Assalamualaikum.
Dok join GA coffee lover, terus teringat kopi gantung area sekolah abang Mu'az tu.
Maka, Linda order je lah.
Adalah tukang hantar ni..😂😂
Dah dia yang lalu situ nak hantar abang Mu'az g sekolah, jadi singgah lah sekali.
Rupanya owner kopi gantung tu, intake dia juga masa masuk tentera dulu, sama² pencen lah tu.
Linda lah kabo kat incikSuami masa mula² beli kopi gantung tu.
Sebab owner tu pakai baju t-shirt PERHEBAT, sama macam incikSuami.
Benonya, nak mintak incikSuami hanya charger telefon je.
Tak perasan pula yang malam tadi tak cas, sampai² pejabat, tengok dah tinggal 25% je bateri nya.
Memang tak cukup lah sampai pukul 5petang.
Linda pula takde USB spare lagi, yang ada telefon lama punya.
Telefon sekarang kan semua pakai type C.
Petang, masuk mesyuarat vektor dan kawalan serangga perosak.
Asrama, biasa lah masalah anai² yang tak berkesudahan.
Konsesi dah kabo nak buat soil treatment untuk tiga² bangunan asrama, Alhamdulillah..
Moga lari lah anai² nie.
Satu lagi masalah pokok yang dah membesar setinggi bangunan, malah ada yang lebih lagi.
Dah bersangkut dengan dinding dan bumbung asrama.
Risau kalau ada binatang lain meniti ranting dan masuk bangunan asrama.
Bab pokok nie memang payah sikit, rasanya semua Hosp ada masalah pokok besar, tapi konsesi tak cover dah. Semua akan jadi kerja² berbayar...
Yang tu kita takmau, padahal dari pokok tu kecik apsal tak di cantas bg rendang je.
Entahlah labu, kerja Linda sampai situ je lah.
Ingat kan, buat aduan, sampai lah isu selesai.
Till then, see ya.
Dulu time muda2 suka Ice Coffee Dunkin' Donuts. Entah ada lagi ke tak....tak perasan.
ReplyDeleteDunkin donuts ad lagi, ice coffee tu pun mesti ada lagi..
DeletePernah beli beberapa kali kopi gantung, sedap jugak.
ReplyDeleteDulu kopi gantung perlis kalau tak silap cie ada jual kat lipis ni terpaling sedap. Tapi tu la sekejap je. Sekarang takde dah. Ada kopi gantung lain dah cuma tak sedap sangat.
ReplyDeleteHalamak! Tengok warna gradient kopi tu... padu!
ReplyDeleteUntunglah order je dapat terus. hihi..padu kopi gantung ni. Kaw betul! Pusing pusing situ jugak ada yang kenal kan. Tak cover tu yang payah nak kena keluar modal pulak.
ReplyDelete