.

Tempat yang tak pernah naik air, naik air terus tinggi.
Dapat video dalam wasap group family incikSuami, tinggi sampai bumbung kereta.


Keadaan memburuk sebab air pasang dan hujan lebat 2 hari berturut-turut.
Rumah MIL, alhamdulillah tak terjejas, tapi tiba² mak call incikSuami, kabo bilik belakang banjir, sebab bumbung bocor.

Dah la MIL dok sorang².
Memang incikSuami call tukang rumah suruh tengok juga bumbung rumah.

Jadi, Linda suruh incikSuami balik Taiping lah. Nak tolong mak kemas² bilik yang basah tu..barang dah la banyak dalam bilik tu.
Kesian MIL kalau nak kemas sorang²..
Selagi ada orang tua, marilah berbakti.
Tapi, incikSuami balik dengan dedek, kak M je.
Linda tak ikut, abang Mueez ada kelas tambahan UPKK.
Minggu depan dah tentu tak pergi, sebab ada kerja kahwin dekat Penang.
Jadi, minggu nie, g lah kelas tambahan.

Semoga yang baik² je untuk mangsa banjir..aamin.

Till then, see ya.

2 comments:

  1. Hujan tak henti² kome. Dari pagi sampai ke malam. Tak leh briskwalk, tak leh berkebun. Semoga rumah MIL Linda tak apa² dan cepat dibaiki bumbungnya. Kalu hujan je takpe, ni siap ada angin², jadi tempat biasa ok pun ayor hujan masuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama juga Selayang kak..Rabu, Khamis hujan..hari nie baru nampak matahari.. Alhamdulillah, siang tadi tukang dah baiki betul²..

      Delete