Lovvu Dobbu

Event Ticker
Showing posts with label ceritaTamil. Show all posts
Showing posts with label ceritaTamil. Show all posts

Tuesday, June 9, 2026

.: VIJAY :.

Assalamualaikum.

dah lama tau post ni ada dekat draft, lepas2 Vijay menang jadi Ketua Menteri.
lepas tu, tertengok cerita Bigil pula.


 eh, best tau cerita tu.. impian nak jadi Pemain Bola terkubur lepas bapak dia mati depan mata dia.
jadi secara tak lansung, Bigil mewarisi la kerja samseng bapak dia.
tapi samseng yang baik lah.
boleh la tengok nanti, sambil kudap2 keropok. hahhaa

Saya tidaklah minat politik tapi saya tertarik dengan tindakan pertama yang di buat oleh Vijay, Ketua Menteri baru Tamil Nadu.

Pelakon popular Thalapathy Vijay (nama rasmi dalam politik ialah C. Joseph Vijay), yang baru mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Tamil Nadu pada 10 Mei 2026, telah membuat keputusan besar mengenai penjualan arak di negeri tersebut.

📌 Penutupan 717 Kedai: 

Dalam keputusan pertamanya sebagai Ketua Menteri, Vijay mengarahkan penutupan serta-merta 717 kedai arak milik kerajaan (TASMAC) di seluruh negeri.

📌 Zon Larangan 500 Meter: 

Kedai-kedai yang ditutup adalah yang terletak dalam radius 500 meter dari kawasan sensitif seperti rumah ibadat (kuil, masjid, gereja), institusi pendidikan (sekolah, kolej), dan stesen bas.

📌 Tempoh Pelaksanaan:

Pegawai kerajaan diberi tempoh dua minggu untuk memastikan kesemua 717 kedai tersebut ditutup atau dipindahkan.

📌 Matlamat Kebajikan: 

Langkah ini diambil untuk mengurangkan gangguan sosial dan melindungi golongan belia, selaras dengan janji kempen partinya, Tamilaga Vettri Kazhagam (TVK), untuk mewujudkan negeri yang "bebas ketagihan".

Tindakan berani ini mendapat sokongan luas daripada masyarakat tempatan, termasuk rakan artis seperti Kamal Haasan.

----

Alangkah bagusnya kalau di Malaysia pun boleh tutup kedai arak atau undang-undang yang lebih tegas selepas dah banyak kes pemandu mabuk langgar orang sampai mati.

Lisa Sara 

#NotaPolitik

#cnp FB

Saturday, November 15, 2025

.: TAK TAHU NAK TULIS APA :.

Assalamualaikum.

Banyak benda nak tulis, tapi tak tau nak mula dari mana.

Jadi kita up yang ni dulu la. 🤭🤭

Siapa tahu cerita ni, kita geng.

Kalau nampak, memang tak kerdip mata dah.
Ulang lah banyak kali pun.

Till then, see ya.

Monday, October 14, 2024

.: AADUJEEVITHAM - THE GOAT LIFE :.

 Assalamualaikum 

hari sabtu semalam, santai santai tengok cerita nie


katanya inspirasi dari kisah besar, dan cerita nie adaptasi dari  best-selling Malayalam novel Aadujeevitham by Benyamin
dan dibikin jadi filem pada tahun 2015, tapi banyak tentangan yang hebat jadi 2024 nie baru dia keluar

kisah berkisarkan tahun 1991, seorang pemuda India yang bernama Najeeb dan Hakeem mencuba naseb untuk bekerja di Arab Saudi bagi meningkatkan taraf hidup keluarga mereka. Meninggalkan isteri yang sedang mengandung anak pertama serta ibu nya di kampung halaman.
sampai di lapangan terbang Arab Saudi, dia menunggu sponsor (ibarat boss nya), tetapi tidak kunjung tiba. Dengan perbezaan bahasa, berlaku salah faham di situ bila mana ad seorang "Khaleef" (tuan aka bos) yang mengambil kesempatan di atas kesulitan Najeeb

Khaleef yang mendatangi Najeeb dan Hakeem bukan Khaleef yang menjadi sponsor mereka. Khaleef membawa mereka berdua ke tengah-tengah padang pasir, tempat mengembala kambing dan unta. Najeeb dan Hakeem dipisahkan ke tempat yang berbeza. terjebak lah Najeeb menjadi pengembala kambing yang tidak dibayar gaji, makan apa yang ada, pakai apa yang ada..dan tidur di luar bersama-sama haiwan gembala nya

Pernah mencuba untuk lari, tetapi dapat di tangkap oleh khaleef nya, dan ditembak di bahagian kaki seperti memberi pengajaran agar jangan cuba untuk berusaha melarikan diri lagi. Seperti nya telah berputus asa, tiba-tiba dia mendengar suara orang menyanyi di sebalik bukit. rupanya dia bertemu kembali Hakeem dan seorang lagi hamba bernama Ibrahim (orang Somalia)

Mereka merencanakan untuk melarikan diri pada hari anak perempuan Khaleef di nikahkan, di mana pada waktu itu hanya tinggal mereka di padang pasir itu, tiada siapa yang akan melihat. Melarikan diri di tengah-tengah padang pasir bukanlah sesuatu yang mudah, tiada arah yang boleh dituju, berhari-hari berjalan di padang pasir tanpa makanan, minum dan pakaian yang bersesuaian. Hakeem tidak berjaya meneruskan, dan mati dalam perjalanan. Tinggal Ibrahim dan Najeeb.

akhirnya, mereka berjaya juga menemukan jalan tar, petanda akan bertemu dengan kenderaan yang lalu lalang disitu. Entah bagaimana, hanya Najeeb yang berjaya diselamatkan, Ibrahim hilang tanpa dikesan. Dengan kebaikan seorang warga yang lalu, membawa Najeeb ke kota, dan meninggalkan Najeeb di tepi jalan. Dan kebetulan, Najeeb pengsan di hadapan Hotel Malabar.

nak tahu kesudahan nya?? Najeeb berjaya pulang ke kampung halamannya atau tak. boleh lah tengok cerita nya di Netflix...
filem yang berdurasi hampir 2j30min nie, memang membuatkan kita rasa sedih dan geram.

tapi, tak banyak tempat lah..memang berkisarkan di padang pasir je..
tenang-tenang boleh la tengok, sebab memang kena ngadap je sampai habis..

till then, see ya

Tuesday, July 23, 2024

.: MAHARAJA :.

 Assalamulaikum

weekend hari tu kan tak pegi mana..
Linda scrol-scroll cerita lah, memula ingat nak tengok "MAHARAJ"
sekali ternampak "MAHARAJA"
yang nie tengah viral ...


Kesimpulannya cerita nie mengisahkan tentang kasih sayang seorang bapa terhadap anak perempuannya.
seorang bapa watak Maharaja menjaga anak perempuan nya daripada bayi hingga besar dengan penuh kasih sayang dan mengikut ajaran yang betul.
seorang lagi bapa watak Selvam sanggup buat apa sahaja untuk anak perempuannya, termasuk merompak dan membunuh mangsa rompakannya.
Selvam beranggapan dengan cara itu, dia boleh berikan apa sahaja yang anak nya minta, tidak akan menolak kerana tiada wang.
tetapi, tetapla cara nya salah

apa kaitan Maharaja dengan Selvam??
rupanya berbelas tahun lalu, Selvam pernah ke kedai gunting rambut  tempat Maharaja bekerja
dan waktu itu, kegiatan Selvam dah dihidu oleh polis dan telah di paparkan dalam surat khabar
sedang Selvam bercakap dengan rakan subahatnya, Maharaja terdengar
Selvam cepat-cepat keluar dari kedai, sampai tertinggal rantai leher emas untuk hadiah anak perempuannya sempena setahun.
Maharaja yang jujur tu, nak pulangkan semula kepada Selvam, kebetulan pada masa yang sama, polis datang ke rumah Selvam untuk menangkap Selvam.
jadi, dari situ, Selvam berdendam dengan Maharaja kerana dia menganggap Maharaja yang buat aduan kepada polis.

selepas berbelas tahun, rumah Maharaja dimasuki perompak.
bermula dari situ semua rahsia tersingkap..
memang kena tengok betul-betul cerita nie
kalau terralit tengok benda lain, memang keliru sekejap...

endingnya Selvam bunuh diri dengan penuh rasa penyesalan
nak tahu kenapa??? apa lagi, tengok lah cepat-cepat ceritanya...hihihi

till then, see ya

Friday, July 12, 2024

.: MANGALAVARAM :.

Assalamualaikum

linda baru je tengok cerita nie ahad lepas, takde menda nak buat kan..

MANGALAVARAM maksudnya Selasa dalam bahasa Telugu


cerita nie ada unsur, misteri, psiko, thiller


kisah mengenai Sailaju (gambar atas nie), dari kecik dia duduk dengan nenek dia lepas bapa kandung dia kahwin lain selepas kematian ibunya, tapi dok sibuk lah tanah yang mak Sailu nie tinggalkan.
masa kecik, Sailu ad BFF Ravi, memang berdua je diorang, siap selamatkan sekor anak anjing
tapi satu hari nie, rumah ravi terbakar, sekali bapak dan ravi pun jadi mangsa kebakaran..
tinggal lah Sailu sorang-sorang

fast forward 10 tahun kemudian, Sailu dah sambung belajar dan nak dijadikan cerita, Sailu jatuh hati dekat pensyarah English dia.
pensyarah nie pun layan lah, sampai Sailu serahkan jiwa raga..
rupanya pensyarah tu penipu, gunakan Sailu sebagai pemuas nafsu je..
mula dari tu, penyakit Sailu triggered.
Sailu ada imbalance hormonce yang menyebabkan nafsu sex dia membuak, tapi perasaan dia tak nak
sebab tu jugak, dia selalu menyakiti diri sendiri untuk melawan nafsu dia
tapi, ada masa..dia layan je sesiapa
dan dia sendiri stress dengan hidup dia macam tu

kejadian misteri berlaku, bila suatu hari orang kampung nampak ada contengan di dinding yang membuka segala hubungan terlarang
dan tiba-tiba nama yang ada dekat dinding tu ditemui mati
jadi inspektor baru yang ditempatkan dekat situ syak itu adalah pembunuhan
tapi, ketua kampung (tuan tanah kampung) cakap itu adalah bunuh diri

sampailah terjadinya pembunuhan kedua , inspektor tu tak boleh nak bertolak ansur
jadi dia siasat kes tu
dan akhirnya misteri terungkai

ravi masih hidup, dia berkomplot dengan doktor yang membantu sailu untuk bunuh orang-orang tu
ketua kampung dapat tahu siapa mastermind nya...dengan tangan dia sendiri, dia bunuh orang tu
 
mastermind - isteri ketua kampung
kenapa ravi balas dendam??? sebab isteri ketua kampung buat plan dengan yang dah mati dan kekasih gelapnya membunuh Sailu
sebab apa bunuh Sailu?? sebab Sailu nampak isteri ketua kampung tengah bencanda dengan kekasih gelap dia.. which is Vasu (photoghaper dekat kampung tu)

fuhhh...cerita nie memang berpusing-pusing
kena sabar, tengok sampai habis..baru tahu jawapan..

linda teka hantu Sailu yang bunuh..hahaha
tapi, salah pulak

awal-awal cerita nie memang boring, start ada coretan pertama dekat dinding tu, baru menarik sikit
jadi berbaloi jugak lah tunggu cerita nie sampai habis...

eh..kenapa tajuk nya Selasa...??
sebab hari pembunuhan tu jadi hari selasa...

till then, see ya