Assalamualaikum.
Jumaat (15.08.2025) - memenuhi jemputan guru² 🥰🥰 menghadiri hari bertemu waris SKSJ.
Dekat poster bermula 10pagi - 12tengah hari.
Linda mohon la keluar pejabat pukul 10.30 pagi.
Sampai sekolah, dah lengang, konon nak terus ke kelas abang Mueez, kak M di tingkat 3, baru lah turun ke tingkat 2 kelas dedek.
Sekali toleh ke kelas dedek, "eh,takde parents menunggu!! Tinggal dedek 3 orang je dalam kelas"
Result tiga orang tu?
Jangan risau, semua huruf dia tapau.
Harap² kedepan makin baik lah pencapaian nya.
Cikgu kata ada sekali lagi exam.
Moga dapat buat yang terbaik lah, InsyaAllah.
Jadi, ni saja lah gambar yang sempat diambil, itupun di kelas kak M, bila ada lagi parents yang tengah berjumpa cikgu.
Tak sempat menunggu pun di setiap kelas, masuk² je terus jumpa cikgu.
Rupanya, sesudah perhimpunan dan selesai bacaan yasin, pengawal keselamatan buka je pagar sekolah.
Terus diserbu oleh ibu ayah.
Tepat jam 11.30 pagi, dah selamat sampai di perpustakaan hospital Selayang.
Cc Adawiyah, ajak makan² di luar sempena hari last Biha.
Dari kiri - Cc Adawiyah, Linda, Biha dan Kak Zu.
Cc sebagai penyelia kami bertiga la.
Alhamdulillah, Cc belanja makan, moga murah rezeki Cc ya..aamin
Terima kasih Cc.
Awal pagi ,sebelum keluar ke sek anak, Biha dengan kak Zu mai pejabat Linda.
Wefie sikit sebagai kenangan.
Biha bagi tanda ingatan sikit.
Terima kasih Biha.
Close up sikit..
Warna pink juga, tak lari ni.
Semoga Biha sukses di tempat baru, dipermudah segala urusan..
Ada rezeki kita ngupi² di Manjung ya.
Tak jauh dah tu.
Till then, see ya.
jap, nak baca balik semula kenapa kelas tu tidak ada parent.
ReplyDeletekita ni dtg awal pun, ada juga yg lagi awal.
Sebab semua parents dah datang pukul 8 pagi..Linda dengan suami 10.30 pagi baru gerak dari rumah.. parking kereta pun senang dapat, pergi kelas anak² pun tak payah tunggu.terus jumpa cikgu ..lagipun, dalam kelas memang dah ada 2 guru, tu yg cepat sikit agaknya..GK dan guru pembantu..
DeleteCantik tudung tu ya....manis warnanya.
ReplyDeleteAlhamdulillah...boleh pakai dengan uniform..hihihi
DeleteMemasing nak cepat selesai tu yang serbu awal tu. Cantik warna tudung tu.
ReplyDeleteLepas hantar anak, terus tunggu je kat sekolah...
DeleteAkak kalau hari interaksi akan cuba datang paling awal. Boleh ambil time off 2 jam jadi tak perlu ambil cuti. Lagipun anak² lagi suka boleh balik awal.
ReplyDeletePaling awal tu, takot berebut juga..sebab semua pun DTG awal...tu yg kita pilih 10.30 pagi, konon² dah clear la crowd nya..lagipun, pejabat dekat je dengan sekolah..so ok je
DeleteBaguslah macam ni, datang je dah tak ramai dan tak menunggu lama. Cepat settle semuanya. Sempat juga meraikan biha sebelum dia bertukar tempat kerja. Rezeki juga dapat hadiah daripada Biha.
ReplyDeleteItulah..rezeki sungguh.. selalu 2jam juga baru siap..yelah..anak ramai..hihi...
DeleteTahniah anak2 ... UASA nanti pulun lagi.
ReplyDeleteTerima kasih aunty PH...insyaAllah...
DeleteTahniah perihatin persekolahan anak..semoga terus maju jaya ..
ReplyDeleteSebagai ibu bapa..kena support selagi mampu..insyaAllah...
DeleteTerima kasih cikgu atas ucapannya
Hehehe semua huruf ditapau. Doa semoga anak cemerlang dunia akhirat
ReplyDeleteAamiin..
DeleteSemoga anak² kita berjaya dunia akhirat..
wah sekarang kerja di perpustakaan hosp selayang ke
ReplyDeleteeh, tak..kerja dekat admin(urusan asrama), lepaks dekat perpustakaan sambil tunggu waktu rehat.. hihihi.
Deletesweet la tudung tu
ReplyDeletengam dengan uniform pink kita
DeleteMacam dak alip…ada mcm2 huruf kat report card. Pengalaman berbezalah utk abah ammi. Dulu masa abg kakak asyik pandang 1-2 huruf je.
ReplyDeletememang berbeza, campur anak bongsu...gitu lah...hahaha...
Deletelinda nak cari yang beza takde lagi...semua sama je tu..dari abang sampai adik2, semua huruf tapau..hahhaa
Bagus la sekolah tu. Sekolah sini, kalau kata pukul 10, pukul 10 la dia bagi masuk. Pastu, jenuh la beratur. Sorang parent dah sembang berapa lama dengan cikgu. Kalau ramai anak, banyak kelas nak pergi, elok la bahagi tugas mak dan bapak. Akak teringat dulu la, time anak-anak sekolah rendah. Huhu..
ReplyDeleteDah ramai yang menunggu agaknya, jadi buka jela pagar..iye kak, tu yg pergi berdua..konon² nak bahagi kalau ramai orang, sekali takde orang...hihi..
DeleteSaya jujurnya selalu minta ambil raport pagiiii sangat, sebab nak cepat. Kalo pun tak bisa pagi sangat, saya ambil jam paling akhir 😅. Alasan saya , tak suka hrs menunggu lama . Jadi either datang terlalu pagi, atau terlalu siang. Dan memang belum ada wali murid yg datang 🤭
ReplyDeleteYa, begitulah..di sini selalu dibuka tempoh waktu saja, jadi nya datang ke sek dalam tempoh waktu yang diberikan..
DeleteSemoga ukhwahhh tali persahabatan kekal terjalin
ReplyDeleteInsyaAllah...mudah mudahan begitu...
Delete