lovvu Dobbu

Thursday, August 7, 2025

.: KLINIK MATA :

Assalamualaikum.

Bawa abang Mueez appointment dekat klinik mata.
Temujanji susulan lepas kejadian jatuh basikal hari tu.

Linda pergi macam biasa lah,pukul 9 pagi.

Dapat nombor giliran untuk klinik mata.
Selepas sejam baru nombor di panggil untuk cek mata.
Yang baca huruf tu.
Lepas tu,tunggu lagi untuk jumpa doktor.

Punya lama.
Dari penuh kerusi ni,sampai dah berkurang haa.
Ramai rupanya orang ke klinik mata.
Linda follow up dekat klinik O&G dan klinik bius pun tak lama macam nie.

Akhirnya, hampir pukul 12 tengah hari.
Nombor naik juga untuk jumpa doktor.
Doktor cek sikit-sikit, cek mata.
Tanya penglihatan macam mana.
Alhamdulillah, takde kecederaan susulan, semua normal.
So, discaj lah kita daripada klinik ya.

Lagi 2min pukul 12 tengah hari.
Terus ke kafe, beli makanan.

Tak tau lah sempat tak ke siap patient² lain tu.
Linda keluar pun, nampak ramai je lagi tunggu giliran.
Doktor² pun nampak penat je.
Hari² buat rutin sama.
Mana tak burnout kan??
Moga kita sentiasa sihat, moga petugas² dikurniakan kesihatan dan kesabaran, Aamin.

Till then, see ya.

30 comments:

  1. Kat mana2 pun long q even private hosp/clinic

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah...sabar je lah...tapi private Q ,kejap je ...hihihi

      Delete
  2. Alhamdulillah semua normal. lega kan, dah tak payah buat follow up.

    Betul Linda, kita rasa penat menunggu. Padahal petugas kesihatan lagilah penat layan pesakit dengan pelbagai ragam. Jadi kena bersabar kalau ada yang tak memuaskan hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...
      Kalau sikit² tak puas hati tu kita faham...hihi..

      Delete
  3. bab menunggu kalo pi spital mmg kena bertabah..alhamdulillah smua dipermudahkan utk abg mueez

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...tinggal follow up klinik Neurosurgeri je nanti

      Delete
  4. Alhamdulillah dah semakin sembuh...=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...
      Nampak gaya terlebih sembuh...hihihi

      Delete
  5. alhamdulillah.. abg mueez dah ok..

    bab menunggu di klinik/ hospital kerajaan tu memang takleh nak elak dah la.. tu biasanya sis bawak je ape-ape bahan (buku atau kraf) untuk isi masa menunggu..

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, normal semua...
    itulah linda, apa-apa kerja pun mmg penat, letih....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..iye .duduk saja pun letih.. hahaha

      Delete
  7. Alhamdullilah, semuanya ok...lama tunggu tu...ramai orang walau dimana-mana hospital kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, lega dah ibu pun..si anak tu boleh pula mengomel "ala, tak buat apa² pun, patot nya tak payah dtg pun takpe"... Hahaha..sabar je lah mak pun

      Delete
  8. Moga masalah Dr tak cukup kat Malaysia ni selesai. Kesian Dr pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin²...ramai yang geram sebab sekarang dah takde sistem pencen..

      Delete
  9. Kalau pergi appointment hospital tak sah kalau tak sampai ke tengahari. Kadang kesian dengan warga emas dan sakit yang teruk-teruk tu kena menunggu lama. Doktor burnout, doktor pun tak ramai. Harapnya dapatlah selesai masalah menunggu lama ni kan. Pesakit pun tak pernah tak ramai, hospital sentiasa sesak.
    Alhamdulillah penglihatan normal dah discharge tak perlulah follow up pergi appointment lagi. Lega dah kat situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu fiza..kdg² baby pun ramai je kat hospital tu..
      Moga doktor yang ada ni terus kuat..yang patient pun,jgn komplen banyak sangat..hahaha

      Delete
  10. Hospital swasta pun sama je..long queue..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ramai dah pakai kad medical, dah beralih ke swasta...

      Delete
  11. nak que klinik kerajaan mmng lama. pesakit ramai, doktor kurang..
    alhamdulillah abang mueez takde kecederaan apa2

    ReplyDelete
  12. sebab tu adik ipar ammi dok cakap kat anak-anak buah dia (korang jangan buat medic mcm pakpis...penat nak mampsss). hahahah tapi kalau tak ada pelapis camne pulakkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..tapi, kena ada pelapis.. insyaAllah, ada pahala dekat situ

      Delete
  13. ehh.. sama tarikh lah Abang Mueez nya appointment mata dengan akak, semalam. Nanti sempat baru story mory.

    ReplyDelete
    Replies
    1. A ah ..nanti share pengalaman akak pula..penat menunggu dekat klinik mata..minggu depan 1 lagi folo up dekat Sg Buloh...memang dah plan amuk cuti je

      Delete
  14. Tapi saya salut juga dengan dokter nih, dedikasi mereka tinggi. Adik saya dokter juga, spesialis ENT . Tiap kali saya ajak traveling, dia selalu bilang tak bisa. Susah nak cuti etc lah alasannya 🤣.

    Tapi begitu bisa, itupun hrs setahun sebelumnya bilang kedua, jadi dia bisa arrange cuti 😅😅. Kalo saya tak sanggub. Itulah kenapa tak nak jadi dokter hahahah

    Alhamdulillah result si Abang bagus selepas jatuh itu ya kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama saja rupanya, dimana mana pun, sibuk sungguh doktor ni..

      Delete