Lovvu Dobbu

Event Ticker
Showing posts with label malaysianarmy. Show all posts
Showing posts with label malaysianarmy. Show all posts

Thursday, July 9, 2026

.: THROWBACK THURSDAY :.

Assalamualaikum.

Dah hari Khamis.
Cepat je rasanya, macam baru je jumpa Isnin semalam.

Macam biasa lah, jom tengok FB punya throwback.

Weyh, zaman kekurusan dan kemudaan incikSuami ni.
Nanti nak share gambar ni kat dia, baju tu pun tak nampak dah.. hahaha.
Abang Mueez masa kecik, putih lepak weyh.
Tu yang kami panggil dia Cina Bukit. Hahaha.

Buat bunga telur untuk adik time ni haa.
Saya kan seorang kakak yang baik.. hahaha.
Dulu penat sikit, buat bunga stokin ni.
Sakit² tangan kena dawai tu.
Sebab tu harga dia mahey.


Masa ni kena tinggal dengan incikSuami.
Dia p operasi dekat Sabah.
Puasa dan raya dia dekat Sabah.
Kitaorang ditinggal 5 beranak.. 🥹🥹
Bukan kata orang je asyik tanya macam mana Linda hadapi hidup dengan anak kecik² masa tu.
Linda sendiri pun tak tau macam mana boleh ada kudrat melayan 4 orang masa tu.
Abang Mu'az yang sulung tu pun baru darjah 1.
Dedek almost setahun. Hahaha.

Tapi, sesungguhnya. Allah permudahkan, pengasuh anak baik, bertolak ansur.
Anak² diberi kesihatan yang baik.
Alhamdulillah,linda pun masih diberi kewarasan akal fikiran..
Proud of myself.

Jadi, kesimpulannya. Apa pun yang terjadi, sila la puji diri sendiri dulu.sebab takde orang lain yang akan memuji kita..hihi.

Till then, see ya.

Thursday, April 9, 2026

.: THROWBACK THURSDAY :.

Assalamualaikum..

2019 - hantar incikSuami masuk kem, sebab nk kena p operasi dekat Sabah..
Sebelum bulan puasa tak silap dia pergi.
Raya kat Sabah seminggu dulu, baru habis operasi.

Pertama kali drive dari Melaka ke Perak semata mata untuk balik raya.
Sebab dekat Melaka takde saudara mara.
Sedih sangat rasanya kalau nak raya dengan anak² je.
Selalu kalau tak balik raya pun, ada incikSuami.

IncikSuami macam biasa, bila linda minta izin, dia cuma akan tanya "yakin ke nak buat? Boleh ke nak handle anak 4 nanti?"
Kalau isteri dia cakap yakin.
Alhamdulillah, dia izinkan je.

Masa tu, kids baru umur 8,6,4,2 tahun.
Memang tak berhenti RnR la cerita dia.
Sebab nak cepat sampai dan tak nak kacau kids tidur.
Makanan, memang penuh la dalam kereta.hahaha.

Kenangan menggamit memori betul.

Till then, see ya.

Thursday, November 27, 2025

.: THROWBACK THURSDAY :.

Assalamualaikum.

Kira throwback juga la ni ye.
Jumpa sebahagian dari tiket kapal terbang tahun 2012 punya.

Nah bukti.

Dok dalam poket yang blazer Linda pakai masa buat persembahan koir tu.
Blazer incikSuami tu.
Tengok² ada khazanah dalam tu.

Dulu² pakai tiket fizikal lagi lah.
Sekarang je dah berubah..
Dah 13 tahun umur tiket tu..
Sebaya abang Mu'az..
Tiket tu,masa incikSuami bertugas di Lubnan lah tu.
Balik cuti sebulan, tiket perjalanan kena tanggung sendiri.
Tu yang, ada bukti tiket.

Kalau tak, memang diorang dapat pesawat sewa khas.pergi dan balik misi.
Dengarnya, yang baru pergi ni, batch last.
Next year ,takde dah Malaysia hantar pasukan ke Lubnan.
Apa-apa pun doakan kesejahteraan mereka yang pergi, semoga selamat pulang setahun kemudian.

Till then, see ya.

Wednesday, June 4, 2025

.: SESI BERSAMA BLOGGERS :.

Assalamualaikum

hari tu dah cakap nak stori mori dalam bentuk entry kan..

Alhamdulillah, selesai satu bab..
mengangkat barang dari Melaka ke Perak.

soalan kak PH, lori percuma ke?
yup. lori percuma, atas ihsan lah. tapi kena mohon lah dan kena tunggu turn ataupun kena tunggu kekosongan.
kadang-kadang lori tu kem guna, nak g latihan, nak hanta ransum, nak ke sana nak ke sini.
kalau ada lori pun, kadang-kadang pemandu takde, pun tak boleh juga.

tol dan minyak?
kalau ikot semua kenderaan jabatan, tol dan minyak adalah percuma.
janji ada dalam dokumen, kenderaan tu dibawa ke mana, dan of course lah ada kelulusan ketua jabatan.
macam kes lori askar nie, tak boleh isi minyak dekat luar, memang ada kem-kem yang kita boleh masuk untuk isi minyak.
contoh, kalau perjalanan ke Utara, memang kena isi minyak dekat kem di Tapah. tak ingat pula linda unit mana.
untuk tol, selalu nya ada kad yang jabatan punya, so untuk refill RM memang ke kerani unit masing-masing lah.

dan seperti mana yang Linda mention tadi, trak nie atas ihsan dan kekosongan.
jadi, pemandu dan anggota anggota yang kena detail untuk ikot tu, atas kita juga lah untuk bagi penghargaan. atas sebab mereka sanggup nak korbankan masa wekeend untuk spend time dengan family, tapi nak tolong kita angkat barang.
walau pun nama dah detail, tetaplah kita hargai mereka.

macam hari tu, incikSuami bagi duit untuk makan sarapan dan lunch diorang.
ada belikan rokok juga, tapi last minit tak jumpa mana kotak rokok tu...hahaha
dah la incikSuami bukan perokok, kalau jumpa kang, ntah nak bagi siapa pula.

lepas tu, habis punggah barang tu, kan linda ada cakap incikSuami bagi goodies sikit.
dalam tu ada kain pelikat, minyak wangi sebotol dan duit raya RM50 sorang.
Alhamdulillah , rezeki diorang lah tu.

linda tulis sini bukan kata nak riak ke apa.
tapi macam linda cakap tadilah, as a token sebab diorang sanggup gunakan masa berehat diorang untuk tolong kami angkat barang.
sebab tu semua bukan jobscope pun, takde claim OT, claim hours ke..takde.

gaji askar tak de claim OT eh, tapi kerja 24jam, 7 hari seminggu.
kita tak nak lah orang mengata belakang kan.
tapi, gitu lah askar..
nak g kursus pun duit, nak naik pangkat pun duit, nak pegi mess nite pun duit.
lagi tinggi pangkat nya, lagi banyak lah keluar duit, gaji naik tak seberapa pun.

till then, see ya.

Tuesday, June 3, 2025

.: SESI MEMUNGGAH BARANG :.

Assalamualaikum. 

Sambung kisah perjalanan kita, dari Melaka ke Tronoh. 
Sabtu, 31.05.2025 - sempat lagi kemas2 rumah last minute orang kata. 
Ada jugak 3,4 plastik hitam yang dibuang. 

Sempat juga, jiran tangga atas, Thirah mai melawat linda last minit nie. 
Dok kenal dia masa dia warded anak sulung(dah 5tahun umur anak nya) kat hospital Melaka, sebab kerja sebelah Hospital je.. 
Selalunya, kalau ada wife2 yang berkampung kat spital, seboleh boleh nya linda p melawat. 
Bukan nak tunjuk baik, sekadar bersembang2, sedih ooo dok dalam wad. 

Rumah dah kosong. 
Dari 2015 duduk dekat rumah nie. 
Masa tu dok mengandung ke kak M. 

Kalau dari Melaka, dah sampai sini kira half way dah lah. 
Ingatkan dalam pukul  2 lebih gitu boleh sampai. 
Rupanya tidak, jalan jem gilak hala Utara, last last kuar exit Bidor, lalu jalan dalam je. 
Ngam ngam azan asar sampai rumah. 
Trak tak sampai lagi, sebab dia kena masuk Tapah dulu, isi minyak 3 tan. 
Naseb baik dapat perjalanan 2 hari, so takde lah deme rushing. 
Tapi ikot SOP memang trak 3tan tak boleh jalan malam. 

Alhamdulillah, dalam 5.30 petang macam tu, trak pun sampai rumah.
turunkan barang tak sampai 30min oun, dah siap semua turun.
masa nak naikkan barang hari tu, sejam juga baru siap.

selesai turunkan barang-barang, jamu lah goreng pisang, kuih-kuih buat minum petang.
tanda penghargaan tolong angkat barang semua. terima kasih banyak-banyak telah membantu.


last penghargaan, incikSuami bagi lah goodies sikit dekat geng-geng Fitik, pemandu, JLJ sekali.
semua sekali ada 7 anggota.
bila long distance, memang kena ada 2 orang pemandu, sorang JLJ(bahagian kenderaan), incas sorang (pengkat Sarjan lah selalunya), dan baki 3 orang budak-budak fitik.
owh JLJ tu singkatan untuk KJLJD = Kor Jurutera Letrik dan Jurutera Diraja

nie lah team yang membantu.

akhirnya, selamat sampai juga barang ke rumah Tronoh.

eh, ada Mukhlis Senior lah.
incikSuami cakap 5,6 tahun lepas masa Mukhlis nie lapor diri dekat 17 Melayu, suami dah tegur dia, yang nama sama dengan anak. hihihi.

mula lah pening nak kemas barang macam mana

dalam bilik pun ada

dekat area dining hall

dekat area hall

tapi, tak tau kenapa muka dia nie tak puas hati. 😂😂
barang dah siap angkut kot.
dah temamg je, tak payah pikir.
yang nak pikir sekarang, barang dekat Selayang nie yang dah penuh 1 rumah.
incikSuami lah, sikit-sikit dia penuh kan.
eh, stres kita.
memang kena order lalamove nanti bila nak pindah nie.

barang-barang tu, yang diwrap semua dah dibuka, susun sikit-sikit.
nanti len kali kena repeat lagi ke sini, untuk kemas betul-betul.

till then, see ya.
 

Friday, January 3, 2025

. : MAJLIS LAMBAIAN KASIH :.

Assalamualaikum 

Semalam ada program laluan kerjaya katanya.. 
Tapi, rasenya lebih kepada nak sambut pelajar2 tahun 6.
Sek lain buat majlis konvo bagai kan. 
Sekolah anak buat kat sekolah je.. 
Anak-anak tahun 6 dan cikgu2 yang terlibat. 

Jadi sebab kena ada kertas kerja, untuk jamuan makan bagai.. 
Kena lah ada nama program, tu yang jadi Program Laluan Kerjaya. 
Tema nya - baju pekerjaan lah.. 

Naseb baik cuti hari tu dan balik rumah Melaka. 
Kita rembat lah baju no 3 ayah nya.. 
Siap dah ada pangkat tu..

2 calit = koperal, pun boleh lah. 
Janji beret maroon.. Hihihi
Aksesori semua ayah punya.. 
Yang dia dah letgo ada juga. 
Nie tinggal buat kenangan je. 

Linda sumbang puding caramel jelah. 
Itu pun berchenta nak buat. Hihihi. 
Abang Mu'az yang request, kita ikot je lah. 

Nie jelah gambar yang linda share daripada wassap group kelas. 
Penat nak boh sticker kat muka anak orang.. Hihihi. 
Abang Mu'az memang pakai mask g sekolah. Tak tahu lah kenapa.. Hahaha
Sampai ke perjumpaan ibu bapa, cikgu yang risau, takot abang Mu'az jadi low self esteem. 
Tapi, keluar elok je tak pakai mask pun. 

Rezeki abang Mu'az lah, dapat hadiah utama pakaian mengikut tema. 
Tapi, tulah.. Takde amik gambar betul2 sikit. 
Seluar tu pun, malam semalam nya baru cari dekat hari hari, lepas tu kena potong sikit dan kelim jahit tangan je.. 
Malas nak buka mesin. 

Nie lah hadiahnya. 
1 set nie.. 
Alhamdulillah, rezeki lah tu. 

Nie gambar malam sebelum tu. 

Suruh pakai siap2, senang ayah nya nak pasang kan aksesori.. 
Ibu malas nk cara dah.
Macam tangan sotong. Hahaha.. 
Siang nya p nilai, lepas maghrib kalut nak p hari hari pulak. 
Dengan dok buat puding caramel lagi.

2 minggu lagi jamuan sekolah kafa. 
Abang Mueez dah mintak nak buat jelly ball pulak.. Ajeeee.... 

Till then, see ya. 

Tuesday, December 24, 2024

. : HIGH TEA BAKAT :.

Assalamualaikum 

IncikSuami dapat call 2,3 hari sebelum hari sabtu (21.12.2012), untuk sahkan kehadiran isteri ke majlis high tea BAKAT sebagai orang yang dirai.. 

Jadi, di sini lah linda petang sabtu tu. 
Kebetulan memang nak balik Melaka sebab nak kemas rumah. 
So, kita pergi je lah majlis high tea. 
Alhamdulillah, ada rezeki last join program BAKAT, di hari yang sama hari last servis incikSuami. 
Jadi, suami isteri ada kenangan pada tarikh 21.12.2024.

Bertempat di dewan 3 Div. 

Tema : Blue + White Denim (berkain) 
Tudung, beg, kasut je yang tak beli. 
Baju + skirt cari dekat JalanjalanJapan (Total RM 35)

Bergambar dulu dengan anggota BAKAT yang diraikan juga. 

Anggota BAKAT yang dirai (kecuali yang tudung bercorak+baju biru gelap) 

Selfie dengan pengerusi BAKAT baru (wife OC), kak Ratnah. Lembut je orang nya. 

Dengan adik-adik kompeni Bantuan. 
Nikmati lah zaman2 BAKAT anda... 
Semua pun dah naik Sarjan, lambat lagi nak habis servis nie.. 

Bersama anggota yang dirai. 
Rasenya mcm linda je pakai kaler cerah nie, orang lain semua kaler gelap2.. Hihihi

Nak berdua, mesti ada yang ketiga. 

Kak M pun nak juga.. 
Dengan gigi takde.. Hahaha

Ok, nie betul2 last. 
Berdua bersama. 
Selamat berpencen, dengar nya ada bunga2 dah masuk.
Jangan lupa kan khidmat isteri ya.. Hahaha... 
Semoga yang baik2 je untuk keluarga kami. Insya-Allah.. 

Till then, see ya

 

Thursday, November 14, 2024

. : CONVOCATION DAY @ PERHEBAT, SG BULOH :.

Assalamualaikum

semalam, bukan setakat linda je amik cuti...
anak 4 pun dicutikan dari sekolah juga.

buat apa kat sana??
menghadiri majlis Graduasi incikSuami yang dah tamat latihan sijil, selama 9 bulan di PERHEBAT.
Alhamdulillah
layanlah gambar ye

simpan sebagai kenangan

tak sangka pulak dapat pakai selempang Pelatih Terbaik untuk kursus yang incikSuami ambil
kursus Spa Kenderaan.

ambil gambar lagi buat kenangan

berdua pulak

nie gambar-gambar sebelum mula majlis.
linda tak ikot masuk dewan, sebab anak 4 tak boleh masuk kan.
jadi kita duduk lah dekat dewan sebelah.
ingatkan semata-mata ada buat live nanti.

rupanya team pentadbiran PERHEBAT dah sediakan pelbagai aktiviti untuk anak-anak.
memang balik tak bawak tangan kosong lah.

linda compile je sini gambar aktiviti yang di jalankan.
ada chicken dance, mewarna, melakar, bina binaan.
cabutan bertuah pun ada.

nie antara hadiah yang anak-anak linda dapat.
abang Mu'az dapat 2 hadiah
abang Mueez dapat 5 hadiah
kak M dapat 2 hadiah
dedek tak bertuah, no cabutan tak disebut.
lepas tu aktiviti untuk umur dedek ada mewarna je, yang tu dedek tak nak masuk .
jadi tak dapat la hadiah.

yang bunga matahari kait tu, linda belikan untuk incikSuami.
nak beli bouquet , macam kedekut duit. hahaha
baik lah duit tu buat beli makanan.

pukul 10 pagi baru lah aktiviti penyampaian sijil berlansung.
terlepas nak tengok incikSuami ambil sijil dalam live, sebab tengah kalut anak-anak nak makan pulak.
dah la incikSuami orang pertama yang ambil sijil dalam semua pelatih yang terima sijil semalam tu.
memang terlepas bas lah.
nanti kita tengok lah rakaman dekat youtube.

keluar awal sikit dari dewan.
ambil gambar anak 4 nie.
buat kenangan.

bergambar dengan ayah pulak.

 
selfie-selfie dalam dewan.

bergambar satu family dalam dewan.
tak pakai baju proper sangat, jadi macam tak best je nak ambik gambar yang studio punya.
so, ambil gambar yang nie je lah, buat kenangan.

at least ada juga gambar family beserta incikSuami yang pakai jubah convo tu.

ada buat video jugak.
untuk kenangan kan.

Alhamdulillah, selesai dah tugasan terakhir sebagai anggota tentera.
tunggu 21hb nanti ke MINDEF pula untuk ambil IC awam.
21.12.2024 pula, tamatlah secara rasmi servis dalam perkhidmatan awam.

lepas nie , masuk VETERAN pulak lah.

till then, see ya

Tuesday, October 22, 2024

.: KERANA IC BARU :.

Assalamualaikum

hari nie incikSuami pergi JPN

urusan nya BUAT IC BARU

linda minta incikSuami tolong hantarkan ais batu
gigih linda standby camera nak amik gambar

gigh lah jugak IncikSuami menutup muka nya
sebab apa??

SEBAB




dah takde janggut dan misai yang dia simpan sepanjang kursus
semata-mata nak buat IC baru

till then, see ya

 

Thursday, September 26, 2024

. : BAJU BAKAT DARAT :.

Assalamualaikum 

Baju rasmi anggota BAKAT (Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera) 
Untuk dipakai oleh isteri setiap anggota tentera di Malaysia tak kira Darat, Udara mahupun Laut. 
Yang membezakan nya hanyalah warna tudung. 

Dah selamat Linda let go bajunya... 
Masa suami beli kain pasang dalam rm75..tak tau lah apesal mahey beno.. 
Tapi, linda minta mak je yang jahitkan.. 
Owhh.. Tak boleh buat patern lain SELAIN baju kurung ya.. 

Selalu baju BAKAT nie kita pakai untuk acara rasmi je... 
Macam AGM (Annual Grand Meeting) ataupun ada lawatan lawatan rasmi lah.. 
Jadi kalau nak ikot kan, mcm Linda nie.. Isteri anggota PTTK (Pegawai Tidak Tauliah Kanan), jarang lah nak pakai baju nie.. 
Sebab tak terlibat dengan acara acara rasmi sangat... 
Lepas tu, kita bekerja, kalau hari bekerja tu memang tak dapat join lah aktivitinya

Meh, linda up sikit kenangan berbaju BAKAT nie

Masa nie last hadiri AGM, tahun 2023 tak silap.. 
Linda nie memang lone ranger, duduk je sebelah siapa2 pun.. 
Ok je.. Hahaha.. 
Nampak sangat takde geng dalam BAKAT.. 
Sekali, ada orang snap gbar kita.. Hanta wasap... 

Nie lah orang yang snap gambar Linda kat atas tu tadi... 
Sekali jiran depan rumah dekat kuarters Melaka daa... Hihihi.. 
Yani nama dia... 
Ada lah kenangan bergambar dengan Yani dan berbaju BAKAT.. 

Yani lambat lagi nak pencen, suami dia baru masuk tahun ke 11 servis... Ada lagi 10tahun servis... 
Semoga terus maju jaya ya... 
Terima kasih jadi jiran akak yang baik... 

Till then, see ya