Assalamualaikum.
Anak Soleh, abang Mueez jatuh basikal 🥹🥹🥹
Petang semalam, sampai ke rumah dari sek KAFA, macam biasa, tukar² baju untuk turun main basikal dan ke kedai serbaneka di ED hosp.
Ya..rutin harian biasa.
Tiba-tiba menjadi luar biasa, bila dedek naik rumah dan beritahu "ibu,ayah, Mueez kepala dia berdarah, terlanggar kereta"
Terus suruh incikSuami pergi tengok.
Linda menunggu di rumah untuk berita selanjutnya.
Tak lama incikSuami turun, telefon Linda berbunyi "eh,sayang nak ikot tak?Mueez masuk ED tu,zon merah"
Terus bersiap zass, sambil tu telefon berdering, dari Hosp Selayang untuk beritahu perkara yang sama.
Terus ke Kecemasan,masuk zon merah.
Luluh hati tengok abang Mueez menangis, kepala berdarah..
Tak sanggup nak tengok, ibu terus keluar untuk buat pendaftaran, tinggal lah incikSuami menemani abang Mueez.
Selesai pendaftaran, kembali menjenguk abang Mueez.
Sudah terlena, kepala berbalut, rambut telah dicukur.
Menunggu giliran untuk membuat CT Scan dan X-ray.
Kepala terhentak ke jalan, hentakan yang kuat rasanya.
Nak share gambar kecederaan di kepala, tak sanggup..cukup lah sekadar simpanan peribadi.
Selesai CT Scan dan X-ray, hampir jam 8.30 malam.
Balik ke rumah dahulu, bergantian dengan incikSuami.
Tempat kejadian, depan ED.
Kesan darah masih ada, tak dapat Linda bayangkan.
Setelah doktor review itu,ini..
Perkhabaran sedih yang perlu ditelan, terdapat pendarahan yang sedikit di bahagian otak.
Kes direfer ke Neurosurgeri hosp Sg Buloh.
Menunggu review Neurosurgeri untuk langkah selanjutnya, sementara menunggu.
Kami masih di Kecemasan Hosp Selayang.
Mohon doakan semoga urusan anak Soleh dipermudah, tiada perkara yang serius, moga sembuh seperti sedia kala..Aamin
Alhamdulillah, dari petang 6pm,16Julai2025 hingga saat ini, 2.30am,17Julai2025. Abang Mueez baik² dan dalam keadaan stabil..masih waras, tiada muntah²..
Mohon salurkan kekuatan pada Linda..terima kasih semua.
Owh,selepas diselidiki, dan ada bantuan kawan yang bagi CCTV parking, abang Mueez jatuh sendiri (mungkin rantai basikal terjatuh,basikal nampak stuck dan terberhenti, inertia menyebabkan abang Mueez terjatuh)..nampak hentakan kuat,selepas hentakan kuat, diikuti sawan.. Allahuakbar, luluh hati, tak boleh tengok video tu berulang kali.
Till then, see ya.
Ya Allah, Ya Tuhan, sabor ye Linda. Akak doakan abang Mueez tak apa², dan cepat² sihat. Stay strong, dan segala urusan dipermudahkan. 🤲 Kesian Muezz, mesti sakit.
ReplyDelete