Assalamualaikum.
2 hari je ke briswalk?? Hahaha..
Ehh, ada Khamis dengan Jumaat pun briswalk.
Takkan hari² nak up entry.
Jemu pulak orang nanti.. 🤭🤭
Hari Khamis, jumpa buah mangga.
Aduhai, ngences pula..
Tapi, tak berani nak petik pula.
Hari Jumaat, lama juga tempoh berjalan.
Sebab, terus pergi pasar malam dekat belakang hospital, dekat dengan sek abang Mu'az.
Terus lah jemput abang Mu'az balik sekolah.
Jalan kaki bersama lah kita. Hihihi.
Hari Sabtu, pergi Lotus Rawang lepas ambil abang Mueez balik kelas tambahan.
Nak p kedai jahit Pakistan dalam Lotus tu haaa.
Nak suruh buat semula seluar uniform pink Linda.
Yang ada sticker tu, Pakistan tu baru jahit.
Helai bawah tu seluar lama.
Dia kecilkan seluar baru tu, memang sendat la tang peha.
Aib weyh kalau nak share gambar .hahaha.
Jadi, Linda suruh dia buat lain lah.
Baju pun takde butang, dia cakap tak jumpa butang.
Linda diskaun lah lagi harga nya.
Seluar dah buat yang lain, ok sikit dah.
Sekali cangkuk pula takde.
Tadi, memang tak bayar apa pun.
Salah dia kan..Kikiki.
Dah nak balik, boleh pulak tersinggah dekat vending machine Hotwheels tu.
Abang Mu'az nampak pula model Saga warna putih.
Tapi, sebelum nak dapat Saga tu (yang Linda tunjuk dengan anak panah tu).
Kena keluarkan 2 ketul yang dekat atas tu.
Nasib baik RM10 je.
Tapi, hangus juga lah RM30.
Bukan duit Linda, duit abang Mu'az lah.
Duit belanja sekolah, dia simpan.
Pandai² lah urus duit sendiri.
Jangan pau kawan² dekat sekolah dah la.
Till then, see ya.
sy selalu alter seluar yg dibeli di pasaraya sbb labuh. Maklumah tuannya ni pendek. Siap ada resident tailor... hehehe
ReplyDeleteBila entah nak insof BW ni malas betul. Walking pad kat rumah ada pun malas.
ReplyDeleteKeep it up Linda! Akk minggu lepas Kakak exam PSRA & Abg Angah demam tu mmg tak BW. Terkejar2 nak urus macam2 hal :(
ReplyDeleteTak leh ke beli terus Saga putih tu? Rare la Saga tu, kalau jumpa Akk pun nak beli hehe