Lovvu Dobbu

Event Ticker
Showing posts with label mohontukar. Show all posts
Showing posts with label mohontukar. Show all posts

Friday, June 12, 2026

.: SATU LANGKAH LAGI :.

Assalamualaikum..

Setelah menunggu hampir seminggu, terima panggilan dari KKM bahagian sumber.

Semalam, tengok inbox, ada emel dari bahagian sumber.
Cepat² print dan hantar pada HR di Hospital Selayang yang menjaga Linda.
Nak dapatkan tandatangan daripada bos.

Ni la emel nya.

Menunggu kemain lama, dia suruh kita hantar semula sebelum 16.06.2026.
Nampak macam lama, tapi tolak Sabtu Ahad, kan dah rugi masa.

Tapi, dengan bantuan HR yang pantas.
Alhamdulillah, hari ni dah dapat emel kan semula.
Semoga yang baik² saja dan dipermudah urusan seterusnya.

Mungkin bulan 7 baru keluar surat penempatan (lapor diri ke jabatan baru).
Apa² Linda keep update, lebih pada untuk kenangan diri sendiri je.


Till then, see ya.

Thursday, June 4, 2026

.: PANGGILAN YANG DITUNGGU :.

Assalamualaikum.

Quick update.
Alhamdulillah, One step closer.

"Assalamualaikum puan, puan masih berminat lagi ke untuk pertukaran"

"Wslm, ya saya masih berminat. Bertukar ke Perak kan?"

"Betul, tapi nanti masuk Perak, tak pasti dapat mana pula"

"Takpe encik, nanti saya call JKN Perak pula"

"Bila ye tarikh pertukaran nya encik?"

"Belum ada tarikh lagi, kami baru nak call² orang ni"

Terdengar tawa kecil di hujung talian.
Mesti encik tu faham perasan Linda yang terlalu eksaited ni.

Alhamdulillah. Semoga dipermudah segala urusan.
Semoga dapat tempat yang berdekatan dengan rumah Tronoh. Aamin YRA.

Mohon doakan untuk Linda ya kawan² blogger semua, moga yang baik² berbalik untuk anda semua juga, Aamin.

Till then, see ya.

Thursday, April 23, 2026

.: PERINGKAT SETERUSNYA :.

Assalamualaikum.


kan linda ada mohon tukar.
lepas setahun, baru berani nak call Putrajaya semula.
Alhamdulillah, Pembantu Tadbir (PT) yang urusakna bahagian pertukaran tu maklum kan yang waran perjawatan dah dapat.
gara-gara jawatan Penyelia Asrama dijumudkan.
jadi borang pertukaran linda dah bergerak bersama-sama borang pertukaran Pembantu Tadbir juga.

bila linda tanya bila agaknya ada mesyuarat pertukaran.
jawapannya "tunggu kalau ada calon baru nanti" means kalau ada intake baru lah.
semoga tak lama la menunggu, aamin.

tapi, risau juga dengan intake baru.
risau kena sailang dengan intake baru.. hahaha
sbab selalu intake baru, diorang dapat je negeri yang sama dengan yang diorang mohon.
jadi yang minta tukar ni, risau tak berganjak je.

apa pun, one step closer dah la.
sebab waran dah ada, dan pertukaran dah diambil kira, dari di hold je.

apa-apa pun, mohon doakan ahli panel mesyuarat pertukaran lembut hati untuk luluskan permohonan pertukaran linda, Aamin.

till then, see ya.

 

Saturday, November 1, 2025

.: TAHUN KEEMPAT :.

Assalamualaikum.

Genap 4 tahun di Selayang.
Harap² takde lah yang ke 5.. kikiki..

Tengok kat FB kot² ada gambar.
Tapi ada nie je, nampak sangat tengah memberontak masa datang Selayang. 😆😆

Apa pun, banyak pahit manis.
Perjalanan sepanjang di Selayang.

Nov 2021- feb 2022 duduk sorang-sorang je dekat Selayang. (Abang Mu'az dan abang Mueez terpaksa tinggal di kampung, sekolah dekat sana. Kak M dengan dedek duduk dengan ayah di Melaka)

Mac 2022 - Feb 2023 duduk dengan kak M, dedek. (Mula lah perjalanan ibu yang tetiap minggu drive kejap balik Melaka, kejap balik kampung. Kalau duit takde, duduk rumah diam²..hahaha)

Mac 2023 - Mei 2024 abang Mu'az dengan abang Mueez, Linda dah bawa duduk Selayang..tinggal lah kami 5 beranak, terkejor² gak hantar, ambil anak sekolah. Waktu nie, kita banyak balik Melaka je lah.

Jun - Disember 2024 , incikSuami dah mula start bercuti dan habiskan kursus dekat PERHEBAT Sg Buloh, jadi duduk serumah lah kami.

Januari 2025 hingga kini, incikSuami dah jadi YB, Linda pun senang hati.. hahaha. Tapi, pertukaran tetaplah dihantar. Kita nak balik kampung. Hihi 

Semoga ada rezeki nama naik tahun depan..aamin.

Till then, see ya.

Tuesday, March 11, 2025

.: BELUM ADA REZEKI :.

 Assalamualaikum.

ingat tak linda pernah share dekat sini pasal status pertukaran linda

so, baru-baru nie Izzah ada bagi info yang senarai nama yang dapat bertukar dah sampai dekat JKN Selangor.
jadi, linda debo lah juga menunggu kan, mana tahu ada nama.
tungu punya tunggu, tak dapat pun emel ke, surat ke.
so, minta Izzah tu clarify dengan informer dia, kikiki.

sekali cek nama, takde dalam senarai.

ok, agak kecewa juga.
tapi, takpelah, mungkin belum rezeki linda lagi untuk bertukar.
linda pun berat hati juga nak bertukar, sebab anak-anak dah seronok sekolah dekat sini.
nanti nak pindah tempat baru, nak sesuaikan diri lagi.

takpelah, insya-Allah, rezeki tu Allah akan bagi di saat yang tempat, yang memang sesuai untuk kita..Aamin

jadi linda scroll dekat google.
pasal status yang keluar dekat bahagian pertukaran kita yang dalam HRMIS.
nak tahu permohonan kita dah sampai mana.

jadi linda jumpa yang nie.

status pertukaran linda sekarang masih "dalam tindakan urusetia"
harap-harap bila next meeting, masuk lah nama dan status bertukar lah kepada "untuk kelulusan mesyuarat" .. Aaminn

dekat link nie, ada banyak soal jawab mengenai HRMIS.
geng-geng penjawat awam boleh lah selak-selak kalau ada kekeliruan atau nak lebih pemahaman.

till then, see ya.

Wednesday, January 22, 2025

. : WORDLESS WEDNESDAY 2/25 :.

Assalamualaikum 

Alhamdulillah... 
Cek HRMIS status permohonan dah bertukar "dalam tindakan urusetia"
Maknanye, permohonan dah diangkat ke putrajaya dan nama masuk dalam list meeting. 

Mohon doa rakan2 blogger semua, supaya linda dapat bertukar ke tempat yang dimohon.
Mana tahu, berkat doa kalian, ada rezeki linda bertukar. Amin. 

Owh, linda takde up ye.. 24.12.2024 lepas, linda ada buat permohonan tukar. Alhamdulillah pakai HRMIS sekarang nie, senang nak track progress tukar kita. 

Till then, see ya.