Assalamualaikum.
Selagi ada gambar nak imbau.
Segmen throwback Thursday ni, akan wujud.
Majlis cukur jambul abang Mu'az..
Ibu pun pakai shawl ala² Yuna.. hahaha.
Masa ni, incikSuami tengah bercuti sebulan, lepas tu pergi Lubnan semula.
Pertama kali jumpa abang Mu'az selepas 2 bulan abang Mu'az lahir.
Geng penyelia asrama yang sama batch.
Kursus sama di Kolej Ulu Kinta.
Sekarang tak jumpa dah macam ni, FB, wasap je lah.
Masa kecik kecik senang je semua nak beraksi depan kamera.
Dah besar, susah betul nak masuk dalam gambar.
Masa ni, dedek baru 6 bulan.
Tak join lah dalam gambar.. kikiki
Dekat Melaka, kadang kadang paksa incikSuami mai kolej time lunch.
Waktu dia off duty lah, sebab nak makan sama sama.
Kadang kadang Linda saja ambil cuti, pergi tengok wayang berdua.
Anak 4 kan duduk rumah pengasuh dan taska sampai petang.
Jadi, takde kalut nak balik tengah hari.
Sekarang, susah sikit nak dating berdua.
Nak g pasar malam pun, semua nak ikut. Hahaha..
Seronok mengimbau ni, tengok gambar, macam macam memori yang datang.
Itulah orang cakap "memories remains".
Eh, betul ke? Kikiki.
Till then, see ya.





Kalau semua ikut gi pasar malam komfom kena 'cukai'... hehehhee
ReplyDeleteHahaha..itu dah tentu..kalau tak ikut pun, dah bisik dekat telinga nak apa...
DeleteSelalu buka FB nak tengok memory tu jela. Sekarang memang jarang dah upload apa2 kat FB. Tengok status dulu2 boleh tergelak sendiri 😆
ReplyDelete