lovvu Dobbu

Sunday, November 23, 2025

.: TEAM KOIR HRAD :.

Assalamualaikum.

Simpan sini sebagai kenangan.
Jumaat, 21.11.2025 - turn Admin dan sumber manusia yang jadi urusetia perhimpunan bulanan.
Jadi, nama Linda termasuk dalam team koir HRAD (Human Resource Admin).
Layan jelah kan, bukannya nyanyi sorang² pun.
Pertama kali join koir di alam pekerjaan, dan setelah 4 tahun kerja di Selangor, baru lah betul² hafal lagu negeri Selangor 🤭🤭.

Tiba² minggu lepas tu, dedek pun asyik la nyanyi lagi negeri Selangor, nak bagi ibu hafal agaknya. Kikiki.

Team koir
Team koir di hari kejadian.
Alhamdulillah ,pengarah hospital pun puji lah. Dia siap kata "1st impression saya, ingatkan jemputan group koir dari mana lah tadi".. 
Bangga sat weyh..kikiki.

Kami sampaikan 4 lagu :
Lagu Negaraku
Lagu Negeri Selangor
Lagu KKM
Lagu Darah Satria

Latihan koir
Wefie beramai ramai, masa sesi latihan.
Yang bagusnya, konduktor kami yang berpengalaman dengan koir.
Sebab tu lah ,team koir menjadi.
Yang depan sekali lah konduktor kami, kak Qyra. Thank you akak.

Ada rezeki, boleh la join lagi.
Rotation lambat lagi, sebab ada 26 unit/jabatan yang akan jadi urusetia perhimpunan.
So, turn Admin dan HR mungkin 2027 pula.
Masa tu, Linda dah transfer kot..hihi.

Till then, see ya.

2 comments:

  1. lepas akak mention lagu selangor tu, saya pun ingat2 lupa. google lirik, okay alhamdulillah masih igt lagi lagunya haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak kan orang Perak..hihi.. lepas tu kerja kat Melaka..lagu negeri Melaka catchy sikit...

      Delete