Assalamualaikum.
Hari nie kan Jumaat, rehat panjang.
Lepas hantar abang Mu'az ke surau diri jumaat dalam IPD Gombak tu, terus pulas minyak motor.
Menuju ke Selayang Mall.
Sebab minggu lepas, masuk juga Selayang Mall, lepas ambil abang Mueez balik kelas tambahan KAFA.
Nampak beg nie dekat Parkson.
Dekat tagging tulis RM38, tapi Linda tak belek. Serius rasa nak beli.
Tapi, tak beli.
Hari nie p, takde dah beg nya, dah gantung beg lain pula.
Aaahhh, terus rasa menyesal tak belek² minggu lepas tu. 😔😔
Alang-alang dah sampai, round juga la.
Sampai dekat kids corner, eh..murah² pula baju..sebab Deepavali ke?
Geram tengok baju gegirl, tapi kak M nie, macam² peel.
Last² pegang juga yang nie.
Dengan yang nie.
Seluar nie lawa, stripes macam zebra.
Tapi, boleh pening kepala kalau fokus je kat seluar tu.
Tapi, ambik sepasang je lah dulu, boleh simpan buat baju raya next year.
Hahaha, mak anak ramai. Gini lah, memang beli awal².
Kalau nak keluar sedebuk tu, memang takde lah duit nya. Hahaha.
Linda ambil pilihan yang nie.
Baju RM19.
Seluar RM25.
beli juga seluar kecik abang Mueez, asyik la takde je. konpius ibu
Seluar tu ada poket kat tepi. macam seluar cargo tu.
tapi warna jeans gitu.
boleh la mix n match dengan baju2 lain nanti.
till then, see ya.
tahniah ibu, belanja awal tak kalut. beli mana yang murah dlu kan...
ReplyDelete