lovvu Dobbu

Monday, August 18, 2025

.: RONDA IKEA :.

Assalamualaikum..

Lamanya peram kisah nie dekat draf.
Kalau tanam pokok cili, dah ada hasil agaknya.

Ceritanya, lepas jual minyak terpakai kat sini.
Kami terus ke IKEA Damansara kot.
Yang dekat dengan Selayang, dalam 30-40min dah sampai.

Masalah sekarang nie,parking semua dekat basement.
Dapat incikSuami,dia yakin je..hahaha.

Oklah jauh lagi dari bumbung roofbox tu.
Setakat dah pasang roofbox nie, lepas je nak masuk basement parking mana².
Tapi, Selayang Mall tak berani, sebab memang nampak rendah sikit.

Pertama kali masuk IKEA, ok agak cewi lah kat situ. Hahaha.
Jom tengok gambar.

Yang nie dekat pintu masuk gedung dia.

Alahai, geram pula Linda dengan almari cermin nie.

Dalam dia, yang nie material dia plastik je.
So,harga below 100 lah.
Kalau yang stainless steel,memang 100 ke atas.

Sambil sambil tu, posing sikit.

Dek hari tu jadi ustaz, elok pula berkopiah dia.
Merayau dalam tu, hampir 3 jam.
Tu pun cepat² jalan, sebab anak-anak dah mengadu lapar dan penat. Hahaha.
Ibu tak sempat nak explore habis-habisan.
Sebab nya, ntah bila lagi nak masuk IKEA nie. 🤭🤭

Tapi, keluar bukan dengan tangan kosong ye. Hihi

Hasil menuai dalam IKEA.
Jerung tu dedek punya.
Panda kak M punya.
Jam dinding tu abang Mu'az kata nak letak dalam bilik.
Periuk tu 5in1, ibu punya. 
Yang saiz paling besar, dah rasmi.
Banyak kali guna dah.
Yang lain je belum. Hihihi

Till then, see ya.

3 comments:

  1. Mesti ada habuan sorang satu...

    ReplyDelete
  2. masuk IKEA plan nak cari satu barang pasti keluar satu troley...hehehhe

    ReplyDelete
  3. dalam banyak2 ikea, ikea damansara is my favourite.. selalu kalau singgah, yang wajib grab gelas tinggi, ziplock bag dengan lunch box. tapi sampai sekarang tak berjaya nak grab plushies kat situ.. cik abang kata dah penuh haiwan kat rumah.. hehe..

    ps: haiwan tu budak we bare bears 3 ketul tu.. macam2 saiz ado.. ^^

    ReplyDelete