Lovvu Dobbu

Event Ticker
Showing posts with label teluksenangin. Show all posts
Showing posts with label teluksenangin. Show all posts

Friday, September 4, 2026

.: PRAC FAMILY DAY - PART 5 :.

Assalamualaikum.

entry last untuk Family day PRAC.
bergambar beramai-ramai depan resort ni.

nasib ada AJK Media.
memang dia ambilkan je gambar setiap family sebanyak mana yang boleh.
jadi takde la, kita nak mengharap orang ambilkan gambar. hihihi.
anak-anak pun, semua dah nak sama tinggi dengan ibu. hahaha

Ni pun ada juga yang dah balik awal.
Sebab ada hal tak dapat elak.

gambar Aruz di sekeliling resort.

setel ambik gambar. 
setel salam-salam, lambai-lambai.
geng2 nothern pun gerak la beramai-ramai.
siapa yang follow, boleh.
siapa ada urusan lain, nak terus balik pun takpe.
linda sekeluarga takde apa pun, jadi follow je lah.

berhenti bergambar dekat bawah jambatan Permaisuri Bainun

lepas tu kami berhenti makan tengah hari dekat Silaturrahim, hala Teluk Batik tu.
Blogger Tot mesti tahu.
mengenang memori la linda makan kat situ.
sebab masa kerja dekat Lumut dulu, kadang-kadang sampai juga situ cari makan tengah hari.

selesai makan, teruskan perjalanan ke Teluk Intan.
sebab ada geng yang tak pernah sampai Menara Condong.
bak kata Uncle sampai sini, sampai la ke Itali.
hahaha.

minta kebenaran masuk ke bahagian tapak dalam tu.
ada yang panjat menara, ambil gambar dari menara.

gambar di zom.

gambar dari depan.
berlatar belakangkan Menara Condong.

lepas tu, kami pergi mengopi sat.
yang tu kita buat entri khas la nama kafe tu.
maka berakhirnya cerita family day PRAC kita.
ada rezeki, ada lagi tahun hadapan, insyaAllah.

till then, see ya.

Wednesday, September 2, 2026

.: PRAC FAMILY DAY - PART 4 :.

Assalamualaikum.

Sambung lagi kisah family day BabyRuz kita.
Ahad, 9.8.2026 - lepas sarapan, jalan² dekat pantai.
Ambil angin, konon² nak keluar lepas subuh, ada la momen sunrise..
Udahnya sunrise dalam bilik je lah.. hahaha.

Selfie dengan ombak.
Alhamdulillah, dengar deruan ombak, tengok air rasa nak basah² je.
Tapi, malas, hahaha.
Kita jalan² je lah dekat pantai ni.

Abang Mueez main korek² pasir.
Nampak tak corak yang Linda tunjuk pakai anak panah tu?

Nah, Linda zoom.
Pasir tu jadi bulat² kecik yang comel..
Terus teringat kumbang najis tu.

So,Linda pun Google la imej tu.
Dapat la info mengenai ketam bola pasir @ sand bubbler crab.

Ketam bola pasir atau sand bubbler crab ialah sejenis ketam kecil yang menghasilkan bebola pasir di kawasan pantai semasa air surut. [1, 2, 3]
Fungsi Bebola Pasir
  • Menapis Makanan: Ketam mengaut pasir dan menapisnya di dalam mulut untuk menyerap zarah makanan atau nutrien organik yang kecil.
  • Membuang Sisa Pasir: Pasir yang sudah habis nutriennya akan digumpal menjadi bebola kecil sebelum diletakkan di atas tanah.
  • Corak Pantai: Taburan bebola pasir ini menghasilkan corak yang unik di atas permukaan pantai.

Habis jalan² dekat pantai.
Jom la balik resort, nk kemas² bilik.
Kemas beg. Sebab dedek Ngan kak M sambung mandi pool pagi tu.

Lepas tu pulang² kunci, siap² nak bergambar pula.

Eh, tau² incikSuami dah panjat tembok.
Bila ntah dia memanjat.

Jadi photog pun cucun cucun la orang ni.
Nak ambil gambar ramai² kan.
Meriah ramai² ni.

Next entry la Linda share gambar beramai² hari Chek out tu.. Kikiki.
Sebab dah upload gambar dekat entry lain.
Malas nak upload lain.

Till then, see ya.

Wednesday, August 26, 2026

.: PRAC FAMILY DAY - PART 3 :.

Assalamualaikum.

sambungan family day PRAC.
lepas chek in, dalam pukul 3 petang tu, berkumpul semula dekat ruang tengah tu.
nak mulakan aktiviti fun fun.

ada aktiviti kids, baby.
linda tak ambil pun..
anak-anak linda takde yang nak join..
ala, aktiviti biasa-biasa je.
dedek dah jeling pool je.. hahaha.

so tiba la masa aktiviti couple.

ok, sebelum mula.
ambil gambar dulu.

husband n wife kena tutup mata.
wife kena suapkan biskut+whipcream dekat husband.
siapa cepat habis dia la memang.

masing-masing ambil tempat.
linda dengan incikSuami yang ada anak panah tu.

selepas habis aktiviti.
hahaha.. nasib baik la tak masuk lubang idong. 😂😂

sekejap je.. dalam pukul 5 dah selesai semua acara.
aktiviti takde yang hardcore pun.
semuanya santai-santai je.
sebab dengarnya, tahun lepas punya aktiviti buat dekat pantai, lepas tu ada tragedi terpeleot yang sangat dasyat, katanya sampai teralih juga tulang pinggul, wallahualam.
yela, dekat pantai kan.
macam linda dok terpeleot kaki dekat pantai ler.

habis aktiviti tu, santai-santai jelah.
anak-anak pun dah terjun dalam pool.

so, malam temanya baju tidur.
hari tu, ada share gambar blogger Rawiwa sekeluarga dengan baju Kuromi. dia gelak je.
linda follow je, malas nak beriya.
so incikSuami yang sediakan semuanya.
dan santai-santai je, tak fikir nak menang pun.

wefie sikit.

jadi, nie la tema baju tidur nya.
bole la.. bole la.
buat pakai dekat rumah.
dedek dengan kak M dah banyak kali ulang bajunya linda tengok.
video call la.. sebab dah 2 kali weekend tak balik rumah ni.

Alhamdulillah, selesai event nya.
tapi, ada lagi tau entry nya.
tak habis lagi ni.
sebab belum chek out. hihihi.

till then, see ya.

Monday, August 24, 2026

.: PRAC FAMILY DAY - PART 2 :.

Assalamualaikum.

selesai semua dekat Masjid Haji Isa, kami teruskan perjalanan ke Teluk Senangin.

panas lah, pakai sunglasses la.. hihihi
kak M pun nak juga dekat belakang tu.

beratur semut merah ni atas jalan raya.
harap-harap tak menyusahkan pengguna jalan raya yang lain..

akhirnya sampai juga ke Teluk Senangin.
penginapa di Natilia Beach Resort


memang resort tu penuh dengan kami je lah.
total bilik dalam 45.
kami je dah 41 keluarga.
tak tau la kot ada yang sewa 2 bilik ke.

ada jualan merchandise kelab.
linda beli lanyard, anak2 beli keychain tak silap..

ruang tengah.
kiri kanan tu bilik la.
ada 2 tingkat semuanya.
so, kalau nak buat event family day dekat tengah2 tu. ok je.

last but not least.
suka la gambar ni.
tapi, kita buat tone black n white, sebab tone berwarna nampak debab sangat.. hahaha.

nanti kita sambung akviti, ya.

till then, see ya.

Saturday, August 22, 2026

.: PRAC FAMILY DAY - PART 1 :.

Assalamualaikum.


Sebelum berubah tahun, jom la kita up cerita pasal Family Day PRAC kita.

8-9 Ogos 2026, Sabtu dan Ahad bertempat di Teluk Senangin.
Kalau ikut bilangan kereta ada 41 biji semuanya.
Jadi bilangan keluarga pun 41 la kan?
Rasa macam semua negeri ada wakil.
Pahang, Kelantan, Johor, Selangor, Perak, Kedah, Pineng pun ado.

IncikSuami ajak, kita on je.

D-Day , hari Sabtu, geng² northern berkumpul dekat Petronas Seri Iskandar.
Kitorang dah masuk geng Northern la, sebab dah pindah.
Kalau ikut Central. Tapi, mana2 pun boleh.

Dah kumpul² situ, terus gerak ke checkpoint seterusnya.
Masjid Haji Isa, Lekir.

Berkumpul di situ, tunggu geng² Central sampai.

Sambil² tu, minta la kak M snap gambar ibu.
Asyik letak yang comel je, sekali sekala letak la yang tak berapa comel ni.

Wefie pula.
Ok, kat sini kena sidai.. 
Sejam juga dok menunggu geng² central sampai.

Akhirnya sampai juga.
Jom la kita cucun cucun kereta ni.

Wefie lagi.
 
Selesai cucun cucun kereta.
Yeahhh..

PRAC - Premium Red Aruz Community Family Day 4.0 bermula.

Kenapa 4.0??
Sebab dah kali ke 4 diadakan family day.
Kalau ikut, incikSuami dah masuk group antara yang terawal juga..
Tahun 2022, memang awal² pembukaan community.
Tapi, ni baru berkesempatan nak join FD.

Dah selesai snap² gambar, kita teruskan perjalanan.

Till then, see ya.