lovvu Dobbu

Friday, November 21, 2025

.: 4 PERTANYAAN DI PADANG MAHSYAR :.

Assalamualaikum.

Salam Jumaat yang berkah, hujan mengiringi subuh hari ini.Alhamdulillah.
Kita selesa waktu hujan di sini, tapi di Gaza jauh sekali. Ya Allah, permudahkan segala urusan mereka.aamin.

Pertanyaan di Padang Mashyar
Di Padang Mahsyar nanti, inilah perkara yang Allah akan tanya kan.
uMur,ilmu,harta dan tubuh.
Apa yang kita lakukan dengan mereka?
Salah satu sebab perlu menjaga kesihatan badan, kerna ia kurniaan Allah, harus kita jaga amanah ini.

Moga segala amal kebaikan yang kita lakukan, dipandang oleh Allah walaupun sebesar zarah.
Moga dijauhkan dari segala perkara yang menyimpang dari jalan Allah.
Aamin Ya Rabbal 'Alamin.

Till then, see ya.

Thursday, November 20, 2025

.: SESEORANG YANG DIKENALI :.

Assalamualaikum.

Hari ni, gomen gaji.. awal lah, sebab bulan lepas pun awal.
Dekat Hosp memang selalu ada jualan bila time gaji ni.

Tengah berjalan tu, tiba² nampak muka yang dikenali.
Kalau staff hosp tu, biasalah.
Ni, orang lain.

Snap sikit, yang berbaju biru tu.
Hantar masuk group besar family sebelah mak.

Selfie sikit, bila dah habis dengan prospek tu.
Faiz nama nya, anak sepupu Linda.
Mak dia, anak buah mak linda.
Jadi, Faiz panggil Linda, CikLinda lah.

Eh, ada lagi yang dikenali lah.
Beli apa tu?kikiki

Linda sampai pagi tu, dah round kejap.
Belikan nasi lemak untuk cleaner, karipap sorang seketul.
Linda pun makan karipap seketul, minum nescafe bancuh dari rumah.
Lepas tu, buat kerja ke sana sini, pukul 11 lebih baru masuk pejabat.
Tiba² kak Zu, librarian ketuk pintu.
Meronda sekali lagi, lapar punya pasal.

Beli nasi dagang.
Nasi dia sedap, tapi ikan dia macam masin sangat..
Ke jelatah tu yang terlebih cuka.??
Jenuh nak perabih.
Alhamdulillah, kenyang.

Till then, see ya.

.: THROWBACK THURSDAY :.

Assalamualaikum

ada gambar, ada entry.. ehhh.. hahahha

masa ni dah duduk Selayang.
balik Melaka mengundi, tak ingat lah PRN ke PRU.
nak dijadikan cerita,sebulan lepas tu, nak renew  roadtax kete, baru perasan IC takde dalam simpanan.
huru hara la cari, tapi tak jumpa.
risau lah masa tu, masa yang sebulan sebelum tu , tak tau pun takde IC, ulang alik Melaka la, ulang alik balik kampung lah..helok je.
bila dah tau, seram sejuk.
terbang lah RM100 pula buat IC baru. adoi.

nie pertama kali berkursus dekat luar Melaka, selepas duduk sebumbung.
tak boleh nak bermalam, sebab incikSuami selalu takde dekat rumah.
jadi takde yang nak jaga anak 4.

majlis ni, kalau ikut 8 tahun lepas.
tapi, baru up dekat FB setahun selepas tu.
5/6 je yang ada.
adik perempuan sorang tu, peel sikit.
kalau ada yang tak kena, dia terus buat perangai ikut kepala dia.
tu yang takde dalam gambar.
sampai dah jadi emak anak 4 pun sama je perangai.
tu yang malas nak tegur lebih2, boleh merajuk tak balik kampung.
dalam banyak2 adik beradik, mesti ada perangai yang gitu kan??

pengantin baju emerald - abang dengan kak ipar (duduk Kelantan)
pengantin baju turqoise blue - adik dengan adik ipar (duduk batu pahat)

tahun depan nya, dapat tau adik ipar mengandung. 
rupanya sekali dengan linda mengandung.
hahaha, pengantin lama pun kalut nak lawan pengantin baru.
tu yang anak sulung dia lala, sebaya dengan dedek.
kalau ikut due date pun sama, tapi lala keluar awal 4 hari.
anak bongsu linda, anak sulung adik.

eh, budak kecik dalam gambar tu semua anak linda.
dekat linda, kak M dengan abang Mu'az
dekat pengantin abang Mueez.

till then, see ya.

Wednesday, November 19, 2025

.: WORDLESS WEDNESDAY 28/25 :.

Assalamualaikum

boleh bangga la sat pakcik nie.
dia siapkan topi dedek untuk hari kanak-kanak dari A-Z.

tema : Funky Hat.
tapi, kita buat biasa2 je..
majlis nya 27 Nov nanti, tapi buat hujung minggu ritu, sebab nanti tak sempat nak buat dah.
minggu ni, plan nak balik kampung.
minggu depan kak M dengan dedek exam sek KAFA pula.
dah siap, tenang sikit.

till then, see ya.

 

Tuesday, November 18, 2025

.: DEDEK KE ULAT? :.

Assalamualaikum.

Minggu UPKK, anak² yang lain digilirkan untuk hadir ke sekolah.
Macam sek men yang dah mula SPM ni.

Jadi hari ni, giliran tahun 2 untuk sekolah.
Dedek dengan kak M duduk dekat rumah je lah.
Sekali, incikSuami share gambar dedek.

Seronoknya dedek tidur.
Macam ulat dalam kepompong.
Siap penutup mata lagi.

Waktu subuh tadi pun sama, berselubung dia dengan selimut tu.
Sejuk lah tu, dari minggu lepas dok tidur dekat hall.
Dia angkut Toto kecik dia, lepas tu tido depan TV.
Dia tidur sorang je, ntah kenapa tiba² tak nak tidur dalam bilik pula.
Esok pagi, dia kemas tempat tidur dia.
Bawa semula Toto ke dalam bilik.
Macam² perangai kan anak².?
Ada je, ibu ayah layankan je lah.
Tapi, memang kena ajar suruh kemas tempat tido.
At least, takde lah teruk sangat perangai tu.. hahaha.

Till then, see ya.

.: RANDOM BY KAK M :.

Assalamualaikum.

Sabtu, 8 Nov 2025 - sekitar majlis perkahwinan sepupu sebelah suami (Wani) di Penang tempoh hari.
Linda nak up dulu gambar kenangan yang random dari kak M.

Dalam keriuhan dah selesai upacara akad nikah. 
Mata meliar mencari kak M. Sebab tak nampak, dan tak datang pun pada Linda.
Sekali, pandangan mata Linda dikunci bila nampak aksi random kak M.
Terus ambil telefon, cepat² rakamkan momen ni.
Kalau ada rezeki, kak M dah besar. Boleh la dia tengok balik perangai dia tu.

kak M random
Tengok² dia bersenang lenang dekat situ.

kak M random 1
Eh, apa pula yang dibuat nya??

kak M random 2
Wah, seronok ehh.. siap baring² lagi.
Linda tanya kenapa kakak buat macam tu?
Karpet dia tebal ibu, selesa nak baring².

Adoi, macam² jawapan.

Ingatkan habis kat situ je, rupanya.. kak M buat perangai random dekat venue majlis perkahwinan pula.
lepas pengantin datang berarak dengan rombongan lelaki.
Linda tak nampak dah kak M.
takpelah, ada lah tu dekat mana mana.
takkan lah hilang pula.

sekali linda masuk area pelamin dan kawasan makan beradap (dalam dewan kecil, sebab ada aircond), kawasan makan dekat area luar-luar.
tercongok pula kak M depan pelamin tu.
padahal dalam tu rombongan pengantin lelaki je yang ada.
kiranya belah perempuan, ada pengantin je.

kak M random 3
kejap berdiri.

kak M random 4
kejap duduk.

eh, seronok pula kak M.
bila tanya kenapa kat dalam tu? bukan kenal sesiapa pun.
boleh dia jawab "sejuk dekat dalam nie, lepas tu nak tengok pengantin"

memang dia dekat dalam tu saja, sampai time ambil gambar dengan keluarga perempuan.
sampai lah photoghapher cakap "adik nie, dari tadi dia ada dekat sini"
adoi, macam-macam eh.. random sangat nie.

till then, see ya.

Monday, November 17, 2025

.: UPKK DAN MSQH :.

Assalamualaikum.

Ibu berdebar rasa hari ni.
Tapi, tenang juga lah hati. Nampak abang Mueez pegang la juga buku.
Malam tadi pun dia join live Ustaz Walid dekat tikTok.

Semoga dipermudah urusan menjawab soalan UPKK, diterangkan hati, di ilhamkan jawapan supaya dapat menjawab dengan tenang buat Mueez Safwan dan semua yang mengambil peperiksaan UPKK bermula hari 17-20 November nanti, aamin.

Share jadual UPKK 2025 sini.

Juga saat getir buat warga kerja Hospital Selayang.
Semoga dipermudah urusan dan lulus setiap standard yang diperlukan untuk MSQH, aamin.

Banner dekat lobi bersalin.
Cepat cepat je nak ambil gambar.
Malu pula orang tengok, dah lah beruniform pink, senang orang cam.kikiki.

Till then, see ya.

Sunday, November 16, 2025

.: KISAH KASUT :.

Assalamualaikum.

Khamis, 13Nov2025 - Memang cadang² nak beli kasut kerja baru.
Hari tu dah beli, tapi ketat pula. Linda dah bagi dekat cleaner, sebab diorang pun kerja pakai kasut hitam.
Alhamdulillah, muat.
Nak repeat beli lagi, belum lagi Chek out.
Pakai yang mana ada dulu.. hahaha..

Lama juga kasut ni, 3 tahun lebih kot.
Jenama xes, dah menggelupas pun.
Memang minta yang baru la tu.

Petang nya ke Auditorium.
Nama naik masuk koir untuk perhimpunan bulanan November. 🤣🤣
Tengah berjalan tu, dengar bunyi benda terseret. Ingat kan karpet Audi tu tercabut ke. Rupanya.....

Tapak kasut yang tercabut. 🤣🤣

Close up sikit.

Nasib baik boleh lagi nak berjalan balik pejabat.
Memang ke tong sampah terus la kasut ni.
Agaknya, kasut tu dah baca niat Linda nak beli yang baru.
Merajuk lah dia.. hihi.
Tapi, elok juga tercabut tapak.
Kalau tak, sayang juga nak buang.

Till then, see ya.

Saturday, November 15, 2025

.: TAK TAHU NAK TULIS APA :.

Assalamualaikum.

Banyak benda nak tulis, tapi tak tau nak mula dari mana.

Jadi kita up yang ni dulu la. 🤭🤭

Siapa tahu cerita ni, kita geng.

Kalau nampak, memang tak kerdip mata dah.
Ulang lah banyak kali pun.

Till then, see ya.

Friday, November 14, 2025

.: HIJAU, TAPI LAIN :.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, hampir siap..
Tinggal lagi 4 kuntum bunga, sekali daun tak cukup pula.
Memang dah order yang lain, tengah tunggu sampai.

Sampai juga selepas 4 hari buat pesanan.
Besar kali ni, sebab dah tahu perlukan berapa banyak.
Terus je beli semua.

Ada warna hijau, ungu dan putih.
Next nak buat bunga warna ungu pula.
Kakak angkat last minit beritahu nak buat majlis kahwin.
Kena pulun lah. Nak buat juga untuk kak Husna.

Tapiiii... Kannan...

Warna hijau nya tak sama 🥹🥹

Sehingga entry ini dibuat, Linda dah pergi Eco, dah pergi Mr DIY.
Takde warna hijau gelap macam tu.
Kena bagi diskaun dekat bakal pengantin macam ni.
Sebab warna daun tak sama semua.

Till then, see ya.

.: ZIKIR SELEPAS SOLAT :.

 Assalamualaikum.

Umum tahu, membaca zikir selepas solat adalah amalam sunnah yang dianjurkan, seperti membaca "Subhanallah""Alhamdulillah" dan "Allahuakbar". Masing-masing 33 kali dan diikuti dengan bacaan tahlil terakhir untuk melengkapkan 100 zikir. Amalan ini membantu menghapuskan dosa-dosa kecil dan menguatkan hubungan dengan Allah SWT.

sahaja linda kongsikan untuk peringatan diri sendiri juga.
yang selalunya, nak cepat je lepas solat tu.

Zikir utama selepas solat:
  • Bacaan tasbih, tahmid, dan takbir: Baca "Subhanallah" (سُبْحَانَ اللهِ), "Alhamdulillah" (اَلْحـَمْدُ لِلهِ), dan "Allahu Akbar" (اَللهُ أَكْبَرُ) masing-masing sebanyak 33 kali.
  • Bacaan tahlil: Sempurnakan bacaan dengan satu kali tahlil: لَا إِلَٰهَ إِلَّا اللهُ، وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلكُ، وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ.


Untuk peringatan diri sendiri juga, jangan cepat sangat nak bangun lepas habis solat tu.

till then, see ya. 


Thursday, November 13, 2025

.: THROWBACK THURSDAY :.

Assalamualaikum.

Selagi ada gambar nak imbau.
Segmen throwback Thursday ni, akan wujud.

Thursday
Majlis cukur jambul abang Mu'az..
Ibu pun pakai shawl ala² Yuna.. hahaha.
Masa ni, incikSuami tengah bercuti sebulan, lepas tu pergi Lubnan semula.
Pertama kali jumpa abang Mu'az selepas 2 bulan abang Mu'az lahir.

Thursday 1
Geng penyelia asrama yang sama batch.
Kursus sama di Kolej Ulu Kinta.
Sekarang tak jumpa dah macam ni, FB, wasap je lah.


Thursday 2
Masa kecik kecik senang je semua nak beraksi depan kamera.
Dah besar, susah betul nak masuk dalam gambar.
Masa ni, dedek baru 6 bulan.
Tak join lah dalam gambar.. kikiki

Thursday 3
Dekat Melaka, kadang kadang paksa incikSuami mai kolej time lunch.
Waktu dia off duty lah, sebab nak makan sama sama.
Kadang kadang Linda saja ambil cuti, pergi tengok wayang berdua.
Anak 4 kan duduk rumah pengasuh dan taska sampai petang.
Jadi, takde kalut nak balik tengah hari.

Sekarang, susah sikit nak dating berdua.
Nak g pasar malam pun, semua nak ikut. Hahaha..

Seronok mengimbau ni, tengok gambar, macam macam memori yang datang.
Itulah orang cakap "memories remains".
Eh, betul ke? Kikiki.

Till then, see ya.

.: NZ CURRY HOUSE @ WANGSA MAJU :.

Assalamualaikum.

11.10.2025 - dah sebulan entry ni terperam dalam draft.
sehingga linda publish dah 2x lah repeat sini.
macam wekeend ni nak pegi lagi je.. hihihi

rupanya, dekat area belakang amway Wangsa Maju tu je.
selalu juga Linda ke Amway tu.

dah banyak kali plan nak pergi, sebab nak cuba nan cheese.
nan cheese approoved.
besar, cheese banyak. harga murah juga dari tempat lain.
memang repeat sini je lah kalau nak makan nan cheese.

dedek makan nasi dengan ayam goreng.

abang Mueez makan nasi beriani.
dah 2x datang, pun dia cari beriani juga.

gambar nan cheese mestilah ada.
disertakan dengan kuah dhal.
tak boleh go pula dengan kuah nya.
kali kedua datang, linda minta kuah kari.
linda makan memang share dengan kak M.
tak boleh habiskan sorang-sorang.

besar nan cheese dekat sini.
RMSY pun kecik sikit rasanya. harga pun mahal sikit, kuah harga lain.
lepas tu, pernah makan dekat mamak depan UITM Selayang tu, boleh tahan la. tapi kecik sikit, harga lagi mahal weyh, dalam belas2 juga.
tapi, NZ punya lagi berbaloi lah.

masa gambar nie, total makan RM58 gitu.
nan cheese - 3 keping
yang makan nasi - 2
air - 6

teringin pula nak makan lagi..
sabtu malam nanti kita repeat lah.

till then, see ya.

Wednesday, November 12, 2025

.: ELEVEN ELEVEN :.

Assalamualaikum.

11.11 semalam shopping apa je?
linda takde beli apa pun. sebab takde pula target nak beli apa-apa.
tapi kan, Zus kan selalu bagi notification.
jadi nya, dari siang bawa ke malam, tak keruan je.. hahaha.
Malam lepas maghrib, terus la kita godek godek sebab nak order juga.
Okei, memang bahaya ya app Zus ni.

11.11
Kalau baca info,katanya 1 cup dapat harga RM6.60. tapi ada list untuk air jenis apa je.


11.11 a
Tapi, takkan lah nak order 1 je.
Order lah 3 item.
Linda punya iced buttercreme tu.
IncikSuami Linda pilih kan double espresso tu. Nasib baik dia kata boleh tido malam.hahaha
Lepas tu, pilih juga sandwich tu.
Memang ada promo sampai 30Nov.

11.11 b
Kalau ikut, amaun sebenar RM31.02.
Tolak diskaun RM6.60.
Linda bayar RM24.40.

11.11 c
Yeay, dah pickup.
Tapi, kenapa meja Mixue?
Sebab habuan anak 4 tu pun ada juga.

11.11 d
Suka matcha atau suka kopi?

11.11 e
Sedap.
Boleh repeat.

11.11 f
Tinggal perisa Boba dengan coklat Oreo je.
Strawberi dengan mangga habis.

Janji Mixue.
Anak 4 on je.

Semalam merempit je dengan abang Mueez, senang sikit cari parking.
Kalau yang tahu, area Selayang Mall tu, memang berchenta cari parking.
Kalau naik kereta, better ada orang lain drive. Jadi boleh drop off je.

Dah, tutup mata je lah dengan Zus ni.
Lepas gaji pulak. Hahaha.

Till then, see ya.

.: WORDLESS WEDNESDAY 27/25 :.

Assalamualaikum

WW

Hujung bulan ada join game bowling pengurusan.
Siap beli baju sama untuk team "Jiwa Kacau"

Menang kalah belakang kira.
Semangat tu kena ada. Kijiji

Till then, see ya.

Tuesday, November 11, 2025

.: NASI SEGERA :.

Assalamualaikum.

Meh nak jawab soalan
Nasi frozen
Blogger Tot ada tanya pasal nasi segera dalam entry NIE.

Jadi, hari ni, linda bawa bekal nasi segera tu buat makan lunch.
Gigih kan nak tunjuk. Kebetulan hari ni tak masak tengah hari.
Sebab kalau kat rumah, tak dan nak amik² gambar ni.
Dan kat rumah, Linda tak makan nasi ni.. hihihi

Nasi frozen 1
Ni bungkusan nasi segera tu.

Nasi frozen 2
Cara penyediaan ada ditunjukkan.
Mudah je.

Nasi frozen 3
Isi dalam dia.
Nasi segera.
Pek aluminium foil tu lauk dia.
Yang ada tulisan Cina tu, pek pemanasan dia.

Nasi frozen 4
Bentuk dia macam ni.
Kalau rendam dalam air, nanti dia akan kembung dan menghasilkan haba panas.
Air tu akan mendidih didih, macam masak air panas 
Itulah cara nya memasak nasi dan lauk tu.

Nasi frozen 5
Ni Linda dah keluarkan lauk dan nasi.
Mula mula macam beras lah, kena letak air paras bekas tu.
Nampak kan cahaya air tu.?

Lepas tu letak pula air dekat pek pemanasan tu.
Dekat sini, Linda tak sempat nak ambil gambar.
Tengah isi air, tiba tiba dah meletup² air nya..pek nya dah kembung.
Terus tutup je lah.

Nasi frozen 6
Bekas putih nasi tadi, masuk dalam bekas hitam ni, dan tutup.
Dalam masa 15minit, baru buka tengok.

Nasi frozen 7
Tara, selepas 15minit.
Beras tadi dah kembang jadi nasi.
Lauk pun dah panas.

Ok, ni baru kali kedua Linda makan.
Tapi, tak berkenan sangat dekat nasi je.
Rasa nasi segera lah..hahaha..tak macam nasi kita masak, ada janji tu.
Lauk ok, berasa.
Jadi, untuk kecemasan, bawa pergi camping. Sesuai lah.

Mana beli?
Hahaha..yang ni Linda tak tau, sebab incikSuami yang rajin scroll TikTok .
Mungkin boleh search la lepas ni.
Banyak je dah makanan segera macam ni sekarang, sedap dengan tak sedap je.

Till then, see ya.