lovvu Dobbu

Friday, November 14, 2025

.: HIJAU, TAPI LAIN :.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, hampir siap..
Tinggal lagi 4 kuntum bunga, sekali daun tak cukup pula.
Memang dah order yang lain, tengah tunggu sampai.

Sampai juga selepas 4 hari buat pesanan.
Besar kali ni, sebab dah tahu perlukan berapa banyak.
Terus je beli semua.

Ada warna hijau, ungu dan putih.
Next nak buat bunga warna ungu pula.
Kakak angkat last minit beritahu nak buat majlis kahwin.
Kena pulun lah. Nak buat juga untuk kak Husna.

Tapiiii... Kannan...

Warna hijau nya tak sama 🥹🥹

Sehingga entry ini dibuat, Linda dah pergi Eco, dah pergi Mr DIY.
Takde warna hijau gelap macam tu.
Kena bagi diskaun dekat bakal pengantin macam ni.
Sebab warna daun tak sama semua.

Till then, see ya.

1 comment:

  1. Alamak, cerah sikit warna yang baru ni. Kenalah juga bagi diskaun kan sebab tak sama. Harap penerima terima lah. Cantiknya bunga kawat warna maroon ni. Kemas je Linda buat.

    ReplyDelete