lovvu Dobbu

Tuesday, October 14, 2025

.: PERTAMA KALI, ZUS COFFEE :.

Assalamualaikum.

jumaat, 10.10.2025 - orang lain dah berkali kali ye..
linda baru pertama kali..hihihi

beli pun sebab download app zus tu sebelum tarikh lahir hari tu.
sekali dapat voucher buy 1 free 1 untuk kek.
dok belek-belek, ada lagi 4 hari tarikh nak redeem.
jadi, moh la kita gunakan.

order through apps, delivery sampai pejabat.
dalam 30-35 min dah sampai, Alhamdulillah.

tisu pun sayang nak guna macam nie.

beli juga cookies.
bagi dekat abang Mu'az
linda pun tak rasa, sedap lah tu...dia boleh habiskan.

kotak kek.
amik kek lobak merah dengan kek coklat.
2 pilihan tu je yang ada pun.
yang coklat bagi dekat Izzah.
nak bawa balik rumah pun, tak cukup nanti.. kikiki

linda macam biasa la nak try kek lobak merah nie.
Alhamdulillah, sedap.
tapi, tetap tak boleh lawan SR juga.
mungkin sebab banyak kekacang dalam kek lobak merah SR tu

alang-alang kan, order la air sekali.
linda ambil Zus Gula Melaka.
sedap, rasa gula melaka tu.
pahit2 kopi nya pun terasa.

total RM33 untuk 4 item tu.

nie tengok dekat apps ada free cup Zero latte...
tapi kena walk in, terhad pada 100 cup je..
dari pagi sampai 11 am kot.
blogger pencita kopi semua, mesti tau dah promo nie.

sedap juga kopi Zus nie, sekali sekala boleh la beli.
nanti nak belanja kids yang bukan kopi punya la..
tengok air mangga dia pun menyelerakan.

till then, see ya.

6 comments:

  1. Tak pernah lagi membeli di Zus Coffee

    ReplyDelete
  2. Voucher birthday tu Cie selalu ambik cheese cake dia. Kek coklat & carrot ni takde pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kek dia macam susah nak ada stok..tengok dekat apps, dekat outlet yang dekat2..jarang nak ada kek nya...tu yang lama nak redeem...

      Delete
  3. Eh x tau pun ada promo tu...saya dekat jer nak p Zus tu...tapi malas x boleh nak tolong la...

    ReplyDelete