Lovvu Dobbu

Event Ticker
Showing posts with label penjawatawam. Show all posts
Showing posts with label penjawatawam. Show all posts

Friday, August 28, 2026

.: QUICK UPDATE :.

Assalamualaikum.

Hari ni, lepas rehat baru masuk pejabat.
Tengok dekat PC.

Ada lagi 12 hari nk sampai 9 Sept.
Eh, tiba² berdebar.

Semoga dipermudah segala urusan.
Gembira harus lah.
Sedih, mesti ada juga.
Tapi, perpindahan ini yang diminta, jadi Linda ok. insyaAllah.

Masuk kerja minggu depan.
Wahh, lagi lah.
5 hari je tinggal(hari bekerja).

Moga yang baik² saja, aamin.

Till then, see ya.

Tuesday, August 11, 2026

.: COUNTDOWN BEGIN :.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, Syukur nikmat.
segala puji bagi Allah.

Pertukaran PTPO KKM
dah dapat emel.

dah official.
dah boleh pangkah kalendar la lepas ni.

terima kasih semua yang doakan linda, moga yang baik-baik berbalik pada anda semua, Aamin.
buat partner pejabat yang baca dalam diam.
kak linda doakan urusan Izzah pula dipermudah selepas ini, Aamin.

till then, see ya.

 

Monday, August 10, 2026

.: ALHAMDULILLAH, SOON :.

Assalamualaikum.

Quick update, berita gembira.

JKN Perak
Dapat panggilan daripada JKN (Jabatan Kesihatan Negeri) Perak awal pagi tadi.
Alhamdulillah, list nama pertukaran dah sampai dekat mereka.

Jadi PT yang bertanggungjawab tu, nak ambil maklum balas mengenai diri kita.
Tanya duduk dekat mana, nak mohon pertukaran ke mana.
Sebab diorang nak buat mesyuarat, jadi dah ada list² untuk dimajukan dekat Ketua Jabatan JKN.

Moga dapat tempat yang dimohon.

Tapi, surat personal, tak dapat lagi ni.
Takpelah, hilang dah debo.
Nama dah sampai Perak.. 🤲🤲

Till then, see ya.

Friday, July 17, 2026

.: RAHSIA BAHAGIA :.

Assalamualaikum.

meh nak sharing sikit.


tengok point 1-6 semua betul lah.

paling linda suka point no 1
jangan sibuk jadi hero - sebab sekali rang dah aim, memang hang jela hero nya. hahaha..cukup la limitkan kerja ikut kerja hakiki, selain tu bantu yang tidak berlebihan. bukan la kata suruh berkira, tapi kena buat kira-kira juga supaya orang tak terlebih kira dengan kita. nanti orang ingat dengan kita, semua kira jadi je, tu yang mula depe hempuk macam-macam dekat kita.. hihihi

point no 5 pun suka juga.
datang sharp, balik sharp.
eh hello, waktu kerja ko boleh merayap sana sini, lepas tu sibuk nak OT katanya kerja banyak tak siap. ala setakat kerani gred N1, bukannya semua kerja kita urgent, macam boleh hilang billlion-billion kalau tak buat haritu juga, lainla kalau ko jenis peram keje buat last minit. hahaha.

eh, maaf la terkasar bahasa.
tapi itulah realiti nya.
jadi pejam mata, pekak telinga jelah.
janji kerja part saya jalan.
bos tanya, boleh jawab.
bos nak data, boleh bagi.
tang kerja kita sendiri la.
takkan kerja orang sebelah pun saya kena tahu detail.

till then, see ya.

Friday, June 12, 2026

.: SATU LANGKAH LAGI :.

Assalamualaikum..

Setelah menunggu hampir seminggu, terima panggilan dari KKM bahagian sumber.

Semalam, tengok inbox, ada emel dari bahagian sumber.
Cepat² print dan hantar pada HR di Hospital Selayang yang menjaga Linda.
Nak dapatkan tandatangan daripada bos.

Ni la emel nya.

Menunggu kemain lama, dia suruh kita hantar semula sebelum 16.06.2026.
Nampak macam lama, tapi tolak Sabtu Ahad, kan dah rugi masa.

Tapi, dengan bantuan HR yang pantas.
Alhamdulillah, hari ni dah dapat emel kan semula.
Semoga yang baik² saja dan dipermudah urusan seterusnya.

Mungkin bulan 7 baru keluar surat penempatan (lapor diri ke jabatan baru).
Apa² Linda keep update, lebih pada untuk kenangan diri sendiri je.


Till then, see ya.

Monday, June 8, 2026

.: MANIS ITU KAMI ❤️❤️ :.

Assalamualaikum.

Saja nak buat entry untuk kenangan.

Sepotong kek yang sedap.
Izzah belanja sempena sambutan hari ibu.
Alhamdulillah. Terima kasih, moga murah rezeki selalu.

Penyelia Asrama KKM
Sekali sekala ambik gambar berdua. 
Ke perpustakaan, ambil udara sejuk. Hihi.

Geng mak²
Kami geng mak mak.
Selalu lepak library je lah.

Masa Linda Keje sorang tu, agak bosan.
Menapak la ke library.
Menyembang kejap.

Oh ,yang sorang non Muslim tu, kak Aruna yang menggantikan Biha.
diam tak diam, hampir setahun dah kak Aruna berkhidmat di hospital Selayang.
orang Ayer Tawar, Perak.
linda nak balik perak, dia mohon keluar sebab dah lama posting Perak. hihihi.

semoga tak lama lagi, dapat la linda pulang ke Perak juga. Aamin

till then, see ya.

Friday, August 1, 2025

.: MERAIKAN BIHA :.

 Assalamualaikum.

Jumaat,25 Julai 2025 - waktu rehat tu,Linda and the gang pergi makan dekat Seha Kitchen

Baru kali kedua lah makan dekat sini. 

Pergi makan² sempena Biha dapat tukar ke Lumut.

Nie lah Biha, yang Linda bagi hadiah kain pasang hari tu.

Wefie dengan makanan.
Mula dari Wati(tak berkacamata), Biha, Linda, kak Zu.
Izzah(partner baju pink) takde, sebab dia tengah cuti bersalin.
Naik kerja, tak jumpa lah Biha.

Menu Linda, nasi goreng chicken chop,mengah nak habiskan.
Tu yang hari Jumaat Linda makan sikit je.
Sebab dah planning nak makan dekat luar.

Air lemon ais.

Biha nie pembantu pustakawan, kalau tak silap lah jawatannya.
Freshie lah juga, first posting dekat Hospital Selayang Jan 2022.
Mula² memang suami dia tinggal sama² dekat Sg Buloh,lepas tu suami dia kena pindah ke Lumut.

Tu yang Biha pun mintak tukar ke Lumut.
Rezeki dia, tak lama menunggu untuk pertukaran.
Linda punya pertukaran??
Sebabkan jawatan bertukar hari tu, call bahagian sumber di KKM, kabo nya hold dulu pertukaran ke luar negeri.
Sebab nak clearkan perjawatan dulu.
Jadi, tahun nie, mungkin belum dapat tukar lagi.
Harap² tahun depan dah Setel lah masalah perjawatan nie, Aamin.

bukan senang ye penjawat awam nie nak dapat tukar.
sebab ada orang pernah cakap dengan linda "ala, nanti minta tukar je, bukan susah pun"

Till then, see ya.

Saturday, July 26, 2025

.: SECARA RASMINYA :

Assalamualaikum.

Khamis lepas, tiba² ada wasap dari JnT, ada barang sampai.
Terkejut Linda,sebab takde pun membeli barang rasanya.
Yang beli pun, pakai alamat rumah, nie sampai dekat pejabat.

Tengok-tengok, baru teringat.
Hadiah kenangan Ex- kesatuan Penyelia Asrama.

Ada nama.

Comel je..
Tuala muka.

Selfie sikit dengan hadiah nie..
Kawan kita tegur double chin tu..hihi 
Tak boleh buat apa lah, memang berat naik dengan tak mandang² kiri kanan.
Bila nak insaf tak tau.

Sampai nya hadiah nie,secara rasminya, terkubur lah Jawatan Penyelia Asrama nie.
Bermula SSPA, jumud lah jawatan Penyelia Asrama.
Dari 2013-2024, 11 Tahun bersama jawatan nie, macam-macam kenangan manis pahit yang ada.
Walau apa pun, penyelia asrama tetap terpahat di hati.

Till then, see ya.

Wednesday, October 23, 2024

.: WELCOME TO SSPA :.

Assalamualaikum

untuk penjawat awam, bermula lah sesi pemilihan opsyen SSPA pada 21 OKT - 30 NOV
memilih atau tidak memilih, tetap kena buat pilihan

untuk jabatan linda, kaunter dibuka bermula 21-25 OKT

meriah, penuh koridor 
ada yang kata "entahlah sign je, ai pun tak faham apa-apa"
ada yang respon "nak tak nak kena sign jugak"
ada jugak yang "asal gaji naik, tak kacau pencen kita, sign jelah"

hahaha, macam-macam kan??
bagi Linda yang jawatan jumud nie, memang kena sign lah..
Alhamdulillah, faham lah hak-hak kita
sekarang bila ada pekeliling baru, kalau melibatkan pelarasan gaji,memang kena faham betul-betul, sebab tak nak terkena lagi

terkena apa???
TPG (Tarikh Pergerakan Gaji) linda tak sama dengan rakan-rakan batch yang lain
sampai sekarang tak dapat lagi nak betulkan, yelah, kita dah berpindah jabatan kan
susah sikit lah, orang lain yang salah kira, orang lain kena betulkan.
siapa lah yang nak cuci najis orang lain kan??
tapi, takpelah, yang tu kita abaikan dulu, nanti kita try lah slow talk lagi sekali

saja nak snap buat kenangan

tapi kan, yang heran nya.
borang opsyen SSPA linda , kena tulis sendri...
hahha, sedih betul, geng-geng lain semua siap dah printed.
sabar je lah.

one with our PT (orang sumber yang jaga jawatan linda) dan geng-geng minoriti hospital...hihihi
penyelia asrama -2 orang
pembantu perpustakaan - 2 orang

lepas nie tinggal pembantu perpustakaan je lah jadi golongan minoriti pulak..😅😅
sebab penyelia asrama dah jadi pembantu tadbir..hihihi

semoga dipermudahkan segala urusan kita semua ya...

till then, see ya 

Friday, October 18, 2024

.: SSPA - SISTEM SARAAN PERKHIDMATAN AWAM :.

Assalamualaikum

akhirnya, hari nie baru berkesempatan nak share pasal SSPA


untuk penjawat awam, setelah 21tahun baru ada penambahbaikan dalam sistem saraan Malaysia
yang paling penting, kerajaan nak selarikan..

  •  min masuk kerajaan - SPM (takde dah PMR/PT3 - sebab PMR/PT3 pun dah dimansuhkan)
  • gaji min kerajaan RM1500 (sebab sekarang untuk gred sokongan 2, masih gaji permulaan di bawah RM1500)
  • lagi satu, untuk naikkan min gaji tu sebab nak tarik minat calon selepas nie, sebab dengar nya calon-calon yang ditawarkan jadi penjawat awam lepas nie, dah takde pencen, bercarum dengan KWSP juga
point utama nya lah, yang kita nampak

bawah nie linda share sikit slide-silde yang berkaitan dengan jawatan sendiri je lah

umumnya, ada 23 jenis jawatan yang dijumudkan
maksudnya, takde dah jawatan tu selepas nie

yang nie untuk penjumudan bagi jawatan yang syarat min kemasukan melalui SPM
no 6 tu - Penyelia Asrama (jawatan Linda lah tu)
di tukar kepada skim Pembantu Tadbir (Pengoperasian)

perasaan ??  sayang dengan jawatan nie, walaupun baru bertugas selama 11 tahun (dah 3 tempat kerja)
penyelia asrama(PA) - lebih kepada tugas menjaga aset bangunan asrama dan isi dalam nya, so, sebebnarnya tugas banyak meronda lah
kalau pembantu tadbir(PT) - banyak buat kerja-kerja pengurusan lah, duduk dalam ofis je

tapi, takde lah kata penyelia asrama nie tak boleh buat kerja pengurusan, kita buat je.
asrama sendiri ada pengurusannya, tang asrama, pengurusan+pentadbiran, PA lah yang buat sendiri

borang tawaran option pun lain-lain
saja lah tepek sini buat kenangan diri sendiri sepanjang bergelar penjawat awam nie

kalau ikot klausa kat atas nie
better lah sign je option SSPA tu
kalau tak sign, next 2 year naik pangkat secara time based, automatik termasuk dalam sistem SSPA jugak, dah rugi tak dapat pelarasan gaji

oh, lupa, kalau siapa yang sign SSPA sekarang nie, dapat la pelarasan gaji.
naik lah sikit gaji. Alhamdulillah..
kalau tak pilih SSPA. tak dapat pelarasan gaji

yang nie pulak untuk pengiraan naik TBK dan kekananan
so, boleh berpandukan rajah nie
macam skim linda yang dalam kotak hitam tu
sebab bertukar ke skim yang setara (maknanya sama-sama min kemasukan SPM)
pengiraan untuk naik pangkat secara time based tu tak kacau pun, so ok je

jadi bagi Linda, pilih je lah SSPA

sebab jawatan pun dah jumud
dapat lah pelarasan gaji sikit
yang penting pencen tak kacau

sekian , nak jugak into the scene

till then, see ya