Assalamualaikum.
sambungan sambutan OT Day dekat SINI.
petang tu lepas rehat, join la seminar.
buat tambah-tambah hours untuk masukkan dekat kursus..
penjawat awam kena attend kursus 7 hari setahun, kira salah satu KPI untuk tahun semasa lah.
tajuk seminar - Parenting Style dan Screen time.
Adalah Linda snap sikit² slide and share dekat sini ya.
Penceramah adalah founder Nuha Kids Care Center.
jenis-jenis parenting style
perkembangan emosi kanak-kanak terbentuk dari umur 1.5-4 tahun.
kalau anak tantrum, ada 3 stage yang kena tahu.
1- apa jadi sebelum tu?
2- perangai dia masa tantrum.
3- apa solution kita.
kena tahu 3 basic rules nie, baru boleh kawal tantrum anak, dan insyaAllah dapat mengurangkan tantrum tu.
anak-anak pun ada jenis-jenis nya ya.
dan selalunya jenis anak-anak nie dipengaruhi dengan parenting style kita.
tu yang selalu sedih, kalau anak "kurang baik" dari anak orang lain.
maknanya ku lah yang gagal, sebelum anak ku gagal.
tapi, jom kita move on, insya-Allah masih belum terlambat, usaha, doa, tawakal.
beg goodies masa daftar seminar
meriah isi dalam dia.
terima kasih ya
siap ada tampal label dekat belakang kotak
dan linda tak dapat nak tunggu seminar sampai habis.
sebab dah ada yang call nak ambil barang dekat asrama.
ini lah barang nya.
nak ambil kerusi, bawa ke aras 7, wad Nefrologi.
jenuh nak menolak, dah macam anak gajah.
dah la lif kargo rosak.
bantai je lah lif penumpang.
tapi kan, lif kargo tu baru je tukar, asyik la rosak juga.
takde kualiti, ataupun heavy penggunaan.
tapi yelah, nama pun hospital, memang lah lif tu keutamaan.
memang dah tahu akan ada heavy penggunaan nya.
sabar je lah.
tu yang kadang-kadang doktor nie, nak naik wad guna tangga je mudah.
sebab cepat, tapi pishang weyh nak naik tangga sampai aras 10.. hahaha.
till then, see ya.
#semoga berkat hari Jumaat, segala doa kita akan diperkenan Allah, linda tahu mesti semua doakan kesejahteraan peserta GSF, dengan rasminya, malam tadi kesemua peserta dari Malaysia telah menjadi tahanan Issewel. semoga dipermudah segala urusan mereka dan dibebaskan dalam keadaan selamat..aamin.
kita jangan berhenti bersoladiriti, insya-Allah.
Naik tingkat sepuluh tu kalo sekali x per...nak kena turun naik jenuh jugak...
ReplyDeletecoklat fav tu snickers
ReplyDeletewow tingkat 10 tu jenuh weiii. Ahkak lagi best sangkut dalam lif nasib baik ramai dgn boss lagi. Trauma juga rasanya. Baginilah nasib hospital yang lama oh kkm opssss
ReplyDeleteSnickers tu coklat dah lama kat pasaran. Sedap pulak tu.
ReplyDeleteTapi tak boleh makan sekaligus..manis leting..
Deletebagus seminar parenting.. boleh touchup apa2 yang perlu.. agar anak2 pandang parent sebagai hero.. bukan doraemon, boboiboi ke atau apa2.haha.
ReplyDeleteBetul tu..kadang² kita rase apa yang kita buat selama nie betul,rupanya zaman dah berubah..😂😂
Delete