lovvu Dobbu

Sunday, November 2, 2025

.: TEBUS SARA :.

Assalamualaikum.

Maka ini, selesai lah pemberian SARA kami suami isteri.
Linda dah selesai beli masa balik Tronoh cuti sekolah bulan 9 hari tu.

Jumaat lepas, baru beli barang² dapur.
Jadi incikSuami decide lah untuk habiskan SARA.. berbaki RM84.40.

Cashier tu yang tolong pilihkan barang² untuk cukupkan nilai tu.

Jadi, dalam gambar nie lah barang² nya.
Kena tambah lagi 80sen.

Tapi, bukan nie je yang kami shopping.
Ada lagi yang lain, yang dibayar lain.
Yang bayar lain tu pun RM200 lebih gitu.
Memang perbelanjaan bulanan kami dalam RM400 lebih juga lah.
Untuk yang kering² dan tahan lama.
Untuk bahan basah, memang peruntukan RM100 seminggu.
Gitu.

Alhamdulillah, atas nikmat yang diberikan.

Till then, see ya.

No comments:

Post a Comment