Lovvu Dobbu

Event Ticker
Showing posts with label throwbackthursday. Show all posts
Showing posts with label throwbackthursday. Show all posts

Thursday, July 16, 2026

.: THROWBACK THURSDAY :.

Assalamualaikum.

jom kita throwback semula.

dedek dalam pantang lagi ni.
agak gelap sikit dedek masa baby.. hihihi.
yang cerah masa baby abang Mueez je.

alolo.. kak M, comel nya.
mata bulat.
masa kecik2 anak semua mata bulat2 dan shining.
mata baru orang kata, tak tengok lagi menda2 yang mencemarkan. hahaha
dah besar tak bulat pun lepas tu tak nampak dah shining2 nya.. kikiki

ye.. kak M sungguh bergaya ye.
dengan kasut tinggi dia, ambil gambar silang kaki.
mak dia, pakai selipar je.. hahaha

rindu anak-anak.
semoga yang baik2 je untuk anak-anak, semoga sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah, aamin.

till hen, see ya.

p/s - yeay, esok balik Tronoh.. apsal rindu rumah sangat ni 😁😁

Thursday, July 9, 2026

.: THROWBACK THURSDAY :.

Assalamualaikum.

Dah hari Khamis.
Cepat je rasanya, macam baru je jumpa Isnin semalam.

Macam biasa lah, jom tengok FB punya throwback.

Weyh, zaman kekurusan dan kemudaan incikSuami ni.
Nanti nak share gambar ni kat dia, baju tu pun tak nampak dah.. hahaha.
Abang Mueez masa kecik, putih lepak weyh.
Tu yang kami panggil dia Cina Bukit. Hahaha.

Buat bunga telur untuk adik time ni haa.
Saya kan seorang kakak yang baik.. hahaha.
Dulu penat sikit, buat bunga stokin ni.
Sakit² tangan kena dawai tu.
Sebab tu harga dia mahey.


Masa ni kena tinggal dengan incikSuami.
Dia p operasi dekat Sabah.
Puasa dan raya dia dekat Sabah.
Kitaorang ditinggal 5 beranak.. 🥹🥹
Bukan kata orang je asyik tanya macam mana Linda hadapi hidup dengan anak kecik² masa tu.
Linda sendiri pun tak tau macam mana boleh ada kudrat melayan 4 orang masa tu.
Abang Mu'az yang sulung tu pun baru darjah 1.
Dedek almost setahun. Hahaha.

Tapi, sesungguhnya. Allah permudahkan, pengasuh anak baik, bertolak ansur.
Anak² diberi kesihatan yang baik.
Alhamdulillah,linda pun masih diberi kewarasan akal fikiran..
Proud of myself.

Jadi, kesimpulannya. Apa pun yang terjadi, sila la puji diri sendiri dulu.sebab takde orang lain yang akan memuji kita..hihi.

Till then, see ya.

Thursday, July 2, 2026

.: THROWBACK THURSDAY :.

Assalamualaikum.

Jom kita tengok apa ada hari ni dengan tema "THROWBACK THURSDAY"

Gigih ye seketul Linda. 
Dulu² menjahit manik.
Dulu kan trend memanik ni.
Dekat tudung la, baju lah.
Eh, semua tempat gigih nak letak manik. Hahaha.
Tapi, baju ni ada lagi sampai sekarang.
Kadang² pakai juga.

Kak M waktu kecik².
Boolat eh pipi dia.

Abang Mueez masa pra sekolah 6 tahun.
Dari kecik, tengok muka pun dah tahu banyak akai.. hahaha.

Hahaha..
2 tahun lepas melahirkan Dedek.
So, memang tak menambah la, sebab tak pernah berat turun jadi 50kg.
Makin naik ada lah.. 😆😆

Syok tak sangga la Dedek, dapat basikal baru.
Masa ni Linda dapat duit APC (Anugerah Perkhidmatan Cemerlang) setelah 6 tahun dalam servis.
Alhamdulillah, dapat la RM1000, beli basikal dedek Ngan kak M, belanja family makan.
Eh, habis dah duitnya.. hahaha..
Tinggal sijil je lah sebagai kenangan.
Masa tu masih PKP, so takde lah kenangan bergambar, takde majlis untuk penerima APC diadakan.

Kalau zaman dolu² punya APC, dapat naik tangga gaji sekali.
Kalau ikut normal, naik gaji setahun sekali.
Tapi untuk penerima APC, akan dapat 2x untuk tahun yang terima APC tu.
Jadi, kekal lah dalam gaji.
Elok juga yang tu..hihi.
Apa pun, alhamdulillah syukur dengan nikmat Allah.

Till then, see ya.

Thursday, June 18, 2026

.: THROWBACK THURSDAY :.

Assalamualaikum.

jom kita throwback.
apa yang ada dekat FB pada hari ini.

pertama dan terakhir kali buat kuih gegetas ni.
bukan nya tak jadi, Alhamdulillah buat hari tu jadi.
tapi, kemalasan mengatasi.. hahaha

timeline gambar ni dekat FB 7 tahun lepas.
tapi kalau ikut yang sebenar 9 tahun lepas.
kak M baru setahun lebih masa tu.
ini pun, pertama dan terakhir kali ke MPO .. hahaha
macam mana ehh nak kurus balik macam dulu.
sekarang, semua tempat berlemakss.. hahaha

ni setahun lepas full PKP.
dah hujung2 raya tu boleh rentas negeri.
memang kitorang ambil peluang balik Taiping.
terus linda pun godek2 service photoshoot.
masa ni baru nak up balik industri semua.
shoot RM50 je.
dalam 2jam gitu la.
gambar photog hantar by emel.
masa ni, semua ciconet lagi.
arghh, rindu nya.
sekarang semua dah galah-galah.
nak peluk pun dah malu2.

waktu ni dedek umur 4 tahun .
dekat rumah pengasuh ni.
hahaha, apa peel nya pun tak tau la.

ada sekali tu, panjat meja.
tapi tak reti nak turun.
menangis lah dari atas meja tu.

semoga banyak lagi memori yang boleh dicipta bersama anak-anak, insyaAllah.

till then, see ya.


Thursday, June 11, 2026

.: KANTIN @ GOMBAK DEPOT, SRI GOMBAK :.

Assalamualaikum.

hari ni khamis kan??
kira boleh la ni jadi sesi Throwback Thursday.

tahun lepas, kalau ikut date dekat gambar tu , 27.09.2025 kitaorang pergi makan-makan dekat port Kantin JKR Gombak.


saja la nak rasa, macam mana tempat dan viral tempatnya.

ambil la gambar sebagai bukti dah sampai.

ni pintu masuk nya.

ada live band juga.

kak M dengan lampu rama-rama besar.

jom tengok order apa.

CKT abang Mueez punya

incikSuami beli nasi ayam kalau tak silap

view dari tempat duduk linda.
tak tau la bangunan apartment apa ni.
tapi meriah ha...yang duduk tingkat atas sekali tu.
adoi seram nya kalau tengok bawah.

ni abang Mu'az order.
dari kedai shawarma.

nie linda punya Aglio Olio.
Masin sikit kalau tak silap.

stail dia, sama macam port lepak yang lelain.
ada stall kedai makan pelbagai pilihan, order dan terus bayar.
kedai minum ada satu je.
 ada ruangan berbumbung di tengah kawasan stall stall.
ada ruangan open air di sebelah luar.
ada juga tempat gelongsor.
boleh la anak-anak main sambil ibu ayah makan.

rasa makanan, bagi linda not bad la.
tapi tula, sekali tu je yang pergi pun.. hahaha.
malas betul nak keluar malam-malam.

till then, see ya.

 

Thursday, June 4, 2026

.: THROWBACK THURSDAY :.

Assalamualaikum.

Sesi throwback lagi.

Muka nak sama je abang Mu'az dengan kak M ni.
Waktu ni, umur masing² hampir setahun.

Rambut kak M memang tak lebat sangat.
Lepas cukur rambut dalam pantang, sampai dia darjah 1, baru potong rambut dia.

Salah satu sebab, mungkin rambut kak M jenis curly.
Tak nampak panjang nya.

Seronok makan kek.
Kek 5inci je, habis dimakan semuanya..
Sedap pulak tu.

Sekarang dedek takde pipi.
Kurus je ibu tengok.. hahaha.

Seronok bila throwback gambar² lama ni.
Tersingkap semua memori lama.

Till then, see ya.

Thursday, May 14, 2026

.: THROWBACK THURSDAY :.

Assalamualaikum.

hari khamis, hari throwback. 
buka FB, ada la gambar untuk di throwback kan.'

masa ni abang mueez comel je..
geram sungguh lah...
waktu sekarang ni, geram tang lain pula. hahaha

ha, yang ni, sampai sekarang incikSuami selalu buli linda.
barang-barang suka letak tinggi2..
yang paling tak suka nya, kalau pasang cermin, linda ni, nampak kepala dengan leher je..
dia pula pelik, bila linda bebel kata tak puas tengok cermin.

wahhh.. memang dari dulu linda suka buat cornflakes.
raya tahun nie je tak dapat nak buat, tak sempat nk curi masa.
biskut raya yang paling mudah nak buat dan barang nya cnfirm habis digunakan tanpa pembaziran.

ni pun saja wish birthday abang Mueez ikut kalendar Islam.
kalau nak ikut tarikh lahir dia 29 Julai.
kalendar Islam 2 Syawal, tahun 2021 jatuh pada 14 Mei.

waktu PJJ ni, incikSuami masih berkhidmat, linda dekat Selayang, dia dekat Melaka.
seluar jeans tu kat mana ntah..
rasanya macam tak muat..
dha buang kot.. hahaha.

ya Allah, terasa ya berat naik ni.
tengok gambar 4 tahun dulu, mcm kurus sikit.
sekarang ni, ada bulat sikit.. hahaha.

jadi, istiqamah la briswalk ye.
mana tahu, boleh kurus balik. hihihi..
nak kontrol makan, linda kurang berjaya sikit.
cuma sekarang ni, malam tak makan dah.
duduk sorang kan.
nasi pun makan sekali je, kadang tak makan nasi sebab dah ganti dengan karbo lain.
takpelah, fikir nak sihat je, insyaAllah.

till then, see ya.

Thursday, May 7, 2026

.: THROWBACK THURSDAY :.

Assalamualaikum.

Bertemu kita di sesi campak belakang Khamis.

dah lama rupanya bergelumang dengan bunga telur ni.
dulu, popular yang bunga  stokin tu.

pernah juga terjebak dengan jamu rupanya.
tak ingat la terpengaruh dengan siapa. hahaha

dedek lahir masa bulan Ramadan.
saja wish ikut bulan Ramadan, tahun 2020. 13Ramadan jatuh pada 7mei.
masa tu baru nak masuk 2 tahun.

3 tahun lepas.
PJJ, ulang alik Selayang - Melaka.
abang Muaz pun muka kanak-kanak lagi.
sekarang dah muka remaja.
linda tak boleh move on la..😅😅

till then, see ya.

Thursday, April 9, 2026

.: THROWBACK THURSDAY :.

Assalamualaikum..

2019 - hantar incikSuami masuk kem, sebab nk kena p operasi dekat Sabah..
Sebelum bulan puasa tak silap dia pergi.
Raya kat Sabah seminggu dulu, baru habis operasi.

Pertama kali drive dari Melaka ke Perak semata mata untuk balik raya.
Sebab dekat Melaka takde saudara mara.
Sedih sangat rasanya kalau nak raya dengan anak² je.
Selalu kalau tak balik raya pun, ada incikSuami.

IncikSuami macam biasa, bila linda minta izin, dia cuma akan tanya "yakin ke nak buat? Boleh ke nak handle anak 4 nanti?"
Kalau isteri dia cakap yakin.
Alhamdulillah, dia izinkan je.

Masa tu, kids baru umur 8,6,4,2 tahun.
Memang tak berhenti RnR la cerita dia.
Sebab nak cepat sampai dan tak nak kacau kids tidur.
Makanan, memang penuh la dalam kereta.hahaha.

Kenangan menggamit memori betul.

Till then, see ya.

Thursday, April 2, 2026

.: THROWBACK THURSDAY :.

Assalamualaikum.

Rupanya masih jauh perjalanan nak balik Perak.
Still stuck in Selangor.
Doakan Linda dapat transfer segera, siap mimpi lah dapat surat transfer.
Desperate sangat tu, sampai bawa dalam mimpi.
Moga mimpi jadi kenyataan, Aamin.

Waktu ni, 6 beranak semua ada baju ni.
Gigih incikSuami beli.
Tapi, anak² punya baju tak muat dah la.
Waktu tu deme kecik² lagi. Hahaha.

Till then, see ya.

Thursday, February 12, 2026

.: THROWBACK THURSDAY :.

Assalamualaikum.

Entry pertama untuk campak belakang ya..Kikiki.

Betul² campak belakang.
Kurus lagi waktu ni, rasa berat 50++ je ni.
Sekarang 60++ , hahaha.

Ni masa kak M graduasi 6 tahun .
Dari jauh dah nampak bulat. 🤭🤭

Dua dua gambar tu, anak dah 4.

Kak M umur 5 tahun.
Masa ni, nampak lagi lah gegirl nya.
Sekarang takde dah.. hahaha.

Ni kak M umur 6 tahun.
Okeh.. dah tahu lah.
Memang dari dulu suka buat perangai random.
Apa benda la dok terbaring dekat pelamin.. hahaha..

Ada la bukti rupanya, memang dari dulu begitu. 
Sabar jelah.

Kenangan betul tengok gambar² yang keluar dekat FB memories.
Jadi, kena up juga 1, 2 gambar for next next year punya memories.

Till then, see ya.

Thursday, December 11, 2025

.: THROWBACK THURSDAY :.

Assalamualaikum.

Jom kita toleh ke belakang.. apa yang ada.

Guestbook
Zaman menggulung kertas.
Tapi tak profesional macam blogger Cha kita.

Mueez Safwan
Abang Mueez umur setahun lebih.
Petang² mama pengasuh dah dok menyembang dekat bawah blok.
Senang Linda, tak payah nak ketuk² pintu. Hihi.. kita pun sembang la serba sikit, lepas tu baru balik rumah.
Hidup berjiran, kang orang kata sombong pula. 😅😅

Homecook makanan baby
Zaman dedek baby², rajin sungguh buat stok makanan dekat dia.
Semua ibu cuba, semua dia makan.
Cuma puree buah je, dedek tak minat sangat.
Memang berguna lah bekas kecik² tu.
Sekarang buat bekas isi butang² baju, cangkuk baju dengan benda² yang kecik² lah.

Ejen emas
Weyh, dulu² kita ejen emas.
Mak ejen kita sekarang dah buka kedai emas kat Peneng nuh (kawan incikSuami masa sek men). Tapi Linda tak tau pun, sampai sekarang tak pernah jumpa lagi.
Lepas² tu baru tahu.

Mukhlis Syahir
Dedek yang dulu, obses dengan senapang, pistol atau apa² yang sama macam tu.
Memang bersusun lah.
Yang bunyi, yang tak bunyi, yang berlampu, yang takde lampu.
Tu yang abang Mu'az cakap "adik nak apa, semua dapat"..
Dia tak ingat zaman dia kecik², sama je.. hahaha.

Maya Syafiqah
Linda tak ingat pasal gambar ni, sebab incikSuami yang ambil.
Just another memory.
Yang kak M pun, dulu kecik² obses dengan mainan masak², lagi² kalau ada tanah liat boleh tekap² jadi bentuk makanan.

Ok lah tu, sama lah macam Linda kecik²..
Tapi, main masak betul²..
Siap ada api, duduk estate kelapa sawit kan, buah sawit yang hitam² tu buat jadi bahan bakar lah.
Siap ambil beras dekat rumah tu. Hihi.

Bila fikir balik, kita main benda yang sama. Cuma cara dan zaman tu yang berbeza. Kan??

Till then, see ya.

Thursday, December 4, 2025

.: THROWBACK THURSDAY :.

Assalamualaikum.

Hari ni buka FB, tengok memories..banyak ye..hihi. jom tepek sini.

Arghhh, 1st mom be like..
Semua benda nak post..hahaha..
Abang Mu'az masa 3 bulan lebih.


Kerja dekat Lumut, merempit, bawa tenggiling ye..
Salah satu sebab, senang nak g Chek up.
Sebab tengah pegnen abang Mueez..
Nasib tayar buat hal dekat pejabat lagi, abang² pemandu kita lah jadi tempat minta bantuan.


Masa ni, dah duduk Melaka.
Kak M pun baby² lagi.
Mak bapak, kak mas datang Melaka.
Bawa sekali hero dua orang ni balik kampung.
Sunyi rumah depe dua takde.


Ya Allah, dulu² yakin je nak selfie.
Sekarang, berapa kali snap lah nak dapat yang belok.
Sebabnya?? Pipi dah kembang setalam.. hahaha.


GengbassekolahUMT
Masa ni mama ada kat rumah Pacha, waktu rehat p makan nasi kerabu Mama masak.
Lamanya tak jumpa mama, moga mama sihat² selalu.


Bukti, ada je kain skirt kembang²..
Tapi, simpan je..hahaha..
Jenis tak reti berkain.


Selepas setahun jadi warga Selangor.
Dedek ni, spoil gambar ibu ayah.
Hahaha.

Till then, see ya.