Lovvu Dobbu

Event Ticker
Showing posts with label durian. Show all posts
Showing posts with label durian. Show all posts

Saturday, June 27, 2026

.: PERUT SEBU :.

Assalamualaikum.

Semalam ada jualan hari gaji.
Biasa la tu, orang gomen kan kaya dalam masa 48jam lepas gaji je.. hahaha.

Booth buat sebelah pejabat Linda je, dekat tempat parkir kereta.

Belum apa² lagi, dah serang gerai durian.

Durian tengah murah, boleh la nak beli.
Kalau mahal, nengok je lah.

Yang ni durian kampung ni.
Kecik² je. Hahaha.
Tapi, mantap.

Berbakul².
Sampai ke petang, Linda tengok orang tu kemas², pun ada banyak bakul lagi.

Eh, Linda tak beli ke?
Haruslah beli, durian kampung.
Sekilo RM6, 10kg dia bagi RM50.
Beli 10kg, seplastik besar juga la.
Bagi cleaner, suruh diaorang makan la ramai², minta satu bekas je untuk Linda.
Partner ofis, Izzah tak makan durian.
Jadi tak boleh la nak kenduri durian dekat opis tu..

Pastu, beli air kopi kaw, nasi dagang, ayam susu 2.
Tu je. Kenyang sampai petang.

Balik kerja tu, rasa sebu je perut.
Penangan makan durian kot.
Cepat² solat Asar, jom la Briswalk. 
Bagi perut selesa sikit.

Jom berjalan dekat luar.

Matahari nak senja dah.

Alhamdulillah, tak hujan.
Dapat selesaikan 3 round.
Baru rasa selesa sikit perut.
Tapi, malam tu sambung lagi makan durian. Hahaha.

Lepas tu, ada someone wasap Linda.
Ajak ngedate.
Tapi, idak la dekat TRX kabonya. Hahaha.

Till then, see ya.

Friday, January 2, 2026

.: REZEKI DURIAN :.

Assalamualaikum.

Walaupun dah masuk tahun 2026.
Cerita 2025 tak habis lagi.. Kikiki.
Ada lagi beberapa yang dok dalam draf tu.

Macam ni, Selasa 30.12.2025 - hampir 6.30petang, cleaner asrama(Nevi) call Linda.
Risau pulak kalau ada perkara urgent yang jadi.
sekali, Nevi cakap nak hantar durian dekat rumah.
gara-gara linda komen status dia makan durian hari tu.
Allah, terharu betul linda.

kita snap gambar Nevi nak balik je.
terima kasih Nevi, semoga murah rezeki untuk dikirim pada keluarga dna anak-anak di kampung.
lepas nie, tak boleh la bawa diorang jalan2 waktu rehat hari Jumaat, sebab kereta dah takde.

Alhamdulillah, rezeki dapat 2 biji.
tak tahu la durian apa..
bedal aje.

isi dalam dia.
lembik, manis, lamak2 pahit gitu.
melting betul dalam mulut.

Alhamdulillah..

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?" adalah pengingat dari QS Ar-Rahman ayat 13, diulang 31 kali, untuk mensyukuri segala nikmat Allah SWT, baik yang besar maupun kecil, seperti penciptaan alam semesta, manusia, jin, serta kenikmatan surga dan neraka, mengajak kita berhenti mengeluh dan mulai bersyukur atas segala pemberian-Nya yang tak terhitung

Syukur Alhamdulillah.

till then, see ya.

Saturday, October 18, 2025

.: KEBUN DURIAN + CERMIN PECAH :.

Assalamualaikum.

Alang² nak balik Tronoh nie,roger² lah tech (abang Ali) yang kerja dekat Hospital tu.
Memang dia ada cakap nak balik Parit, nak p kebun durian akak nya.
Moh Ler kita menjenguk kebun durian orang sekali..Kiki

Maka, sampai lah kita.
Alhamdulillah, tak sesat. 
Ngam² berhenti depan lorong kebun.
Tak lama tu, abang Ali pun sampai.

Zoom sendiri nak tengok buah durian naa.

Angsa pun ada.
Kemain riuh dia berbunyi, anak owner kebun cakap, angsa tu memang riuh kalau ada orang datang, nanti dia dapat makan sebab nak bagi dia senyap. Hahaha.
Angsa pun tau buat trick.

Owner hidang durian.
Moh Ler kita makan dulu.
Tak banyak pun ambil gambar, makan lagi penting..hahaha..

Lepas tu, Linda pun minta 10kg, tapi lebih sikit dalam 11kg.
Total semua RM82.50
Buah campur², harga sama je semua.

Dah selesai tu, moh Ler gerak balik rumah.

Patot la tergerak hati nak balik jenguk rumah, ada kejadian rupanya.

Cermin dalam bilik kak M dah terlangkup dah.

Tinggal bingkai je kat dinding.

Hancur berkecai dah.
Memang nak suruh cari lain lah nie 🤭🤭
Lama dah cermin tu, dari dok Melaka lagi.

Kebetulan, memang ada usha cermin sekali dengan almari lah gitu.


Kena kumpul duit la gini.

Till then, see ya.

Tuesday, July 2, 2024

.: TEBAL = DURIAN :.

Assalamualaikum

sekarang kan musim durian..
jadi teringat lah masa muda-muda

berdua dengan kakak, masa tu harga durian pun dah boleh tahan
lebih kurang tahun 2009 macam tu
dok la lalu lalang durian nie
jadi kakak pun decide, nak beli lah sebiji yang mahal sikit harganya

tak ingat dah durian apa..
tapi memang isi kuning dan tebal, puas hati makan sebiji je
jadi, harga sebiji buah tu dalam RM50
(terima kasih lah kakak belanja, sebab masa tu pun dia baru kerja kerani kilang sawit)

gambar durian nie dari gugel
lebih kurang gini lah

sambil-sambil kitorg throwback
sebab memang puas hati makan yang tu, isi tebal manis, sedap,
tiba-tiba ada yang mencelah

"patot lah mu'az pon tebal"



eh... kaitan sangat dengan dia...
geram pulak kita...
hahaha

till then, see ya

Tuesday, June 18, 2024

. : RAYA KORBAN DAN DURIAN HUNTING :.

Assalamualaikum 

Selamat Hari Raya AidilAdha buat semua.. 
Alhamdulillah, kepada yang melakukan ibadah korban tahun nie.. 
Insya-Allah doakan niat linda untuk melakukan ibadah korban tahun hadapan dipermudahkan.. Aamin

Takde gambar raya.. 
Lupa nak snap-snap... Hahaha
Bizi tengok orang sembelih lembu dekat sebelah rumah pak menakan incikSuami nie haaa.. 
First time juga linda tengok depan-depan

Balik dari rumah pak menakan, kitorang musing dekat batu 5,cari buah yang tengah viral sekarang... Hahaha

Haaa... Jumpa pun buah nya.. 
Semalam pusing area kamunting, takde.. Selalunya banyak.. 

Tiga beg plastik
Total hangus rm200 jugak...
Semua hantu durian pun.. 
Tak boleh beli sikit-sikit

Sedap nampaknya.. 

Buah kayangan nie
Jarang ibu belanja.. 
Nie ada rezeki sikit.. Belanja lah makan durian.. 
Lepas nie, kita tengok durian je kat tepi jalan.. 😂😂

Till then, see ya