Lovvu Dobbu

Event Ticker

Thursday, February 26, 2026

.: BERBUKA 7 RAMADAN 1447 :.

Assalamualaikum.

baru berangan petang semalam nak jalan-jalan tengok bazar Ramadan.
sekali belum 4.30 petang dah gelap dan hujan lebat.

last-last, selesai thumbprint balik, terus la ke kafe hospital.
nak jamu mata, tengok apa yang ada.
Alhamdulillah, ada ala carte (masakan bergoreng), selain dari lauk dan kuih muih.
air balang pun ada juga.

Kuetiau goreng
jadi linda pilih kuetiau goreng biasa (RM5.50)
makan separuh je dah kenyang, separuh lagi buat makan sahur pagi ni.

Berbuka 7 Ramadan 1447
dalam pukul 7, goreng telur dan popia carbonara baki semalam, 2 ketul

air, macam biasa la
nescafe panas.
tak boleh minum air ais waktu buka.
boleh terkena batuk dan tetiba demam.
dah la ni pun batuk tak habis-habis.
cuma, linda memang spare air sejuk dalam tumbler (2 bekas).
buat minum-minum.
dan memang selalunya habis, minum sampai untuk sahur esoknya.

Alhamdulillah, rezeki semalam.
hari ni, ingat nak habiskan roti je.
sebab, esok nak balik Tronoh.
berbuka dalam ketapi la kita.

till then, see ya.


3 comments:

  1. Alhamdulillah.. Kuetiau basah2 gitu.. I loike.. ^^

    ReplyDelete
  2. selamat menyambut ramadan almubarak.. moga ramadan tahun ini adalah yang terbaik berbanding sebelumnya....

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah...
    Aah smlm nieyl sampai rumah awal, before 4.30 pun dah gelap..
    cuaca skrg ni tak menentu..

    ReplyDelete