lovvu Dobbu

Tuesday, November 11, 2025

.: NASI SEGERA :.

Assalamualaikum.

Meh nak jawab soalan
Nasi frozen
Blogger Tot ada tanya pasal nasi segera dalam entry NIE.

Jadi, hari ni, linda bawa bekal nasi segera tu buat makan lunch.
Gigih kan nak tunjuk. Kebetulan hari ni tak masak tengah hari.
Sebab kalau kat rumah, tak dan nak amik² gambar ni.
Dan kat rumah, Linda tak makan nasi ni.. hihihi

Nasi frozen 1
Ni bungkusan nasi segera tu.

Nasi frozen 2
Cara penyediaan ada ditunjukkan.
Mudah je.

Nasi frozen 3
Isi dalam dia.
Nasi segera.
Pek aluminium foil tu lauk dia.
Yang ada tulisan Cina tu, pek pemanasan dia.

Nasi frozen 4
Bentuk dia macam ni.
Kalau rendam dalam air, nanti dia akan kembung dan menghasilkan haba panas.
Air tu akan mendidih didih, macam masak air panas 
Itulah cara nya memasak nasi dan lauk tu.

Nasi frozen 5
Ni Linda dah keluarkan lauk dan nasi.
Mula mula macam beras lah, kena letak air paras bekas tu.
Nampak kan cahaya air tu.?

Lepas tu letak pula air dekat pek pemanasan tu.
Dekat sini, Linda tak sempat nak ambil gambar.
Tengah isi air, tiba tiba dah meletup² air nya..pek nya dah kembung.
Terus tutup je lah.

Nasi frozen 6
Bekas putih nasi tadi, masuk dalam bekas hitam ni, dan tutup.
Dalam masa 15minit, baru buka tengok.

Nasi frozen 7
Tara, selepas 15minit.
Beras tadi dah kembang jadi nasi.
Lauk pun dah panas.

Ok, ni baru kali kedua Linda makan.
Tapi, tak berkenan sangat dekat nasi je.
Rasa nasi segera lah..hahaha..tak macam nasi kita masak, ada janji tu.
Lauk ok, berasa.
Jadi, untuk kecemasan, bawa pergi camping. Sesuai lah.

Mana beli?
Hahaha..yang ni Linda tak tau, sebab incikSuami yang rajin scroll TikTok .
Mungkin boleh search la lepas ni.
Banyak je dah makanan segera macam ni sekarang, sedap dengan tak sedap je.

Till then, see ya.

2 comments:

  1. Wahh..mmg bleh beli kalau time pegi Comic Fiesta nnt =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh..yang ni mudah sikit, sebab guna air masak/air botol biasa je..sebab ada pek pemanas tu.. kalau yg lain² kena guna air panas..

      Delete