lovvu Dobbu

Thursday, August 7, 2025

.: KLINIK MATA :

Assalamualaikum.

Bawa abang Mueez appointment dekat klinik mata.
Temujanji susulan lepas kejadian jatuh basikal hari tu.

Linda pergi macam biasa lah,pukul 9 pagi.

Dapat nombor giliran untuk klinik mata.
Selepas sejam baru nombor di panggil untuk cek mata.
Yang baca huruf tu.
Lepas tu,tunggu lagi untuk jumpa doktor.

Punya lama.
Dari penuh kerusi ni,sampai dah berkurang haa.
Ramai rupanya orang ke klinik mata.
Linda follow up dekat klinik O&G dan klinik bius pun tak lama macam nie.

Akhirnya, hampir pukul 12 tengah hari.
Nombor naik juga untuk jumpa doktor.
Doktor cek sikit-sikit, cek mata.
Tanya penglihatan macam mana.
Alhamdulillah, takde kecederaan susulan, semua normal.
So, discaj lah kita daripada klinik ya.

Lagi 2min pukul 12 tengah hari.
Terus ke kafe, beli makanan.

Tak tau lah sempat tak ke siap patient² lain tu.
Linda keluar pun, nampak ramai je lagi tunggu giliran.
Doktor² pun nampak penat je.
Hari² buat rutin sama.
Mana tak burnout kan??
Moga kita sentiasa sihat, moga petugas² dikurniakan kesihatan dan kesabaran, Aamin.

Till then, see ya.

10 comments:

  1. Kat mana2 pun long q even private hosp/clinic

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah...sabar je lah...tapi private Q ,kejap je ...hihihi

      Delete
  2. Alhamdulillah semua normal. lega kan, dah tak payah buat follow up.

    Betul Linda, kita rasa penat menunggu. Padahal petugas kesihatan lagilah penat layan pesakit dengan pelbagai ragam. Jadi kena bersabar kalau ada yang tak memuaskan hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...
      Kalau sikit² tak puas hati tu kita faham...hihi..

      Delete
  3. bab menunggu kalo pi spital mmg kena bertabah..alhamdulillah smua dipermudahkan utk abg mueez

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...tinggal follow up klinik Neurosurgeri je nanti

      Delete
  4. Alhamdulillah dah semakin sembuh...=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...
      Nampak gaya terlebih sembuh...hihihi

      Delete
  5. alhamdulillah.. abg mueez dah ok..

    bab menunggu di klinik/ hospital kerajaan tu memang takleh nak elak dah la.. tu biasanya sis bawak je ape-ape bahan (buku atau kraf) untuk isi masa menunggu..

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, normal semua...
    itulah linda, apa-apa kerja pun mmg penat, letih....

    ReplyDelete