Lovvu Dobbu

Event Ticker
Showing posts with label ideallian. Show all posts
Showing posts with label ideallian. Show all posts

Friday, November 28, 2025

.: FUN WITH FRIENDS :.

Assalamualaikum.

Khamis, 27.11.2025 - incikSuami bagi greenlight abang Mu'az follow trip ke Bangi Wonderland dengan kawan² kelas.
Tapi, ponteng sekolah lah sehari. 🤭🤭

Jadi, dalam pukul 9 pagi gitu, Linda hantar abang Mu'az ke tempat berkumpul.
Masa sampai takde siapa lagi, Linda p pick up Zus jap.
Pusing semula, tengok dah sampai ketua rombongannya.

Tara, kak Daryna, mak Iskandar(kawan kelas abang Mu'az).
Terima kasih kak, sudi bawa anak² ke Bangi nun.
Linda sabit kak M dengan dedek periksa akhir tahun KAFA je.
Kalau tak, mau follow sekali..Kikiki.
Bulan 5 ritu pun, kak Daryna teman anak² tengok wayang juga, cerita Blood Brothers.

Ada lah gambar sikit masa dekat Bangi.
Kak Daryna share.
Harap abang Mu'az, bertuah lah.

Gerak dalam pukul 10 pagi juga, tunggu yang lain sampai.
Alhamdulillah, pukul 11.15 pagi gitu dah sampai Bangi.
Nampak cerah cuaca tu.

Puas lah hati abang Mu'az tu.
Dapat p waterpark, main dengan kawan².
7 orang yang pergi katanya.

Owh, duit tiket, guna duit belanja sek yang abang Mu'az kumpul sendiri.
Beli online, murah RM10.
Tapi, semalam Linda hulur la juga RM50 buat makan².
Lepas tu ada juga pesan kat abang Mu'az duit minyak dalam sampul, bagi dekat mak Iskandar.

Sampai rumah semalam pukul 9 malam juga lah.
Hujan + jem kan.
Linda ambil dekat Selayang Mall.
Buat kenangan abang Mu'az, moga tak putus kawan lah bila balik Perak nanti.

Till then, see ya.

Tuesday, September 30, 2025

.: KEDATANGAN PENUH :.

Assalamualaikum.

berkat hari2 pergi sekolah tanpa gagal..kikiki

tahniah abang Mu'az.

patotlah semalam dok tunggu, tak sampai-sampai pun dekat rumah.
da lewat...selalu 6.50pm dah sampai, nie dekat 7.05pm baru sampai.

dapat la kupon RM5.
boleh guna dekat kantin dan koop sekolah je.
ok lah tu, alhamdulillah.

zaman kita dulu2 takde pun reward kedatangan penuh..kikiki
kalau ada, memang muka linda je lah, sebab beguk pun pergi sekolah.
ingat lagi masa tu, bernila habis, sebab beguk kan.
kawan2 pun tanya, kenapa dagu tu warna biru.. hahaha

jangan lupa doakan kesejahteraan dan keselamatan delegasi GSF kita.
semoga sentiasa dalam lindungan Allah..aamin

till then, see ya.

Tuesday, August 26, 2025

.: BYE BYE LAH :.

Assalamualaikum.

Petang semalam abang Mu'az balik dari sekolah, terus dia laung ibu..
Ingatkan kenapa.
Rupanya, dah sampai masa rambut dia kena potong dengan cikgu kat sekolah.
Hahaha, padan muka. 
Linda dah beritahu banyak kali suruh potong, dia cakap takpe..boleh lagi nie bu.

Baru lah nampak dahi. Hahaha.

Terus malam tu abang Mu'az ajak Linda pergi potong rambut.

Sebelum, tebal rambut anak bujang nie.

Selepas.
Puas hati ibu tengok pendek gitu.

Boleh ambil gambar macam nie je.
Takmo layan ibu. Hahaha.

Terus abang Mu'az cakap "ibu, nie macam rambut budak darjah 1".

Ibu jawab lah "betul lah, darjah 1, tingkatan 1, elok lah tu".

Terus linda teringat ada 1 gambar abang Mu'az masa darjah 1. 
Sama muka dengan sekarang nie,setelah rambut pendek.

Jumpa juga dekat FB.
Haha, macam nie lah lebih kurang rambut di sekarang.
Puas hati Linda. Hahaha..

Till then, see ya.

Monday, May 19, 2025

.: MINGGU PEPERIKSAAN :.

Assalamualaikum.

gambar masa nak hantar mak bapak g Haji hujung bulan lepas.
abang Muáz pun teringin juga lepas tengok adik-adik sepupu dok naik je.
lepas gian katanya

naseb lah tayar mati.
kalau tak, kempis agaknya.. hahaha

nie mesti  abang Muáz ingat, sebab linda dah letak dalam blog.
nanti ayat dia mesti "ntah, muáz tak igt pun pernah main dulu"
ayat tu bila dia geram, semua adik je yang dapat..
eh sebelum adik-adik, dia dulu dah dapat.

sekejap je dah nak masuk 13 tahun.
minggu nie periksa tengah tahun.

jadual periksa simpan sini

"semoga abang Muáz diberi kefasihan dan kelancaran dalam menjawab semua kertas peperiksaan. semoga yang baik-baik je untuk abang Muáz.. aamin "

harap-harap apa yang cikgu ajar tu, lekat lah dalam ingatan tu.
risau bila tengok asyik main je.. hahaha

till then, see ya.

Thursday, May 8, 2025

.: MY FIRST NEW BORN :.

Assalamualaikum..

rase macam baru je semalam linda bersalinkan abang Muáz nie.
rupanya dah hampir 13tahun umurnya.
dah pandai minta keluar nak lepak-lepak dengan kawan.

nie TB bulan lepas punya cerita.

abang Muáz tengok Blood Brothers dengan kawan sekelasnya.
di Capitol Selayang, naseb baik depan rumah je.
tapi, linda is risau juga nak lepas kan.
linda hantar dan ambil bila dah habis tu.

lupa nak selfie dengan mak iskandar(yang duduk mencangkung tu).
emak dia lah yang teman anak-anak nie tengok wayang.
terima kasih banyak2 puan.

next weeknya, kalut nak main badminton pula.

sewa court badminton dekat Selayang Mall tingkat 5.
sejam Rm18.
tong-tong lah diorang.
yang nie mula main lepas maghrib, malas nak balik, linda tunggu je.

sambil healing-healing makan laksa dekat Ah Cheng laksa.
lama rasanya tak makan nie.
beli yang junior set je.
tu pun kenyang rasenya.
air nya sedap betul.. 
teh + kopi, haisyh..
macam nak pegi repeat je.

berkawan baik-baik ye abang Muáz, semoga persahabatan ini membawa kepada kebaikan.
semoga dijauhkan daripada sebarang anasir yang tidak baik..aamin.

risau nya linda nak menghadapi fasa anak remaja nie.
risau pelajarannya, risau perwatakannya.
semoga yang baik-baik je untuk anak-anak kita..aamin.

till then, see ya.

Monday, February 17, 2025

.: DAY 47/365 :.

Assalamualaikum 

Selamat kembali ke sekolah wahai anak-anak.

setiap langkah mu diiringi dengan doa ibu dan ayah, semoga menjadi anak yang soleh, berjaya dunia akhirat, diterangkan hati dalam menimba ilmu pengetahuan.
jaga diri, jaga hati, jaga perangai, berbaik dengan orang lain, beradab dengan guru-guru, orang lain dan rakan-rakan.
mudah mudahan dipermudahkan segala urusan anak-anak ibu dan ayah, aamin

ini je gambar yang ada pada hari pertama persekolahan sesi 2025

abang Mueez tak nak layan ibu, dia kalut kata baju dia beso..
ehhh, pagi2 saja nak kasi ibu marah.. hahaha

abang Muáz sekolah sesi petang.
malam tadi dia belajar ikat tie dekat TT.
pandai-pandai lah ye.

dedek dah masuk darjah 1..
dah besar dah beby tua ibu.

till then, see ya.