Lovvu Dobbu

Event Ticker

Monday, August 31, 2026

.: MERDEKA 69 :.

Assalamualaikum.

Salam kemerdekaan buat semua rakyat Malaysia.
Sama sama lah kita menjaga keharmonian ini, jangan sampai negara tergadai lagi, Aamin.

"Malaysia MADANI, Kesejahteraan Dinikmati"

Gambaran visi kerajaan untuk mewujudkan sebuah negara yang maju, inklusif dan harmoni, di mana setiap individu dapat merasai kesejahteraan secara menyeluruh. istilah “MADANI, yang berakar daripada konsep tamadun (civilisation), merangkumi nilai-nilai keadilan, kebajikan, dan kemanusiaan.

Fokus utama tema ini adalah untuk memastikan bahawa kesejahteraan bukan sahaja dikecapi oleh golongan tertentu, tetapi oleh seluruh rakyat tanpa pengecualian.

Logo Merdeka 2026

Logo Malaysia MADANI dijadikan sebagai logo rasmi HKHM pada tahun ini kerana reka bentuk logo ini berteraskan Malaysia MADANI yang menghasilkan corak simbolik “tangan yang sedang diangkat, untuk melafazkan ikrar Rukun Negara”.

Mewarna pun nak ikut tema merdeka.

Semarakkan semangat kemerdekaan anda.
Semoga Malaysia terus aman damai dan sejahtera, aamin.

Till then, see ya.

No comments:

Post a Comment