lovvu Dobbu

Monday, November 24, 2025

.: FUNKY HAT :.

Assalamualaikum.

Nah, Funky Hat sempena hari kanak-kanak SKSJ yang bakal diadakan pada 27hb nanti.

Takde lah kreatif mana pun, sekadar meraikan dan buat anak² seronok.
Takde pula fikir tema ke apa.
Tapi, bila dah siap..macam ada tema lah pula.. hahaha.

Funky hat
Topi dedek yang incikSuami buat tu.
Tema dedek - aerospace kot.

Funky hat 1
Bahagian belakang, baru ada nampak 3d sikit.
Kalau tak, incikSuami tampal sticker je.
Tu yang kena bahan dengan kak M.. hahaha 

Funky hat 2
Yang ni pula kak M punya.
Linda balut kotak je, malas nak mereka cipta topi.
Tema kak M - Taman serangga

Funky hat 3
Bahagian atas topi.
Gambar² serangga tu print je, warna dan lekatkan dengan kawat bulu tu, nak bagi berdiri.

Abang Mueez punya, special sikit.
Memang dari awal dia dah gitu nak buat tema apa.

Funky hat 4
Jadilah tema - Blokees.

Semua tu robot² bLokees dia sendiri.
Linda cakap letak gam sikit je dekat kaki robot, nanti takde lah susah nak cabut semula.
Susunan semua by abang Mueez.
Linda tolong balut dan hias sikit².

Funky hat 5
Dari depan.
Tak tau nak buat design camne..
Susun² jelah kawat bulu tu jadi macam pagar, then tampal tajuk atas tu.
Selesai lah.
Hasil yang tak seberapa.

Tak sabar nak tunggu hari kanak², mesti macam² topi yang ada.

Till then, see ya.

No comments:

Post a Comment