Lovvu Dobbu

Event Ticker

Thursday, August 27, 2026

.: KISAH ISNIN :.

Assalamualaikum.

Kisah Isnin, nak juga abadikan dalam blog.

Tech Radicare , Abang Ali belanja nasi Arab sempena nak berpisah.
Alhamdulillah, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari.
Moga murah rezeki selalu abang Ali, nanti kita jumpa kat Perak Aje.
Udah abang Ali pun orang Kuale Aje.. hihi.

Petang melalut sampai Selayang Mall.
Masuk Watson nampak lip scrub ni, RM10 je.
Haa, ambil la satu.
Nak scrub bibir, letak lip balm sekali, kot² la boleh jadi bibir Angelina Jolie ke.. 😆😆

Anak yang sentiasa tahu, bila je ibu gaji.
Dia pun tuntut bahagian dia. 
Memang ibu kerja untuk anak² pun, tapi ibu tetap beli apa yang ibu suka. Hahaha.

Kasut bola abang Mueez, nak yang warna pink pula tu.
Tak sampai lagi ni, kawan tu ada game hari Ahad nanti.
Gelisah la tu, orang tak sabar nak pakai kasut baru ni. 🤭🤭

Sedar tak sedar, dah nak sampai hujung Ogos.
Lagi berapa hari je nak jadi warga Selayang.
Perasaan bercampur baur.
Doa yang sentiasa meniti di bibir, "semoga dapatlah tempat yang dimohon, aamin".
Takmo fikir the worst (baca kena PJJ lagi walau dalam Perak).
Doakan sekali untuk Linda ya. Terima kasih semua.. 🤗🤗

Till then, see ya.


P/s - busy 2 hari ni, masuk kursus..banyak cerita hutang ni, BW pun tak sempat.

30 comments:

  1. amboi..kasut bola warna pink ye.haha

    ReplyDelete
  2. Biasalah tu kena cukai dgn anak2 hehe...
    Aamin aamin utk doa Linda

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sokmo sokmo la kena cukai..hahaha.. nanti mak nya cukai bapaknya pula...

      Delete
  3. Salut lah, Abang mau pakai warna pink 😄👍👍. Padahal ntah siapalah yg buat warna2 ini jadi dibuat pink wanita, biru lelaki. Semua warna padahal bagus dan cocok utk siapa saja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu fanny.. pakai saja lah warna apa pun.. boleh je..

      Delete
  4. apo ni Abg Mueez...pilih pink...hehehe...xpe la dah dia berkenan kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. tak tau dia.. nak warna pink.. jgn tak pakai sudah, babap nanti

      Delete
  5. aamin...moga dipermudahkan untuk linda.

    nasi arab tu nampak sedap

    ReplyDelete
  6. Yelah rezeki yg sedap rugi kalau tolak hehehe. LInda nak dapat tukar ke perak ya? harapnya dapat la dekat dengan rumah tak perlula pjj ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rezeki kan..
      A ah kak, alhamdulillah..dapat tukar ke Perak . Aamin YRA..
      Mudahan dapat yang dekat² rumah je..

      Delete
  7. amboi pink..boleh geng la kita hehehe ya abg Mueez

    ReplyDelete
  8. Ammar pun baru beli kasut bola warna biru =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bertambah la koleksi kasutnya.. kalau sek men nanti betul² main, jadi player sekolah ke.. kita cari la yang mahal sikit..hihihi

      Delete
  9. Cantik betul kasut bola sepaknya. Kongsi rezeki dengan anak-anak jadi satu kenangan manis dalam hidup apabila dikenang kemudian hari. Moga dilipatgandakan rezeki sekeluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak.. insyaAllah.. memang ada je rezeki untuk anak².. semampu kita la..

      Delete
  10. Anak2 memang tau je kan hari gaji ibu terus tuntut tu. Semoga Linda dapat tempat yang dimohon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul la tu.. ibu yang kerja ke, diorang yang kerja.. hahaha..
      Aamin YRA

      Delete
  11. wahhh.. sedap nasi arab.. semoga dimurahkan rezeki utk anak2.. amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. rezeki lunch hari tu makan nasi arab..

      Delete
  12. Alhamdulillah rezeki orang belanja. Ate, orang Perak juga kome.
    Hihi...main hentam je cakap loghat perak kan.

    Comel pulak tengok lip scrub tu. Murah harganya ada 4 bekas.
    Trend kasut bola warna pink sebab star ramai pakai pink kan.
    Semoga Linda dapat berpindah tempat dekat-dekat rumah je nanti. Aamiin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ..
      Owh, yeke tengah trend? Lind pun tak tau.. hihi.
      Aamin amin YRA

      Delete
  13. Pinkkkk.... Senang ibu nak cari mana anak kat tengah padang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi tula, ibu tak p pun.. malas nak berpanas.. hahaha...

      Delete
  14. sedapnya nasi arab tu! moga linda dpt tmpt posting yg terbaik utk linda

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin YRA..
      Alhamdulillah, rezeki dapat makan nasi arab

      Delete
  15. semoga dapat tempat yang dekat dengan family....

    ammi pun sama, baru harini sempat nak BW sebab mmg dari pagi dok melanguk malas nak buat kerja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin YRA.. terima kasih kak..
      Ni dok clear² PC je ni..

      Delete