Assalamualaikum.
Jumaat,25 Julai 2025 - waktu rehat tu,Linda and the gang pergi makan dekat Seha Kitchen.
Baru kali kedua lah makan dekat sini.
Pergi makan² sempena Biha dapat tukar ke Lumut.
Nie lah Biha, yang Linda bagi hadiah kain pasang hari tu.
Wefie dengan makanan.
Mula dari Wati(tak berkacamata), Biha, Linda, kak Zu.
Izzah(partner baju pink) takde, sebab dia tengah cuti bersalin.
Naik kerja, tak jumpa lah Biha.
Menu Linda, nasi goreng chicken chop,mengah nak habiskan.
Tu yang hari Jumaat Linda makan sikit je.
Sebab dah planning nak makan dekat luar.
Air lemon ais.
Biha nie pembantu pustakawan, kalau tak silap lah jawatannya.
Freshie lah juga, first posting dekat Hospital Selayang Jan 2022.
Mula² memang suami dia tinggal sama² dekat Sg Buloh,lepas tu suami dia kena pindah ke Lumut.
Tu yang Biha pun mintak tukar ke Lumut.
Rezeki dia, tak lama menunggu untuk pertukaran.
Linda punya pertukaran??
Sebabkan jawatan bertukar hari tu, call bahagian sumber di KKM, kabo nya hold dulu pertukaran ke luar negeri.
Sebab nak clearkan perjawatan dulu.
Jadi, tahun nie, mungkin belum dapat tukar lagi.
Harap² tahun depan dah Setel lah masalah perjawatan nie, Aamin.
bukan senang ye penjawat awam nie nak dapat tukar.
sebab ada orang pernah cakap dengan linda "ala, nanti minta tukar je, bukan susah pun"
Till then, see ya.
saya baru tahu ada jawatan pustakawan rupanya kat hospital
ReplyDeleteAda, tapi sikit lah..lepas tu jawatan nie antara jawatan guna sama..so,boleh pindah mana² kementerian..macam kak Linda penyelia asrama(awal jawatan) pun sikit ja, ada juga Hosp yang takde penyelia asrama, tapi jawatan kak Linda bawah KKM, nak tukar agak terhad lah..jawatan terpencil kan.
Deletesyok boleh tukar-tukar kenegri lain
ReplyDeleteSebab nak balik kampung kak .nanti kalau dah dpt balik kampung, sampai kematu lah montot dok kat situ...hihihi
Deleteminta tukar memang senang.. dapatnya belum tentu lagi.. huhu..
ReplyDeleteGitulah...melainkan ada kabel... Ehhh... Hahahaa
Deletesemoga Linda pun dpt tukar nanti. bykkan berdoa n berusaha.
ReplyDeleteAamiin...
DeleteTerima kasih AK..
Betul..Bukan senang ye... melainkan ade yg dekat negeri kita nk tukar tu nak bertukar dgn kita jgk..(tukar suka sama suka).Yg x paham tu x payah la kita kasi paham sbb dia mmg xkn paham..hahahaha
ReplyDeleteHahaha..tak,kita minta budi bicara sikit je, tak boleh..padahal selagi belum lapor diri,boleh je kot nak tolong tenyeh, tukar tempat pertukaran..sebab ko ada kuasa, tapi tak ye,ayat dia tu la.."takpe,nanti puan minta tukar dekat tempat baru ye".
DeleteYe bukan senang..kalau dapat tu dah rezeki dia kan...sabar ye linda..insyaallah ada pelangi indah menanti
ReplyDeleteItulah..ramai nurse² yang muda berhenti kerja dekat Hosp nie,salah satu sebab PJJ..bertahun minta tukar tak dapat dapat.
DeleteYe ke.. gitu keadaannya, akak tak tahu. Semoga permohonan Linda minta transfer cepat-cepat diluluskan.
ReplyDeleteCedapnya tengok nasi goreng chicken chop dia.
Gitulah kak..
DeleteAamin, terima kasih atas doanya..
Chicken chop nya panas, nasi goreng nya sejuk.
Kena kongsi,jenuh gak nak perabih sorang²
So far saya baru sekali jer mkn kat seha kitchen tu.. memang biasanya pyh nak dpt tukar utk jwtn gomen unless betul2 rezeki
ReplyDeleteRezeki nya...kalau bos sign "pengganti kemudian"...
DeleteKalau pengganti serentak, kena tunggu intake baru @ pertukaran besar besaran.
InsyaAllah,cepat atau lambat, dapat transfer nanti..aamin
Ah pasti senangnya makan siang bersama teman-teman satu kantor, Mbak. Terlihat full senyum dari foto diatas.
ReplyDeleteSalam,
Sekali sekala dapat makan bersama...selalunya di hari jumaat, Linda lagi sibuk..ngantarin anak solat jumaat dan ke sekolah terus..hihihi
DeleteMeriah kan dapat makan bersama..semoga yang bertukar tu betah di tempat baru..
ReplyDelete